Quantcast
Channel: Dunia 2 Roda Ija Zahri
Viewing all 52 articles
Browse latest View live

I climbed hills!!

$
0
0

Ok, tidak lah sehebat mana pun, tapi cukup bagi saya yang tidaklah biasa dengan laluan yang berbukit-bukau (kecuali Tele, Danau Toba). Selalu sangat saya dengar pesikal-pesikal lain menyebut laluan ‘dragon back’ yang terletak di laluan Puncak Alam. Teringin saya mencubanya bagi mengukur keupayaan diri sendiri. Menolak atau tidak saya tidak peduli kerana saya bukan mahu membuktikannya pada sesiapa pun tapi hanya diri sendiri.

Akhirnya pada 29 Jun 2013 yang lepas, saya berpeluang mencubanya! Saya dan beberapa rakan lain bersemangat untuk mencubanya apatah lagi yang belum pernah membuat laluan ini seperti saya. Kami akan membuat 2 laluan iaitu “dragon back” dan Bukit Ramlee. Sesungguhnya apabila terlihat sahaja ‘dragon back’ itu mental saya terus tercalar. Mungkin ianya tiada masalah bagi mereka yang dah biasa atau memang hebat mendaki! Tapi bagi saya yang baru hendak merasai jalan berbukit agak gentar melihat alunan jalan tersebut.

Sedikit demi sedikit kayuhan dibuat, amat perlahan tapi pasti. Setiap kali saya sampai kekemuncak bukit, perasaan puas hati memang tidak dapat digambarkan. Alhamdulillah saya berjaya mendaki setiap bukit tanpa berhenti! wuhooooooo!!!! Kepuasan yang tidak dapat digambarkan apatah melakukannya dengan hanya sebuah basikal touring chromoly berkelajuan 7 gear.

 

998026_10151689233723430_1513993640_n

Cranking up inch by inch!

1044783_10151689205993430_1578809698_n

Last hills?

1044961_10151689236183430_784265480_n

Wak Jan meroket!!

1053286_10151602456949865_1415177409_o

KOM

 

Tetapi keadaan di Bukit Ramlee pula sangat berbeza. Bukit Ramlee sebenarnya adalah tanah peribadi milik Hj Ramlee. Di kawasan berbukit ini, beliau menanam nenas dan juga mengusahakan sebuah restoran dipuncak bukit tersebut dengan minuman istimewa iaitu Air Cincau Nenas. Laluannya adalah masih bertanah merah. Basikal saya yang hanya bertayar biasa dan “rigid fork” menyukarkan pendakian. Saya lebih banyak menolak dari berkayuh. Disatu kawasan sebelum tanah merah sepenuhnya ada jalan yang sudah bertar, tetapi jalannya terlalu curam. Akibat tidak sempat mengimbangkan badan kehadapan, basikal saya telah “wheelie”! Menggelongsor saya diatas jalan. Tapi saya bernasib baik kerana  memakai topi keledar “Bern Watts” yang ternyata berupaya melindungi kepala saya dari menerima hentakan diatas jalan. Saya hanya mengalami calar-calar sedikit dibahu.

1005089_10151689207898430_782632001_n

Entrance Bukit Ramlee

600478_10151689213388430_510591941_n

This is steep!!

1001495_10201310321388689_1326377035_n

1052588_10151602457129865_575817732_o

ooopsss! wheelie!

971301_10151689215708430_593474133_n

Push!!! tayar tak sesuai dan spin bila cuba mendaki

382539_10151689216308430_173508999_n

last hills!

11526_10151689231748430_287572249_n

Rigid fork, didn’t dare to downhill on this kinda hill

 

 

Setibanya dipuncak, kami raikannya dengan Air Cincau Nenas!! yeaahhh!!

 

1064876_10151602457294865_293916909_o

Best view!

1064331_10151602457584865_597127438_o

all mine!!!

 

All photos credit to King and Izura



Birthday Cake

$
0
0
HB

Ada motif basikal!

Dah lama berlalu iaitu pada 6 July yang lepas. It’s my 40th birthday! Umur semakin matang dan harapan saya pemikiran saya sekarang sematang usia tersebut. Terlalu banyak benda yang belum tercapai walau bagaimanapun bersyukur kepadaNya kerana saya dikurniakan kebahagian (suami tercinta dan 2 anak perempuan tersayang) dan kesihatan yang amat baik. Semoga ini semua membolehkan saya berkayuh lebih jauh lagi bersama suami dan anak-anak (bila mereka cukup besar nanti) kemana-mana sahaja yg diizinkan Allah SWT.

Terima kasih kepada Izura, kawan basikal saya yang menghadiahkan kek ini dan sama-sama meraikannya dirumah. Turut hadir ialah Pink (terima kasih untuk loceng basikal pink yg comel) dan Azizan. Sharil tertinggal keretapi dan hanya datang setelah mereka semua pulang. Apa-apapun ianya sangat bermakna buat saya. Semoga saya mampu berkayuh sehingga umur 60 tahun atau lebih!


Kayuhan ke Songkhla, Thailand (14 – 16 September 2013)

$
0
0

Kayuhan kali ini ke negara jiran yang terletak disebelah utara. Atas permintaan Izura, kami membuat keputusan untuk menjelajah Songkhla. Pada mulanya saya rasakan kayuhan tersebut pasti kurang menyeronokkan memandangkan saya dan Wak telah berkali-kali pergi ke Songkhla menaiki motorsikal. Oleh itu saya telah membuat sedikit kajian tentang apa lagi tarikan-tarikan yang ada di Songhkla selain dari Mermaid Statue dan Samila Beach. Selalunya, apa yang saya buat ialah meneliti peta google dengan mengaktifkan mode “photo”. selalunya kita akan nampak gambar-gambar yang menarik tidak pernah kita lihat. Dari situ bolehlah kita google lagi secara spesifik tempat-tempat tersebut.

Setelah berhari-hari membelek, saya dapati ada 2 tempat menarik untuk saya explore iaitu, “Kao Seng Boulder” dan juga perkampungan nelayan Muslim yang terletak dia Kao Seng Beach. Kedua-duanya tidak pernah saya dengar dan lihat sebelumnya.

Image

Setelah mengambil kira jarak perjalanan, perancangan adalah seperti berikut:-

Day 1 (13/9) – KL ~ Bukit Kayu Hitam menaiki kenderaan dan tidur dikampung jiran saya (Azie) di Changloon

Day 2 (14/9) – BKH ~ Songkhla

Day 3 (15/9) – Songkhla ~ Hatyai

Day 4 (16/9) – Hatyai – BKH

Kali ini kami pergi berlima dengan menaiki 2 buah kereta. Saya, Wak dan Huda menaiki satu kereta manakala Izura dan adiknya Rahim menaiki satu lagi kereta. 3 buah basikal diletakkan didalam kereta dimana 2 buah lagi dibawa menggunakan rack kereta. Day 1 dihabiskan didalam kereta. Perjalanan mengambil masa selama 5 jam. Keesokan harinya kami bangun seawal jam 4.30 pagi untuk mengelak kesesakan di sempadan.

Day 2 (14/9) – BKH ~ Songkhla

Mengikut google map, perjalanan kami pada hari itu adalah sejuah 84km. Kami tiba di Bukit Kayu Hitam Immigration Checkpoint tepat jam 6.00am. Melalui immigration dengan agak selesa kerana kenderaan masih belum banyak. Kami meletakkan kereta kami di The Zon, kompleks bebas cukai dengan kadar bayaran RM10/sehari. Kami terus berkayuh masuk ke Thailand tanpa sebarang masalah. Sebaik sahaja memasuki Thailand, tempat pertama yang kami tuju ialah gerai untuk bersarapan pagi. Thailand memang mempunyai pilihan makanan yang pelbagai dan amat menarik. Rambang mata kita dibuatnya.

Image

Pagi-pagi lagi dah ada BBQ. Comel adik ni bantu mak dia

IMG_1954

Pelbagai pilihan nasi ayam

IMG_1952

Pelbagai jenis kuih muih dibungkus didalam daun pisang

IMG_1963

Ayam goreng untuk Huda

IMG_1959

Teh ais yang memang teringat-ingat punya! Rahim dan Izura

IMG_1960

Pilihan saya, daging bakar Danok!

IMG_1961

Pilihan Wak, bubur nasi telur goyang!

Suasana pagi disekitar Sadao

IMG_1944

Ready to go!

IMG_1942

Diseluruh Thailand dan Laos, ini pemandangan biasa dimana “monk” menerima “offering” dari orang ramai, peniaga terutamanya.

IMG_1943

click!

IMG_1950

Pose sebelum bersarapan.

IMG_1949

Huda yang happy!

IMG_1970

masih berkabus

IMG_1975

Thai Sport Day. Sadao menjadi tuan rumah peringkat Negeri

IMG_1976

Peserta perbarisan terdiri dari pelajar-pelajar sekolah

IMG_1977

Pengakap

IMG_1980

Comel-comel belaka!

IMG_1987

IMG_1992

IMG_1997

IMG_1995

Jauh lagi ni!

IMG_1996

IMG_1999

IMG_2002

Kempen pemakaian helmet motorsikal 100%. Saya rasa sudah 2 tahun berjalan tapi masih belum dikuat kuasakan. Kami cyclist pun patuh!

Kami singgah disebuah pasar di Khlong Ngae (terleta kira-kira 30km dari sempadan) yang menjual pelbagai barangan terpakai dari baju sehinggalah ke barang permainan kanak-kanak. Pasar ini juga menjual pelbagai jenis makanan tempatan. Kami menghabiskan masa hampir 2 jam disini.

IMG_2017

Simpang utama ke pasar Khlong Ngae, disebelah kanan

IMG_2018

Saya jatuh disini semasa keluar dari pasar kerana salah perkiraan arus trafik. Di Thailand adalah penting anda berada di sebelah jalan yang betul apabila keluar dari simpang.

IMG_2031

Cantik-cantik beg terpakai ini.

IMG_2022

IMG_2024

Izura dan Huda cuci mata

IMG_2025

Wak terserempak dengan kawan-kawan dari Klang. Mereka ni pemborong pakaian terpakai yang menjual pakaian terpakai eksklusif dan “collector item”

IMG_2026

Thai Die t-shirt cuma 79 Baht

IMG_2027

Wak mesti beli tembakau dari pakcik ini bila singgah ke Pasar Khnlong Ngae

IMG_2028

IMG_2030

haishh menjeling!

IMG_2041

Kacang poi, payah nak dapat di Malaysia

IMG_2038

IMG_2039

IMG_2040

IMG_2057

IMG_2043

IMG_2044

Hasil laut yang segar-segar dan besar-besar!

IMG_2045

IMG_2048

Sushi pun ada!

IMG_2049

IMG_2050

Merahnya cili!

IMG_2051

Setiap ikat tu mengandungi bahan yang cukup untuk buat tomyam

IMG_2052

ketam jeruk sebesar 2 jari

IMG_2053

IMG_2054

IMG_2055

IMG_2061

Jersi basikal terpakai dari USA

Setelah itu kami meneruskan kayuhan menuju ke Songkhla. Kami akan melalu pinggiran Hatyai. Dengan cuaca yang semakin panas, kayuhan kami bertambah perlahan. Akhirnya kami tiba di Songkhla sekitar jam 4 petang (waktu Malaysia). Sesampainya kami di Songkhla kami terus bertanyakan kepada orang tempatan arah yang tepat untuk ke Kao Seng. Setibanya disana, kami telah mengambil laluan yang salah dan memasuki sebuah pusat penyelidikan iaitu National Coastal Aquaculture Institute dimana terdapatnya 2 jeti ke laut. Dari jeti tersebut, kami boleh nampak “boulder” tersebut, tapi tidak pasti bagaimana hendak ke sana. Seperti biasanya di Thailand, orangnya memang ramah-ramah dan sentiasa bersedia untuk membantu. Seorang lelaki tempatan yg baru pulang dari mencari kupang telah menunggang motorsikal dan membawa kami ke tempat itu. Agak tersembunyi jalannya, tanpa bantuan tidak mungkin kami temui “boulder” tersebut.

IMG_2063

IMG_2064

Dipersimpangan utama Hatyai – Pattalung

IMG_2065

Izura dan Rahim. Overland pertama buat Rahim

IMG_2066

IMG_2072

Menghampiri Songkhla

IMG_2080

Termasuk ke NCAI. Pak guard tak pulak menghalang.

IMG_2083

Nampak dah “boulder” tu, tapi bagaimana pula hendak kesana?

IMG_2085

IMG_2086

IMG_2087

Seorang penduduk tempatan menaiki motor membawa kami ke “boulder”. Tak sempat ambil gambar beliau

IMG_2088

Akhirnya kami jumpa! agak tersorok jalannya

20130914_172704

Rahim mencuba nasib menolak “Hua Nai Reng”

IMG_2092

Pelbagai nazar dibuat dibatu ini dan sebuah tokong kecil dibina

IMG_2095

Apalah yang Wak menungkan

IMG_2094

Dari batu ini, kita boleh lihat perkampungan nelayan muslim Kao Seng di teluk dan Pantai Samila

Terdapat bermacam-macam versi cerita mengenai “boulder” di Kao Seng ini yang dikenali sebagai Hua Nai Reng.  Menurut cerita masyarakat Buddha disini, batu itu adalah kepala seorang gergasi yang menjaga harta yang digunakan untuk membina tokong Nakhon Si Thamarat. Akibat perselisihan faham dengan penduduk kampung, Nai Reng telah mengarahkan kepalanya sendiri dipancung dan diletakkan di mulut gua tempat menyimpan harta karun tersebut. Dipercayai nilai harta yang terdapat dibawah batu itu adalah sebanyak 900,000 Baht atau pon 900,000 kg emas! Nai Reng bersumpah, hanya mereka yang mempunyai hati yang bersih sahaja mampu menolak batu itu dan sesiapa yang berjaya, kesemua harta tersebut menjadi miliknya! Namun begitu, sehingga sekarang, tiada siapa yang berjaya. Cerita yang sama juga diberitahu oleh seorang wanita menjaja air kelapa berdekatan dengan kawasan ini.

Setelah puas berada di sini, kami mula mencari perkampungan nelayan Islam Kao Seng. Ianya terletak benar2 dihujung pantai Samila dan agak tersorok dan mudah untuk terlepas pandang.  Perkampungan kecil itu mempunyai sebuah “balai” atau surau dan kelihatan anak-anak kecil bermain-main di pantai dan penduduk lain melakukan pelbagai aktiviti seperti membaiki jaring dan membersihkan sampan mereka. Sampan-sampan mereka dihiasi dengan ukiran-ukiran yang menarik dan berwarna-warni. Kami juga berkesempatan bertemu 2 orang tua yang fasih berbahasa Melayu. kebanyakan dari penduduk disitu boleh berbahasa Melayu. Menurut Haji Hassan (68 tahun) dan Haji Murad (78 tahun), mereka berasal dari Patani. Mereka mempunyai versi cerita mereka sendiri mengenai batu Hua Nai Reng tersebut. Dari perkampungan ini, kita boleh nampak batu tersebut.

Menurut mereka batu-batu di pantai ini adalah asalnya dari sebuah kapal dagang yang besar datang dari Terengganu. Kapal ini membawa muatan dagang yang banyak ke Sangkura (nama asal Songkhla). Satu hari, kapal ini dilanda ribut dan pecah bertaburan dan menjadi batu. Barang dagangan berupa peralatan memasak dan banyak lagi harta-harta karun lain telah dikumpulkan orang kampung dan diletakkan didalam sebuah gua. Setiap kenduri kendara, orang kampung akan menggunakan peralatan tersebut. Lama kelamaan, orang kampung tidak memulangkan jumlah yang cukup setiap kali meminjam telah menyebabkan penjaga gua itu marah dan menutupnya dengan batu besar tersebut. Beberapa cubaan termasuk 7 buah kapal besar dari Terengganu untuk menarik dan mengalihkan batu tersebut tidak berjaya. Wallahualam!

IMG_2099

IMG_2100

IMG_2101

IMG_2102

IMG_2103

IMG_2122

Kanak-kanak ini suka melihat hasil aksinya didalam kamera saya dan minta saya berulang-ulang kali merakamnya

IMG_2104

Damai dan indah

IMG_2105

Boulder Hua Nai Reng boleh dilihat dari perkampungan ini

IMG_2106

Sampan-sampan nelayan dan kanak-kanak Islam Kao Seng

IMG_2107

Setiap sampan dihias cantik. Penduduk tempatan memanggilnya “kolek”

IMG_2108

Seorang nelayan menggunakan daun kelapa ini utuk membersihkan sampannya

IMG_2109

IMG_2110

IMG_2112

kanak-kanak sedang membina “jaring” untuk bermain bola tampar. Bila tumbang, bolos kanak2 tersebut dicelah bilah kayu itu. Lucu!

IMG_2114

IMG_2115

IMG_2116

Kanak-kanak ini berlari mendapatkan bapanya

IMG_2118

IMG_2120

Huda melayan kanak-kanak ini bermain bola tampar

IMG_2134

Wak menghadiahkan tembakau yang dibelinya di Khlong Ngae. Mereka kelihatan sangant gembira dengan pemberian tidak seberapa itu. Banyak yang mereka cerita mengenai perkampungan ini

IMG_2135

IMG_2136

Malam itu kami menginap disebua penginapan yang terletak didalam perkampungan tersebut iaitu Kao Seng Resort. Penginapan ini amat bersih, besar dan cantik. Harganya amat murah iaitu serendah 350 Baht semalam. Tempatnya sangat stratergik, berhampiran dengan pantai Samila dan juga mudah untuk mendapatkan makanan halal.

IMG_2137

Kao Seng Resort

IMG_2140

Luas dan boleh letak 3 – 4 basikal didalamnya

IMG_2139

Bersih dan ada penghawa dingin, cuma 350 Baht

20130914_190650

Ambiance yang best!

20130915_074936

Sungai kecil

20130914_190913

Banyak figurine burung hantu ditamannya

20130915_080242

Bergambar kenangan di hadapan Kao Seng Resot. Highly recommended!

Day 3 (15/9) – Songkhla ~ Hatyai

Hari ke2 kayuhan kami mulakan seawal pagi supaya kami boleh explore Songhkla. Seperti biasa, sarapan pagi di Thailand memang mengagumkan! Perjalanan hari itu hanyalah sejauh 27km, tetapi cuaca yang sangat panas memperlahankan kayuhan kami. Kami juga tidak tergesa-gesa untuk sampai ke HatYai kerana destinasi utama kami ialah Khlong Hea Floating Market yang hanya akan dibuka pada jam 4 petang waktu tempatan. Disebelah pagi kami habiskan masa melawat Samila Beach (Izura, Huda dan Rahim mandi laut berdekatan dgn patung mermaid!) dan juga pasar pagi yang amat besar di Songkhla yang hanya ada pada setiap hari Ahad. Seperti di Khlong Ngae, bermacam-macam barang dijual disini.

IMG_2148

Pulut bersama manisan

IMG_2149

pelbagai kuih muih, rambang mata!

IMG_2150

Pulut bersama daging dan bawang

IMG_2151

The Reader statue melambangkan Songkhla sebagai kota pembelajaran

IMG_2161

Suasana indah di Pantai Samila

IMG_2154

Bergambar bersama cyclist Songhkla

IMG_2155

IMG_2156

IMG_2157

IMG_2158

IMG_2159

IMG_2160

IMG_2167

IMG_2172

IMG_2171

970240_10151757402494865_1829389493_n

IMG_2194

Seorang lelaki Thailand yang datang berborak dengan kami dan menghadiahkan Wak cerut perasa apple.

625457_10151757407214865_2095747130_n

Bergambar kenangan dengan cyclist dari Hatyai

IMG_2202

IMG_2195

IMG_2196

IMG_2197

IMG_2198

IMG_2200

IMG_2201

946730_10151757407689865_1924359945_n

IMG_2213

Masjid Songkhla tersergam indah. Kami berhenti rehat disini sebelum meneruskan kayuhan ke pasar terapung yang jaraknya cuma tinggal kurang 10km lagi

1236591_10151759413919865_2056972848_n

Pasar terapung baru?

995476_10151759414064865_358630446_n

Kami tiba di Floating Market Khlong Hae agak lewat petang dan mendapati pengunjung terlalu padat! Rupanya ada kunjungan dari Raja Muda Perlis ke tempat ini. Dalam masa yang sama jambatan baru sedang dibina menambahkan lagi kesesakan. Tempat ini menjadi terlalu “touristy” berbanding daripada lawatan kami yang pertama kira-kira 2 tahun yang lepas.

IMG_2214

IMG_2215

IMG_2219

IMG_2216

IMG_2217

IMG_2218

  1235376_10151759414479865_1091623690_n

 581630_10151759414834865_341149865_n

Disebabkan Malaysia bercuti panjang sempena Hari Malaysia yang jatuh pada hari Isnin, semua hotel di Hatyai (town center) telah penuh (dipenuhi rakyat Malaysia yang bercuti!). Ini memaksa kami berkayuh hingga ke hari gelap untuk mencari penginapan di kawasan “down town” atas nasihat seorang pemandu tuk-tuk. Berbekalkan alamat yang ditulis didalam tulisan Thailand, kami meredah kegelapan malam mencari tempat tersebut. Dengan bantuan wanita tempatan, kami akhirnya sampai. Biliknya agak selesa berharga 400 Baht semalam.

 1239620_10151759415434865_705959344_n

45956_10151759415539865_732227099_n

wanita ini fasih berbahasa Inggeris, menunjukkan arah hotel yang kami cari. Walaupun beliau pekerja sebuah hotel yang lain, dia tidak cuba membuat kami ubah fikiran untuk ke hotel beliau, sebaliknya hanya menulis nama hotel tersebut.

601731_10151759415714865_1961305046_n

Setelah check-in, kami jalan-jalan cari makanan halal terserempak dengan penjual “bundle” di kaki lima jalan.

Pada hari-hari sebelumnya, saya telah dihubungi oleh Abang Halim, dari Kedah. Beliau dan rakan telah berbasikal ke Pak Bara dan bercadang untuk bertemu dengan kumpulan kami di Hatyai. Kebutalan pula mereka menginap tak sampai 1km jaraknya dari tempat penginapan kami. Semasa keluar mencari makanan halal, kami telah terserempak dengan beliau. Beliau telah menumpang tidur dirumah kenalan pesikal Thailand. Pesikal tersebut menjual jersi-jersi basikal terpakai dari USA.

1240450_10151759415889865_1582897935_n

Day 4 (16/9) – Hatyai ~ BKH

Hari terakhir, jarak kayuhan adalah kira-kira 60km. Dengan cuaca yang agak panas, kami telah berhenti banyak kali dan hanya tiba di sempadan pada jam 3 petang. Kami telah berkayuh bersama-sama dengan kumpulan Abang Halim iaitu Abang Rusli dan Hafifi. Sambil berkayuh, banyak tips yang kami perolehi dari mereka. Kami kembali ke KL pada hari yang sama dan seperti biasa kesesakan dihi-way mnyebabkan kami hanya tiba dirumah jam 3 pagi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan tiada masalah timbul disepanjang kayuhan ini. Terima kasih pada Izura, Huda dan Rahim kerana sudi menjadi touring partner kami kali ini!

579066_10151759483844865_789001917_n

559808_10151759480779865_834154329_n

Suasan sibuk dan jem dipagi hari ditengah-tengah bandar Hatyai

558066_10151759498014865_826251117_n

berhenti rehat dikaki lima kedai. cuaca terlalu panas!

599694_10151759488349865_92160411_n

rehat lagi!

524570_10151759504864865_1125421028_n

sambil pekena ice blended pelbagai perisa ~ brain freeze!

533762_10151759508944865_338267923_n

tiba-tiba plak basikal Wak pancit, lagi 10km nak sampai sempadan

Credit to Izura for some of the photos, taken from her Facebook album.


Kayuhan Ranah Minang Bikepackers Malaysia – Intro

$
0
0

Setelah berkayuh di beberapa lokasi di Sumatera Utara (SUMUT), kami membuat keputusan untuk berkayuh di Sumater Barat (SUMBAR) pula. SUMBAR juga dikenali debagai Ranah Minang dikalangan rakyat tempatan. Terlalu banyak persamaan budaya dan bahasa di Ranah Minang ini dengan sebuah negeri di Malaysia yang juga mengamalkan adat pepatih iaitu Negeri Sembilan.

Saya mula membuat kajian mengenai laluan-laluan, tempat-tempat menarik, budaya dan juga urusan pengangkutan dari Malaysia ke SUMBAR. Dalam masa yang sama juga, kami mula mencari kenalan-kenalan di SUMBAR selain untuk mendapatkan info, kami juga mahu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dengan rakan-rakan serumpun. Ternyata mereka semua amat bekerjasama dan sangat membantu dari mula hinggalah akhir.

Bersempena dengan kayuhan ini jugalah tertubuhnya Bikepackers Malaysia atas keizinan Bikerpacker Indonesia yang terlebih dahulu mempromosi budaya “bikepacker”. Kayuhan ini telah disertai oleh 5 pesikal iaitu saya, Ija Zahri, Abdul Rahim Mahmudian (Wak), Raja Hassan (King), Syaaban Saadon dan Nursherliza (Pink). Dibelakang tabir peringkat perancangan adalah saudara Haikal Ahmad.

bikepackers malaysia

Hasil sentuhan Haikal Ahmad

IMG_3078

Hi! It’s me again! Ija Zahri selaku perancang route dan organizer

1505419_10152151364203430_1243050999_n

Rahim @ Wak, the founder of Bikepackers Malaysia who co-organize this trip

1558564_10152141605468430_851050126_n

Raja Hassan @ King, selaku co-founder Bikepackers Malaysia, photog dan sweeper yang amat berdedikasi

20131208_084714

Abang Syaaban Saadon, Sweeper & Medic

1526995_10202875688039405_1525385470_n

Sherliza @ Pink, selaku treasurer dan pita rakaman rosak yang saya paksa mengulangi route kami setiap kali orang bertanya (termasuk Wak dan Abg Syaaban)

Ringkasan perjalanan adalah seperti berikut (Sila klik untuk pergi terus ke entry):-

7 Disember 2013 ~ Sabtu (Hari Pertama): Menaiki feri dari Terminal Penumpang Pelabuhan Klang Selatan ke Dumai. Menaiki bas ke Lubok Bangku

8 Disember 2013 ~ Ahad (Hari Kedua) : Lubok Bangku – Lembah Harau

9 Disember 2013 ~ Isnin (Hari Ketiga) : Lembah Harau – Payakumbuh – Bukittinggi

10 Disember 2013 ~ Selasa (Hari Keempat) : Bukittinggi – Kelok 44

11 Disember 2013 ~ Rabu (Hari Kelima) : Kelok 44 – Danau Maninjau – Lubuk Basong – Pariaman

12 Disember 2013 ~ Khamis (Hari Keenam) : Pariaman – Padang

13 Disember 2013 ~ Jumaat (Hari Ketujuh) : Padang – Solok – Danau Singkarak – Lembah Harau

14 Disember 2013 ~ Sabtu (Hari Kelapan) : Lembah Harau – Kelok 9 – Lembah Harau

15 Disember 2013 ~ Ahad (Hari Kesembilan) : Lembah Harau – Payakumbuh – Dumai

16 Disember 2013 ~ Isnin (Hari Kesepuluh) : Dumai – Terminal Penumpang Pelabuhan Selatan


Kayuhan Ranah Minang Bikepackers Malaysia : 7 Disember 2013 ~ Sabtu (Hari Pertama): Terminal Penumpang Pelabuhan Klang Selatan – Dumai

$
0
0

Terminal Penumpang Pelabuhan Klang Selatan – Dumai

Urusan pembelian tiket telah dilakukan seminggu lebih awal. Harga tiket untuk perjalanan pergi dan balik alah RM170 + Cukai RM40 + cas terminal RM50 (untuk basikal dan bagasi) + porter RM10. Semua ini adalah jumlah perbelanjaan di sebelah Malaysia untuk seorang. Manakala dari Dumai ke Pelabuhan Klang Selatan pula hanyalah RM10/seorang bayaran untuk porter.

Hanya ada satu perkhidmatan feri ke Dumai iaitu INDOMAL EXPRESS yang dikendalikan oleh Tunas Rupat Follow Me Express Sdn Bhd (lucu pula namanya). Untuk pertanyaan lanjut boleh lah menghubungi wakil penjual mereka iaitu Cik Azura di nombor 016-601 9503 atau 03-3167 7186. Jangan lupa untuk mengambil kontek pengendali mereka di Dumai untuk memudahkan proses mendaftar masuk tanpa menggunakan agen.

63677_10202875631597994_862924575_n

Terletak di Pelabuhan Selatan, Port Klang

1525072_10202875629877951_1429898309_n

Diantara rakan-rakan yang menghantar kami pergi. TQ!

1502488_10202875631878001_2092155960_n

Basikal Pink (Marin Muirwood) dan Wak (Gary Fisher)

644043_10152141483138430_37840551_n

Suasana dalam feri. Tidak ramai penumpang, so boleh bolot semua kerusi!

1526838_10152141484298430_2095152776_n

Duta feri – bawah canvas tu adalah basikal kami

Kami telah mendaftar masuk seawal jam 9.00 pagi. Setelah selesai semua urusan imigresen dan kastam, feri hanya belayar pada jam 12.00 tengah hari. Pelayaran mengambil masa selama 4 jam. Kami tiba di Pelabuhan Dumai sekitar jam 3.00 petang waktu Indonesia Barat (Malaysia lewat 1 jam). Proses imigresen dan kastam berjalan agak lancar dan kami telah disambut mesra oleh pegawai-pegawai mereka.

1560466_10152141486098430_298791173_n

Di Pelabuhan Dumai, porter sedang mengangkut barangan

1530403_10152141485428430_1724879208_n

Belum apa-apa, basikal Abg Syaaban dah bocor

IMG_2898

Sambil menunggu basikal kami habis diturunkan 

IMG_2904

Peminat kami :)

1520636_10152141486918430_1612366552_n

Selesai memasang semua panniers

Sebaik sahaja basikal dan bagasi kami siap dipasang, kami terus bertanyakan orang tempatan arah ke Jalan Kalakap 7 dimana terletaknya agen pengendali bas OTO PO Yanti ke Bukittingi. Kami perlu cepat kerana kami tidak membuat apa-apa tempahan tiket dan menurut info di internet, jadual perjalanan bas adalah pada jam 7.00 malam waktu tempatan. Setelah berkayuh agak lama, keluar kota Dumai, barulah kami sedari kami telah tersalah arah. Jarak yang sepatutnya hanyalah sekitar 5km telah menjadi 2 kali ganda. Kami hanya sampai di PO Yanti pada jam 5.00 petang. Setelah berurusan dengan saudara Zul (+6285265121060), cas yang dikenakan adalah sebanyak IDR100,000 tiket penumpang + IDR62,500 basikal untuk setiap orang.

1520602_10152141489048430_1463392804_n

Kayuhan bermula meninggalkan pelabuhan menuju Jalan Kalakap 7

IMG_2916

Agen hotel dan pengangkutan sewa diletakkan didalam sebuah kawasan berpagar. Mereka hanya boleh melambai-lambai menawarkan perkhidmatan kepada penumpang didalam ruangan ini

IMG_2917

Mereka dikawal oleh staff pelabuhan. Imigresen dan kastam mereka juga menggunakan rotan panjang, tapi hakikatnya mereka sangat ramah

IMG_2931

Muka agak serius sebab panas heheh

IMG_2936

Pegawai imigresen ini pada awalnya kami jumpa di pelabuhan. Melihat kami berhenti (saya membeli sim card sebenarnya) dia bimbang kami mengalami masalah, lantas beliau berikan nombor talipon untuk kami hubungi sekiranya perlu 

1491759_10152141492038430_346720337_n

Supergirl!

1505211_10152141491743430_822268620_n (1)

Keadaan jalan disekitar Dumai

IMG_2940

I overtook the beca! hehehe

1507840_10152141493323430_130622003_n

Sebenarnya kami dah sesat masa ni. Diverted by another 5km! sighhh….

1499667_10152141493993430_699598638_n

Banjirlah pulak!

IMG_2950

Pemandu lori ambil kesempatan membasuh lori mereka disini

1521670_10152141494123430_1226793829_n

Kanak-kanak sekolah terpaksa menempuh banjir

IMG_2960

Staff PO Yanti sedang menampal sticker Bikepackers Malaysia

IMG_2964

Happy sebab semuanya ebrjalan dengan lancar. Tiket dah beli! yay!

IMG_2966

Makan dulu sebelum naik bas

1514578_10152141580378430_1191891807_n

Masakan Padang pertama kami nikmati di Sumatera

 Sementara menunggu jam 7.00 malam kami mengambil keputusan untuk makan dan berehat di masjid berdekatan. Bas tiba tepat jam 7.00 malam. Perjalanan ke Lubuk Bangku (kira-kira 300km) berhampiran Lembah Harau adalah selama 10 jam. Perjalanan adalah amat memenatkan kerana bas tersebut tidak selesa, tiada aircond dan penumpang mereka rata-ratanya merokok bersambung putung. Keadaan jalan juga adalah amat mendaki dan rosak disesetengah tempat. Berlaku juga jalan sesak dimana bas tidak dapat bergerak lebih kurang setengah jam di kawasan berhampiran Minas, walaupun pada ketika itu sudah jam 12.00 tengah malam! Ini adalah kerana kenderaan berat hanya akan melalui kawasan pendakian ini untuk mengelakkan cuaca panas disiang hari yang boleh mengakibatkan tayar lori mereka meletup. Jalan juga amat sempit, apabila bas berselisih dengan lori, ada kalanya bas terpaksa mengalah turun ke bahu jalan untuk mengelak dari bergesel. Disepanjang perjalanan bas hanya berhenti sekali di Sungai Kandis untuk penumpang makan dan rehat.

IMG_2989

Model bas PO Yanti

IMG_2975

3 basikal diletak di tempat duduk penumpang paling belakang

IMG_2974

2 lagi di compartment bawah

1549580_10152141495073430_2108806423_n

Jam tak bergerak di kawasan ini pada jam 12 malam

Wak, Abang Syaaban, Pink dan King tidur disepanjang perjalanan. Saya pula tidak dapat memejamkan mata kerana terlalu asyik melihat keluar tingkap. Walaupun gelap, sesekali terlihat juga rumah-rumah dan kedai-kedai ditepi jalan. Dapat saya rasakan pendakian bermula dari Sungai Kandis sehingglah ke Lubuk Bangku. Saya hanya dapat melihat Kelok 9 didalam kegelapan tetapi merasa sangat kagum dengan Jambatan Layang yg baru siap dibuka setelah 10 tahun dalam pembinaan.

Baca selanjutnya dengan mengklik pautan dibawah:-

Kayuhan Ranah Minang – Intro

7 Disember 2013 ~ Sabtu (Hari Pertama): Menaiki feri dari Terminal Penumpang Pelabuhan Klang Selatan ke Dumai. Menaiki bas ke Lubok Bangku

8 Disember 2013 ~ Ahad (Hari Kedua) : Lubok Bangku – Lembah Harau

9 Disember 2013 ~ Isnin (Hari Ketiga) : Lembah Harau – Payakumbuh – Bukittinggi

10 Disember 2013 ~ Selasa (Hari Keempat) : Bukittinggi – Kelok 44

11 Disember 2013 ~ Rabu (Hari Kelima) : Kelok 44 – Danau Maninjau – Lubuk Basong – Pariaman

12 Disember 2013 ~ Khamis (Hari Keenam) : Pariaman – Padang

13 Disember 2013 ~ Jumaat (Hari Ketujuh) : Padang – Solok – Danau Singkarak – Lembah Harau

14 Disember 2013 ~ Sabtu (Hari Kelapan) : Lembah Harau – Kelok 9 – Lembah Harau

15 Disember 2013 ~ Ahad (Hari Kesembilan) : Lembah Harau – Payakumbuh – Dumai

16 Disember 2013 ~ Isnin (Hari Kesepuluh) : Dumai – Terminal Penumpang Pelabuhan Selatan


Kayuhan Ranah Minang Bikepackers Malaysia : 8 Disember 2013 ~ Ahad (Hari Kedua) : Lubok Bangku – Lembah Harau

$
0
0

Lubuk Bangku – Lembah Harau (23km)

Kami tiba di Lubuk Bangku (perhentian kedua bagi bas ini yang akan terus ke Bukittinggi) pada jam 5.00 pagi. Perhentian ini lengkap dengan tandas, bilik mandi dan surau.  Setelah mandi dan bersolat kami terus bersarapan disitu sementara menanti hari cerah. Cuaca sangat sejuk dan hujan turun renyai-renyai. Menurut penduduk tempatan hujan turun sepanjang hari semenjak 2 minggu yang lalu. Kabus tebal meliputi kawasan itu dan saya pasti pemandangannya pasti mengagumkan!

69496_10152141570288430_2493259_n

Meeting, replan, reroute dan muka berkerut!

1524968_10152141570278430_15884256_n

Penmabah tenaga – telur separuh masak

1525160_10152141569918430_1040261008_n

kerepek anyone?

IMG_3004

Berkabus dan sejuk!

1601011_10202875638438165_180485588_n

We are ready!

Memandangkan hujan tidak akan berhenti, kami terus berkayuh didalam hujan gerimis menuju ke Lembah Harau. Ia merupakan semua “Nature Reserve” yang dipelihara kerana kejadian dinding batunya yang besar dan juga air terjun. Sepanjang perjalanan kami dijamu dengan pemandangan sawah padi dikiri kanan jalan.  Kami mengayuh dengan sangat perlahan dan berhenti beberapa kali untuk mengambil gambar. Setelah mengayuh hampir 20km, kami tiba ke simpang utama memasuki Lembah Harau. Sebaik sahaja kami memasuki kawasan lembah, kami merasa amat kagum dengan keindahan pemandangan yang dihiasi dengan sawah padi, dinding batu, air terjun dan kabut tebal. Kami seolah-olah berada di dalam poskad!

Terdapat 3 air terjun utama di Lembah Harau. 1 terletak di sebelah kiri lembah dan lagi 2 terletak bersebelahan di sebelah kanan lembah. Memandangkan waktu masih awal, kami terus menuju ke air terjun yang pertama. Lagi sekali kami terpukau dengan kehebatan air terjun tersebut. Didalam musim hujan, air terjun tersebut menjadi besar dan deras. Hanya melalui disebelahnya sahaja sudah menyebabkan kami basah kuyup. Kami juga telah memanjat “view point” untuk melihat Lembah Harau dari atas.

577799_10152141575608430_1707607097_n

Belum sampai Lembah Harau kami dah haru biru mengambil gambar

375698_10152141573573430_972650803_n

Kalau pakai kodak, sure dah habis 4 gulung

1601550_10202875641118232_200084789_n

Sungai Harau

1601137_10202875648518417_743098141_n

Yay! Kata Abg Syaaban

IMG_3008

King dengan Meridanya

IMG_3007

Kabus tebal, hujan gerimis ~ syurga!

IMG_3016

lalalalala

IMG_3056

ambil gambar lagi!

1012912_10202875640638220_1104648421_n

more picca please!

1505084_10152141577308430_2126401562_n

Bumbung rumah minang yang unik

IMG_3041

Balai adat, setiap nagari (kampung) ada sebuah. Fungsi seperti balai raya ditempat kita

1604467_10152141579113430_263202977_n

Tersergam indah diatas bukit. Pejabat kerajaan rasanya. Tak daya pula rasanya nak kayuh untuk melawat

1524940_10152141581208430_309258784_n

Pintu gerbang yang menyambut kedatangan kami

1545106_10152141582473430_440807166_n

Tambah tak karuan kami bila masuk kawasan ini

1509837_10152141589163430_763565294_n

Lembah Harau is a Nature Reserve. We need to pay IDR5,000 entrance fee

IMG_3083

excitement over limit dah masa ni

1486547_10152141608923430_158180089_n

kanak-kanak berbasikal

1505121_10152141592653430_1297153970_n

they are everywhere!

1526224_10152141593158430_513836020_n

Their childhood is the best!

1525142_10152141593818430_1436795813_n

cycle to work

1522252_10152141605158430_1133652932_n

air menitis dari batuan yang kelihatan seperti tergantung diatas jalan ini

1525326_10202875652198509_1457654219_n

Lima Puluh Kota

1560429_10202875649758448_28998469_n

Impressive cliff

25960_10202875652158508_1327920151_n

I can cycle whole day here

IMG_3110

Ingin kembali menimati suasana kayuhan sebegini

 

IMG_3118

90 degree flat cliff. Macam ada wall painting

1558438_10152141597498430_896210840_n

Sebuah restoran esklusif di kawasan ini

154432_10152141603173430_1456659373_n

Salah satu air terjun di Harau

20131208_103504

Salah satu kawasan tercantik di Harau lebih-lebih lagi sekiranya padi menghijau atau menguning

IMG_3177

love this place!

1013296_10152141608203430_1036398319_n

Impressive waterfall. Lalu tepi pasti basah

1013288_10152141627528430_1076369767_n

Group foto – basah lencun

20131208_103847

Air terjun ini ada dalam slot azan maghrib di TV9

1536444_10152141632428430_418822208_n

Mendaki view point

20131208_111251

Air terjun dari view point

20131208_111130

Another view

Tempat ini tidak begitu dikenali oleh pelancong luar dan hanya popular di kalangan pelancong tempatan. Saya sememangnya lebih suka mencari tempat sebegini yang lebih asli dan terlindung dari segala bentuk pencemaran (termasuklah pencemaran budaya). Melalui bacaan saya di internet, saya dapati ada sebuah “homestay” mendapat reviu yang tinggi dari pelancong barat iaitu Abdi Homestay. Saya telah membuat keputusan untuk mencari dan menginap di homestay ini.

Setelah bertanyakan kepada orang tempatan, kami tiba di Abdi Homestay sekitar jam 2 petang. Kami disambut oleh pembantu homestay tersebut iaitu Yoga. Setelah berbincang dengan tuan punya homestay iaitu saudara Ikbal, beliau telah bersetuju memberikan kami sebuah chalet 2 tingkat dengan harga IDR200,000 untuk satu malam. Sangat berpatutan ditambah pula kami dibenarkan menggunakan dapur (yg bersambung dengan chalet) untuk memasak. Cuaca amat sejuk, aircond mahupun kipas adalah tidak diperlukan. Sumber air semuanya adalah dari air terjun yang terdapat dibelakang homestay ini. Ikbal boleh dihubungi di nombor +6285263781842. Homestay ini diuruskan oleh beliau bersama isterinya, Nonie. Mereka pasangan yang amat baik dan menguruskan homestay itu dengan baik.

1604677_10152141611338430_1637294942_n

Penduduk kampung sedang mengadakan kenduri

1524916_10152141614298430_485133003_n

Jalan masuk ke Abdi Homestay

1511318_10152141614293430_1721418312_n

Off-road sedikit

1557544_10152141614903430_1183218428_n

ok, a bit rough surface with gravels. Botol air mineral jatuh masa ni

 

IMG_3247

Abdi Homestay run by Ikbal and Nonie

1601484_10152141615063430_801123438_n

A chat with an Endlishman while waiting for our room

IMG_3249

1520704_10152142747268430_466024552_n

Cantik tak?

 

1514555_10152141614918430_1842382766_n

Air terjun yang berada dibelakang homestay

IMG_3202

Basikal Wak, Gary Fischer berlatar belakangkan air terjun 

995293_10152141616683430_1120314385_n

Chef Wak beraksi memasak untuk lunch kami

1484745_10152141617418430_1259883532_n

Our lunch is ready! lauk ringkas je

1491718_10152141618568430_411134218_n

Wak and Abg Syaaban ready to dig in!

Seperti biasa, Chef Wak akan memasak untuk kami. Setelah makan dan berehat, kami keluar bersiar-siar disekitar Lembah Harau. Kami telah pergi ke air terjun yang terletak disebelah kanan lembah. Perjalanan kesana menyajikan kami pemandangan kampung yang sangat indah. 2 buah air terjun tersebut adalah besar dan amat deras. Banyak peniaga membina bangunan disekitar air terjun menghalang dan mencacatkan pemandangan. Patutlah seorang pelancong Russia yang saya temui di Abdi Homestay kata, “it’s looks more like a market, not nice”. Tapi memang banyak juga aktiviti dilakukan oleh orang tempatan seperti menjual makanan ringan, menyewakan pelampung dan juga menjadi tempat berkumpul sebuah komuniti pencinta amfibia dan reptilia yang dikenali sebagai “Payakumbuh Amfibi & Reptil Komunitas – PARK”. Mereka mempamerkan haiwan-haiwan peliharaan mereka seperti ular sawa, iguana, monyet dan lain-lain. Apabila saya banyak bertanya termasuk keperluan lesen, mereka mula menjauhi saya mungkin bimbang saya dari jabatan kerajaan tertentu.

20131208_140936

Dah ready nak keluar, pancit pula basikal wak

IMG_3221

Salah satu tarikan di Harau

20131208_165110

Penggemar haiwan eksotik

IMG_3227

Pemandu pelancong tak rasmi. Peniaga kerepek disitu, rajin melayan kami

1513207_10152141621163430_1595423919_n

Terdapat 2 air terjun disini side by side

1011982_10152141624428430_1060511051_n

Air terlalu deras, agak sukar nak ambil gambar

Dalam perjalanan pulang kami telah disapa oleh seseorang yang mencari “Pakcik Raja”! Panggilan pakcik disana tidak merujuk kepada faktor umur tapi lebih kepada sebutan hormat kepada orang Malaysia. Rupanya dia adalah Pak Desrino Hassan merupakan kawan kepada King yang beliau kenali dari FB. Beliau telah sudi dating dari Payakumbuh untuk berjumpa dengan kumpulan kami. Beliau telah mengikut kami pulang ke homestay dan berbual-bual hingg lewat petang. Beliau juga telah menjemput kami untuk menghadiri jamboree anjuran kelab beliau iaitu Payakumbuh Sepeda Nanjax (PSN) pada 15 Disember 2014. Bergantung kepada progress perjalanan, kami tidak dapat berjanji untuk menghadirinya.

1525403_10152141626013430_225961424_n

Kunjungan dari Pak Desrino dan Pak Irwan sangat kami hargai

Malam itu kami semua tidur awal didodoi dengan bunyian air terjun dan bunyi cengkerik dan kodok. Satu bunyi yang amat indah dan mendamaikan. Terasa begitu sayang untuk meninggalkan Lembah Harau terlalu cepat.

Semua gambar adalah sumbangan dan kredit kepada King, Pink dan Wak

Baca selanjutnya dengan mengklik pautan dibawah:-

Kayuhan Ranah Minang – Intro

7 Disember 2013 ~ Sabtu (Hari Pertama): Menaiki feri dari Terminal Penumpang Pelabuhan Klang Selatan ke Dumai. Menaiki bas ke Lubok Bangku

8 Disember 2013 ~ Ahad (Hari Kedua) : Lubok Bangku – Lembah Harau

9 Disember 2013 ~ Isnin (Hari Ketiga) : Lembah Harau – Payakumbuh – Bukittinggi

10 Disember 2013 ~ Selasa (Hari Keempat) : Bukittinggi – Kelok 44

11 Disember 2013 ~ Rabu (Hari Kelima) : Kelok 44 – Danau Maninjau – Lubuk Basong – Pariaman

12 Disember 2013 ~ Khamis (Hari Keenam) : Pariaman – Padang

13 Disember 2013 ~ Jumaat (Hari Ketujuh) : Padang – Solok – Danau Singkarak – Lembah Harau

14 Disember 2013 ~ Sabtu (Hari Kelapan) : Lembah Harau – Kelok 9 – Lembah Harau

15 Disember 2013 ~ Ahad (Hari Kesembilan) : Lembah Harau – Payakumbuh – Dumai

16 Disember 2013 ~ Isnin (Hari Kesepuluh) : Dumai – Terminal Penumpang Pelabuhan Selatan


Kayuhan Ranah Minang Bikepackers Malaysia : 9 Disember 2013 ~ Isnin (Hari Ketiga) : Lembah Harau – Payakumbuh – Bukittinggi

$
0
0

Lembah Harau – Payakumbuh – Bukittinggi (52km)

Kami bangun seawal jam 5.00 pagi. Kedengaran suara Abang Syaaban “Bangun-bangun dah azan subuh! Tak baik tidur nanti jenazah berat”. Wak kata “Dah bangun la ni bang, saya baring-baring dulu”. Abang Syaaban “aishhh…. Bangun bukan jaga, duduk. Nanti berat jenazah!”. Terus duduk Wak dan King! Begitulah Abang Syaaban yang banyak menjaga solat kami. Seorang pesara komando yang masih hebat staminanya dan punya semangat setia kawan yang tinggi. Beliau ibarat seorang abang dan ayah bagi kami disepanjang perjalanan.

Pagi itu hujan nampaknya sudah berhenti. Kami tidak bersarapan dan memulakan perjalanan seawal jam 7.00 pagi. Perjalanan pagi itu tidak jauh tapi saya sangat pasti adalah merupakan pendakian yang panjang kerana Harau terletak kira-kira 400m dari paras laut manakala Bukittinggi pula terletak kira-kira 800 – 900m dari paras laut.

66801_10152143684128430_1576204024_n

Group photo before leaving Harau

1499477_10202578497412297_1433958315_n

Sayangnya nak tinggalkan Harau

1604938_10202875676839125_2136756362_n

bye-bye Harau

5591_10202875676879126_1960341348_n

Suasana pagi nan indah diHarau kami tinggalkan

3775_10202875682119257_666784910_n

Petani-petani mula turun ke sawah

1606921_10202875680839225_99692743_n

Unik!

1545917_10152143600313430_524498673_n

Kanak-kanak bersedia untuk ke sekolah

1479121_10152143600538430_15129920_n

Abang Syaaban membeli buah langsat untuk bekal

1013717_10202875689119432_986831682_n

Masih belum puas bergambar di Harau nampaknya

1509062_10202875686639370_1846116209_n

Macam dalam studio!

1044032_10202875679319187_434647584_n

stripes plastic digantung keliling sawah untuk menakutkan musuh padi

1526995_10202875688039405_1525385470_n

cantik kan?

1560685_10202875690479466_753849328_n

School assembly

1453371_10202875691119482_1922017133_n

We are heading to Bukittinggi

71410_10152143603458430_1376967473_n

jerami padi

1010557_10152143603858430_1081724876_n

Di sini pun ada kedai sabar menanti!

Kami telah berhenti sebentar di Payakumbuh untuk bersarapan pagi bersama Bapak Desrino dan lain-lain rakan dari PSN. Wak, Abang Syaaban dan King telah diberikan minuman teh/kopi telur iaitu sejenis minuman tempatan dimana the atau kopi dicampurkan dengan telur itik mentah dan diputar sehingga kembang. Menurut mereka rasanya sangat lemak, tapi saya tak sanggup untuk mencubanya! Ahli PSN telah menghadiahkan kami beberapa helai jersi sebagai tanda persahabatan dan mengharapkan kami menyertai jamboree mereka.

1501796_10152143685088430_1847019311_n

Pak Desrino (beruniform) dan bersama-sama rakan-rakan PSN. Mereka menghadiahkan kami jersey kelab mereka. Layanan baik mereka tidak akan kami lupakan

1511308_10152143604478430_1004213536_n

Diantara kuih kegemaran saya

1538709_10152143604428430_1021872517_n

Kuih muih mereka mesti beserta dengan cili api

1521230_10152143604638430_408756194_n

Favourite local drinks – Teh/kopi telur. Abg Syaaban, Wak dan King telah mencubanya. But, I don’t think it’s for me. No thanks!

399256_10152143608378430_1820052909_n

Di Kota Payakumbuh, kami disapa ramai pesikal. Basikal pakcik ni colour gold!

1546040_10152143607603430_332731611_n

“peminat” kami heheh

1528548_10152143606788430_913800884_n

Kota Payakumbuh juga dikenali sebagai kota Sepeda. Ia juga adalah kota terbersih di SUMBAR

1497710_10152143607963430_1417782724_n

Bendi (Kereta kuda)

1560527_10152143607968430_306885773_n

Penjaja roti

Lama juga kami berhenti bersarapan pagi dan urusan membeli kad sim Pink di Payakumbuh. Hanya jam 11.00 pagi barulah kami meneruskan perjalanan ke Bukittingi. Matahari sudah mula terik dan jalan mula mendaki. Agak mencabar juga kerana ia adalah pendakian yang agak panjang iaitu kira-kira 40km. Pemandangan disepanjang perjalanan adalah amat cantik. Kiri kanan jalan adalah sawah padi yang tidak seragam warnanya. Ada yang masih menghijau dan ada juga yang sudah menguning. Mereka tidak menanam padi mengikut musim, dimana setiap petani menanam mengikut kemahuan mereka sendiri. Ini menyebabkan penjagaan sawah adalah lebih sukar. Musuh padi akan hanya bertumpu kepada petak sawah yang padinya sudah masak. Selain dari sawah padi, kiri kanan jalan juga kelihatan bukit bukau yang sangat cantik. Awan-awan yang terbentuk pun amat menarik perhatian kami.

1511658_10152143608683430_1026373084_n

Langit biru yang indah. Suhu masih dingin

1526275_10152143609688430_2106185862_n

Jalan mula mendaki.

71419_10152143614268430_1573813314_n

King dgn jersey PSN

61860_10202875697279636_406310569_n

Keropok-keropok yg dikeringkan di tepi jalan

1014306_10152143611168430_2087154885_n

Adakala jemurannya terlalu hampir dijalan membuat kita ragu-ragu akan kebersihannya

1534353_10152143611598430_1593654823_n

Lupa segala kepenatan bila pemandangan seperti ini yg tersai didepan mata

1525390_10152143613253430_1461233862_n

Wak kepenatan melepaskan lelah

1532120_10202875699639695_1334739176_n

Pendakian demi pendakian

1601332_10152143621623430_725629620_n

Sudah menghampiri Bukittinggi

1526707_10202875705159833_340165358_n

Langit mula gelap

Pendakian amat perlahan dan kami hanya tiba di Bukittinggi sekitar jam 3.00 petang. Setibanya kami di Bukittinggi, hujan telah turun dengan lebatnya. Kami terpaksa mencari tempat berteduh sebelum mencari Orchid Hotel dimana Rocio menginap. Rocio adalah seorang pesikal wanita solo berasal dari Sepanyol. Beliau pernah menginap dirumah saya satu malam sebelum berangkat ke Sumatera. Kenalan kami di Padang iaitu seorang mahasiswa Universiti Padang, Afif Bae sentiasa berhubung dan memantau pergerakan kami di SUMBAR dan sentiasa berhubung dengan Rocio.

Setelah hujan reda kami pun mencari Orchid Hotel. Harga hotel tersebut agak mahal iaitu IDR150,000 (bagi standard saya). Kebiasaannya saya hanya akan tinggal dihotel yang berharga IDR100,000 ke bawah (kira-kira RM28). Setelah berbincang dengan tuan punya hotel dan memandangkan Bukittinggi adalah kawasan pelancong, kami bersetuju untuk menginap disitu pada harga IDR125,000 semalam. Itu pun kerana kami ingin bertemu semula dengan Rocio. Sebaik sahaja mendaftar masuk, hujan pun turun dengan lebatnya sehingga malam. Hasrat kami untuk bersiar-siar di sekitar Bukittinggi terpaksa dilupakan.

1521396_10152143623293430_2123348353_n

Bukittinggi selepas ditimpa hujan yang lebat

1527105_10152143622423430_706475756_n

Penjaja terlena menanti pelanggan

1505048_10152143624483430_560836404_n

Masih mencari-cari Orchid Hotel

61885_10152143626283430_1814186139_n

Penjual Satay Kambing ini berketurunan India Muslim. Juga dikenali sebagai Mamak di sana

1010482_10152143626718430_1242289490_n

Terlalu kenyang utk mencuba

1530340_10152143627203430_1724571934_n

Pelbagai makanan dijual dilorong ini yg terletak hampir dengan penginapan kami

1003055_10152143629068430_2085598353_n

Basikal kami di lobi hotel

Semua gambar adalah sumbangan dan kredit kepada King, Pink dan Wak

Baca selanjutnya dengan mengklik pautan dibawah:-

Kayuhan Ranah Minang – Intro

7 Disember 2013 ~ Sabtu (Hari Pertama): Menaiki feri dari Terminal Penumpang Pelabuhan Klang Selatan ke Dumai. Menaiki bas ke Lubok Bangku

8 Disember 2013 ~ Ahad (Hari Kedua) : Lubok Bangku – Lembah Harau

9 Disember 2013 ~ Isnin (Hari Ketiga) : Lembah Harau – Payakumbuh – Bukittinggi

10 Disember 2013 ~ Selasa (Hari Keempat) : Bukittinggi – Kelok 44

11 Disember 2013 ~ Rabu (Hari Kelima) : Kelok 44 – Danau Maninjau – Lubuk Basong – Pariaman

12 Disember 2013 ~ Khamis (Hari Keenam) : Pariaman – Padang

13 Disember 2013 ~ Jumaat (Hari Ketujuh) : Padang – Solok – Danau Singkarak – Lembah Harau

14 Disember 2013 ~ Sabtu (Hari Kelapan) : Lembah Harau – Kelok 9 – Lembah Harau

15 Disember 2013 ~ Ahad (Hari Kesembilan) : Lembah Harau – Payakumbuh – Dumai

16 Disember 2013 ~ Isnin (Hari Kesepuluh) : Dumai – Terminal Penumpang Pelabuhan Selatan



Kayuhan Ranah Minang Bikepackers Malaysia :10 Disember 2013 ~ Selasa (Hari Keempat) : Bukittinggi – Kelok 44

$
0
0

Bukittinggi – Kelok 44, Danau Maninjao (27km)

Pagi itu kami meninggalkan hotel tepat jam 7.00 pagi dan terus pergi ke mercu tanda utama Bukittinggi iaitu Jam Gadang. Sesampainya kami disana, terdapat aktiviti aerobic dan poco-poco dijalankan di hadapan jam tersebut. Rata-ratanya disertai oleh lelaki dan perempuan umur pertengahan. Setelah mengambil gambar dan membeli sedikit cenderahati, kami pun meneruskan perjalanan ke Kelok 44 menggunakan jalan yang agak jauh untuk mengelakkan pendakian curam di Lembah Sianok. Jalan yang dikatakan “kurang curam” ini pun sudah cukup mencabar ketahanan mental dan fizikal saya. King dan Abang Syaaban merupakan “sweeper” yang sangat sabar menjaga saya atau Pink yang selalu tercicir.

1098090_10152143707693430_1974531560_n

Penempatan orang jawa. Terdapat 5 buah rumah dikawasan ini, why the name? dont ask me

1497701_10152143707698430_596378068_n

Di tengah kota Bukittinggi

IMG_3265

Mencari Jam Gadang sebelum berangkat pergi ke Meninjau

1527033_10152143707958430_557618055_n

Jam Gadang yg dibina pada tahun 1926 setinggi 26 meter semasa zaman penjajahan Belanda. Bumbung asal adalah seekor ayam jantan. Semasa pendudukan Jepun ditukar kepada bentuk Jinja ornament dan akhir sekali bumbung Minangkabau selepas Indonesia merdeka

20131210_073833

Jam Gadang dan Bendi, dua ikon utama Bukittinggi

IMG_3278

Pemandangan sekitar Bukittinggi dari Jam Gadang

1503841_10152143724118430_883890604_n

Group photo

20131210_073325

Ada senamrobik dan poco-poco didataran yg disertai oleh penduduk tempatan

IMG_3277

Ada “peminat” yg enter frame sewaktu kami cuba mengambil gambar berkumpulan

1503223_10152143708333430_711860477_n

Wak pun nak try poco-poco!

20131210_073739

Bendi atau kereta kuda

20131210_073800

Motor truck?

1510391_10152143708368430_398170780_n

Mencari Nasi Kapau

1010626_10152143708528430_2132298436_n

Basikal untuk mengangkut barang dagangan

20131210_081938

Nasi Kapau adalah makanan khas dari sebuah kampung di Bukittinggi iaitu Nagari Kapau. Menu istimewa mereka ~ usus sumbat telur

20131210_082009

Agak unik. Air minum suam diletak didalam bekas air basuh tangan yg siap berisi air

20131210_083450

Pink mencuba belut yg digoreng garing. Sedap juga

20131210_083054

Abang Syaaban mencuba usus sumbat telur dan ayam goreng berempah

1496637_10152143709903430_1494013669_n

Disekitar Bukittinggi menuju Kelok 44

1517559_10152143709678430_1955737627_n

Petani disekitar Bukittinggi hingga Maninjau menggunakan topi ini. Pemuda ini dari Danau Maninjau

1532046_10202875707359888_1779926315_n

Suasana pagi disebuah pasar pagi di Bukittinggi

1555534_10152143709883430_277420644_n

Wak bermesra dgn peniaga/pekerja di pasar pagi

IMG_3306

Polis ini sdg menangglakan sticker dari sebuah kenderaan. Tidak pasti sticker apa dan mengapa

IMG_3303

Leek banyak ditanam dikawasan tanah tinggi dan dijual di sini

IMG_3304

Tulang 4 kerat

IMG_3294

Tak pasti apa yg duijual pakcik ini

1525224_10152143712993430_1994449204_n

Lori membawa binatang ternakan utk dijual

Pada mulanya saya sangkakan tiada pendakian berat di laluan ini. Ternyata anggapan saya itu meleset sama sekali. Jalan ini merupakan antara jalan mendaki yang amat sukar pernah saya lakukan selepas Tele, Samosir, SUMUT. Dengan beg pannier yang berat dan basikal gear 7 speeds, saya rasa seperti ditarik kebelakang. Tapi dengan sokongan kawan-kawan saya dapat lakukannya!

Pemandangan sangat indah, kawasan hutan diselang seli dengan sawah padi bertingkat-tingkat dan pelbagai warna. Cuaca sejuk mengurangkan penyeksaan yang kami rasa. Sesekali hujan gerimis mengiringi perjalanan kami menambahkan lagi kesejukan hingga ke tulang! Kelihatan anak-anak kecil pergi dan pulang dari sekolah, petani mengerjakan sawah masing-masing, rumah-rumah gadang menjadi sajian mata kami sepanjang perjalanan tersebut. Serasa seperti mahu masa dihentikan supaya kami dapat menikmati keindahan tersebut sepuasnya. Apakan daya perjalanan mesti diteruskan untuk sampai ke destinasi seterusnya mengikut jadual.

Kelok 44 dinamakan sedemikian kerana ianya mempunyai 44 selekoh (kelok) tajam untuk turun dan naik ke Danau Maninjao sepanjang 8km. Point tertinggi sebelum menuruni kelok ini ialah 1200m dari paras laut manakala Danau Meninjao berada di 500m paras laut. Melalui Afif, kami telah mengatur awal untuk bermalam disebuah rumah makan di Kelok 23. Dipunyai oleh Pak Nemon dan isteri. Sebelum ini, Rocio dan Budi juga pernah menumpang tidur disini. Beliau tidak mengenakan apa-apa bayaran asalkan kita makan dan minum dikedainya.

Kami tiba di Kelok 23 pada jam 3.00 petang dan disambut oleh Pak Nemon serta interi. Kelaparan, kami terus memesan nasi goreng dan kopi panas. Kami telah diberikan tempat tidur di anjung kedai menghadap tasik. Cuaca sejuk, kepenatan dan pemandangan yang sangatlah cantik menambahkan lagi selera makan kami! Inilah pengalaman paling seronok pernah saya rasakan sepanjang kayuhan saya di SUMUT dan SUMBAR. Walaupun sekiranya ada hotel 5 bintang percuma ditawarkan pada saya ketika itu, saya akan pilih untuk menginap dirumah makan ini.

1545930_10152143717658430_1691408411_n

Bermulanya jalan mendaki

166092_10152143711508430_757256950_n

Makam?

1546110_10152143717373430_249197614_n

Rumah Minangkabau yang terbiar. Besar dan usang

525172_10152143714188430_1707716912_n

Signboard begini memberi tekanan mental pada kami

1554427_10152143714253430_1085431025_n

It’s not easy and fun at all!

1546247_10152143711943430_1652643284_n

But the view is spectacular

1017526_10202875720440215_983066325_n

More steeper climb!

IMG_3357

Me versus Gravity

1545607_10152143711018430_734573758_n

Bit by bit

IMG_3338

Seorang tukang jahit juga seorang photog. Dia gemar mengambil gambar2 Le Tour De Singkarak yang melalui kawasan ini.

1604915_10152143713963430_696315162_n

Wak sedang melihat-lihat gambarnya

IMG_3339

Berbeza dgn sawah padi kita dimana petak2nya seragam, di sini ianya bertingkat2 dan tidak seragam mengikut bentuk muka buminya

1525441_10202875718080156_1808889191_n

Ini bari 1/3 dari pendakian yg perlu diselesaikan

1497715_10152143715253430_87988569_n

Saya hampir putus asa masa ni…. menyumpah2 dalam hati, tuhan jer tahu

1528453_10152143712988430_278885175_n

Never ending

1522241_10152143712668430_1792165244_n

Kerbau masih digunakan kerana bentuk muka bumi tidak sesuai untuk menggunakan jentera

1535030_10152143713648430_1333975154_n

Kanak-kanak pulang dari sekolah sambil bermain-main ditepi sawah

1532155_10152144988118430_1042866178_n

Tanda jalan menunjukkan adanya turunan curam. Saya kurang suka bila melihat tanda ini…. kerana setelah penat lelah mendaki, bila ada turunan, bermakna pendakian selepas itu akan lebih curam lagi!

1538708_10152143712658430_34038151_n

Mesin padi manual

IMG_3344

betul tak??

999107_10202875720680221_1353445404_n

Nenek tua ini tinggal sendirian. Buta mata sebelah akibat terkene serpihan peluru semasa perang saudara

1519022_10152143715043430_1805257488_n

Pemandangan disalah satu perhentian. Kami minum kopi dan berjumpa dgn orang Malaysia di sini

1536501_10152143715553430_1136181989_n

Lagi satu perhentian yg popular dgn cendol labu

1510412_10152143716038430_245808824_n

Bundo Kanduang

1521656_10152143716068430_1469706716_n

Salah satu hidangan seperti keropok lekor. Tapi lebih lembut dan kurang rasa ikan

20131210_132403

Cendol labu

1522006_10152143716623430_663601142_n

Hair pin corner. Memang kena tekan habis utk menanjak

1512680_10152143719498430_737704093_n

Berduyun-duyun macam itik pulang petang

1512551_10152143718168430_1358998916_n

kanak-kanak bermain basikal dalam hujan gerimis

1601409_10152143717608430_1590577317_n

Pelbagai jenis dan warna bunga dahlia di depan rumah ini. Rupanya ada pertandingan kampung tercantik. Ptutlah sepanjang jalan diperkampungan ini dihiasi bunga

1538911_10152143719633430_1425406610_n

Kami sebenarnya lapar sangat. Berhenti dikedai ini utk makan, tetapi setelah melihat kucing ini tidur diatas periuk nasi dan berhampiran lauk, kami batalkan dan cuma minum air panas. Sejuk dan kelaparan

1546405_10152143720038430_1007324482_n

Deretan labu. Daerah ini memang terkenal dgn buah labunya

1528520_10152143720703430_2079608375_n

Teksi

1560668_10152143720853430_2033033543_n

Kami menghampiri Kelok 44. Kehujanan, kesejukan dan kelaparan kami meredah kabus tebal. Jam menunjukkan hampir 3 petang

1511185_10152143722313430_584348198_n

Selekoh tajan, curam dan jalan licin. Not a good combination

1485082_10152143721848430_2037293716_n

Kami mula berhati-hati menuruni turunan ini

IMG_3370

Tanda jalan yang dinanti2kan

IMG_3372

Turun perlahan-lahan

1480534_10152143722063430_727525823_n

Brake depan pada basikal Pink mengalami masalah. Dia terpaksa bertukar basikal dgn King

20131210_160750

Sebuah rumah makan yg telah ditinggalkan

20131210_155210

Setiap kelok diberi nombor. Sekiranya dari atas, kita akan mulakan dengan nombor 44

20131210_183737

Akhirnya kami sampai dengan selamatnya di rumah makan ini. Disinilah tempat kami bermalam untuk hari itu

IMG_3380

Sementara menanti Pak Nemon menyediakan makan tengah hari (pukul 4pm!), kami berehat-rehat sambil melayan FB. Yes, they are 3G coverage at this area

25954_10202875723800299_621078726_n

Nasi goreng Pak Nemon memang sedap!

1530478_10152143723178430_1950375719_n

abang Syaaban amibil feel

IMG_3379

Surau berdekatan rumah makan. Terasa syahdu bersolat disini

IMG_3390

Dipangkin ini lah Pink tidur

996080_10152143723923430_2059670951_n

Opposite of Pink, saya dan Wak tidur disini. This is much better than 5 stars hotel!

Semua gambar adalah sumbangan dan kredit kepada King, Pink dan Wak

Baca selanjutnya dengan mengklik pautan dibawah:-

Kayuhan Ranah Minang – Intro

7 Disember 2013 ~ Sabtu (Hari Pertama): Menaiki feri dari Terminal Penumpang Pelabuhan Klang Selatan ke Dumai. Menaiki bas ke Lubok Bangku

8 Disember 2013 ~ Ahad (Hari Kedua) : Lubok Bangku – Lembah Harau

9 Disember 2013 ~ Isnin (Hari Ketiga) : Lembah Harau – Payakumbuh – Bukittinggi

10 Disember 2013 ~ Selasa (Hari Keempat) : Bukittinggi – Kelok 44

11 Disember 2013 ~ Rabu (Hari Kelima) : Kelok 44 – Danau Maninjau – Lubuk Basong – Pariaman

12 Disember 2013 ~ Khamis (Hari Keenam) : Pariaman – Padang

13 Disember 2013 ~ Jumaat (Hari Ketujuh) : Padang – Solok – Danau Singkarak – Lembah Harau

14 Disember 2013 ~ Sabtu (Hari Kelapan) : Lembah Harau – Kelok 9 – Lembah Harau

15 Disember 2013 ~ Ahad (Hari Kesembilan) : Lembah Harau – Payakumbuh – Dumai

16 Disember 2013 ~ Isnin (Hari Kesepuluh) : Dumai – Terminal Penumpang Pelabuhan Selatan



Kayuhan Ranah Minang Bikepackers Malaysia : 11 Disember 2013 ~ Rabu (Hari Kelima)

$
0
0

Kelok 44 – Danau Maninjau – Lubuk Basong – Pariaman (110km)

Setelah siap bersarapan pagi, dalam hujan gerimis, kami meneruskan perjalanan. Menuruni Kelok 44 dalam keadaan jalan basah bercampur minyak diesel, adalah detik yang agak mencemaskan. Kami terpaksa menuruninya dengan perlahan-lahan. Tangan menjadi krem menekan brake dan dalam hati tak putus-putus berdoa agar tiada perkara buruk berlaku seperti brake putus dan sebagainya.

1510880_10152151362028430_1128967868_n

Bersarapan pagi dengan pemandangan sebegini memang mengujakan

20131211_072951

Dalam beberapa minit sahaja, pemandangan di sini akan bertukar2

1609794_10152151363113430_55186955_n

Damai

1530388_10152151362338430_593786585_n

Wak cuba membetulkan brake basikal Pink

1607108_10152151363253430_873001402_n

Group photo dihadapan warung Pak Nemon di Kelok 23

1560603_10152151363473430_1148021567_n

Mula menuruni kelok-kelok seterusnya. Licin apabila air hujan bercampur minyak

1517563_10152151363488430_1609046731_n

Abg Syaaban mengambil selekoh di Kelok 15

IMG_3428

Terlalu indah tempat ini

IMG_3438

Coral snake yg menjadi mangsa hit and run ~ road kill

20131211_084231

Danau Maninjau dari Kelok… errr.. berapa ntah tak ingat

IMG_3442

Ajaib! pokok kekabu berbuah durian heheh

20131211_084542

Tertarik saya melihat tumbuhan ini. Tak pernah nampak di Malaysia

 

Sepatutnya perjalanan hari ini adalah sehingga ke Padang iaitu kira-kira 140km. Tapi kami memutuskan untuk pergi melawat Rumah Buya Hamka walaupun tidak pasti jarak sebenar dari simpang jalan utama ke rumah penulis, aktivis dan ahli ugama yang terkenal itu. Untuk ke rumah beliau kami perlu pergi ke arah kiri sedangkan untuk ke Lubuk Basong, kami perlu ke kanan. Jalan utama disini adalah mengelilingi tasik dan berada betul-betul hampir dengan tasik. Pemandangan indah tidak jemu mata memandang. Aktiviti penduduk dipagi hari dapat dilihat sepanjang jalan. Sebenarnya rumah Buya Hamka terletak kira-kira 10km dari simpang utama itu. Sesampainya kami disana, kami merasa amat kecewa kerana penjaga rumah itu tidak ada. Kami hanya dapat mengambil gambar dari luar sahaja. Terpaksalah kami menginggalkan Maninjao dengan sedikit rasa kecewa.

Kami berpatah balik sejauh 10 km menuju Lubuk Basong. Ianya merupakan kawasan yang terletak betul-betul dilembah belahan kawah gunung berapi ini. Seperti Danau Toba, Danau Maninjao terhasil kesan dari letusan gunung berapi. Kebiasaannya tasik sebegini kita perlu mendaki naik untuk masuk dan keluar dari kawah. Tetapi Danau Maninjao punya belahan untuk membolehkan kita tidak mendaki untuk keluar dari kawah.  Satu turunan curam perlu dilalui, saya hampir-hampir terjatuh kebawah gaung akibat terlalu leka melihat sebuah jeram deras disitu! Kami sebenarnya berkayuh dengan amat perlahan dan kerap berhenti untuk mengambil gambar. Sepatutnya kami akan sampai di Pariaman pada waktu makan tengah hari, tapi sebaliknya kami masih lagi berada di Lubuk Basong yang terletak sejuah 50km dari Pariaman. Oleh yang demikian kami telah membuat keputusan untuk hanya berkayuh sehingga ke Pariaman dan maklumkan kepada Afif.

20131211_084603

Simpang utama dari Kelok 1. Kiri ke Buya Hamka Museum, kanan ke Lubuk Basung

1017055_10152151364503430_2123524007_n

Sebuah pasar pagi yang agak sibuk

IMG_3511

biji kopi

IMG_3510

Sebuah lagi pasar pagi terletak berhampiran masjid

20131211_102413

Pasar Sungai Batang

20131211_102253

Balai adat yang terletak dipasar tersebut

1017125_10152151364393430_908750082_n

kebanyakan masjid disini dibina diatas tasik termasuk masjid ini yang dibina pada tahun 1907

1531746_10152151364718430_1464368919_n

Perjalanan menuju ke rumah Buya Hamka agak mencabar

1507702_10152151364783430_140757475_n

Untuk tanjakan ini, saya terpaksa menolak! terlalu menegak

1526965_10202875730720472_658939802_n

Akhirnya kami tiba di museum Buya Hamka

1497631_10152151365253430_1317822661_n

Tapi malangnya, penjaga museum tiada. Kami tak dapat masuk ke dalam :(

20131211_095051

Dihadapan museum ada sebuah kedai menjual buku-buku hasil tulisan Hamka

IMG_3499

King dan Pink sedang melihat-lihat buku yang dipamerkan

10193_10152151365643430_464173612_n

Sepanjang jalan dipenuhi deretan pokok kekabu yang besar

1505419_10152151364203430_1243050999_n

Kelong ikan dibelakang Wak

IMG_3454

Jalan ini mengelilingi Danau Maninjau yg mempunyai kelebaran 7km dan panjang 16km. Terletak kira-kira 459m dari paras laut

IMG_3502

Sebuah makan

20131211_112216

Sejenis kerangan air tawar. Ditumis dengan leeks. Sedap dan cuma berharga IDR6,000

1012247_10152151366283430_1891861745_n

Sebuah lagi masjid diatas air

IMG_3514

Ikan darat hasil dari tasik ini juga dijadikan ikan kering. Benih-benih ikan juga banyak terhasil di tasik ini dan dijual keluar

IMG_3520

Beruk pemetik kelapa dengan tuannya

1012136_10152151368073430_1966733495_n

Baju jersey kami ditaja sebhagiannya oleh Vidi GM Klang. TQ :)

1531799_10152151368158430_263698346_n

Petani sedang mengerjakan sawahnya

1544406_10202875741040730_417172573_n

Jalan-jalan konkrit kecil dicelah2 sawah menuju ke tasik

1555587_10152151367658430_1555577815_n

tak tahulah apa yg Wak ceritakan pada si Pink tu

1531923_10152151367558430_413403814_n

Petani bertopi terendak mengerjakan sawah secara berkumpulan

1601249_10152151368213430_1442438198_n

Sekumpulan petani ini berhenti rehat untuk makan tengah hari

1525304_10152151368248430_1529846489_n

Petani ini mengingatkan Wak kepada arwah bapanya

1601337_10152151367883430_1950399732_n

Topi unik masyarakat petani Danau Maninjau

20131211_113653

Kami singgah ke kenduri kahwin ini tanpa dijemput. Kami ingin melihat lebih dekat dengan budaya yang mirip dengan budaya kita. Kami dijemput makan, tapi menolak kerana tidak cukup waktu

20131211_113842

Pengantin lelaki.

20131211_113703

Pengantin perempuan. Tidak berpakian tradisional

1607010_10152151366788430_722234354_n

mengamalkan gotong royong

20131211_113752

Sedang sibuk menyediakan bahan-bahan untuk dimasak

1538950_10152151368768430_1867314632_n

Lubuk Basung. Turunan yang mengujakan

1536696_10202875744320812_1134324400_n

Leka melihat jeram ini, saya hampir terbabas!

IMG_3545

Lunch time! Sedap!

Kami tiba di Pariaman agak lewat dan berpusing-pusing mencari penginapan yang sesuai. Saya merasa agak terkejut kerana sebuah pecan kecil seperti Pariaman mempunya kadar hotel yang agak mahal. Rata-ratanya IDR170,000 keatas. Kami bernasib baik kerana bertemu dengan seorang pesikal tempatan. Beliau sudi membawa kami untuk mencari tempat penginapan. Akhirnya beliau bawa kami kesebuah losmen (hostel) di Kampung Cina bernama SURIA. Kadar sewanya semalam adalah IDR100,000. Tanpa aircon maupun kipas. Agak panas kerana Pariaman berada hampir dengan pantai.

Malam itu kami telah berbual dengan tuan punya losmen Pak Suardi, seorang pesara kerajaan yang pernah bekerja di bahagian pelancongan. Darinya kami dapat tahu serba sedikit mengenai sejarah losmen Suria, Kampung Cina dan Pariaman khasnya. Dahulunya terdapat sebuah perkampungan cina di Pariaman ini yang dinamakan sebagai Kampung Cina. Pada zaman pendudukan Jepun pada tahun 1942 – 1945, penduduk Melayu telah menghalau keluar penduduk berbangsa Cina dari Pariaman. Mereka percaya ada bangsa Cina telah mengkhianati mereka ketika mereka merancang untuk menyerbu gudang senjata milik tentera Jepun. Rentetan dari peristiwa itu, mereka telah menghalau keluar semua penduduk Cina dan sehingga sekarang, tiada satu pun bangsa Cina berani menjejakkan kaki ke Pariaman.

Manakala nama SURIA pula adalah singkatan kepada Sekolah Untuk Rakyat Indonesia & Asia. Pada zaman pemerintahan Belanda, keperluan asasi seperti sekolah tidak disediakan untuk rakyat. Oleh yang demikian sekolah-sekolah yang diwujudkan adalah merupakan sekolah persendirian. SURIA adalah salah sebuah daripadanya. Dibina pada tahun 1900 oleh penduduk Cina. Semasa mereka melarikan diri, rumah ini telah dibeli oleh datuk kepada Pak Suardi untuk dijadikan sebagai sekolah persendirian yang diberi nama SURIA. Selepas Indonesia merdeka pada tahun 1945 dan pendidikan diberikan secara percuma kepada semua rakyat Indonesia, SURIA telah ditukar menjadi sebuah losmen hingga kehari ini. Menarik bukan sejarah sebuah pekan kecil ini?

Disebabkan tiada kipas dan keadaan dalam bilik yang agak panas, Abang Syaaban mengambil keputusan untuk memasang khemah dan meletakkannya dianjung losmen. Semasa hamper siap memasang khemah, tiba-tiba kedengaran satu suara yang agak keras dari luar losmen, “Apa itu?” Seorang lelaki tua melaung dari seberang jalan. Dia kemudiannya menghampiri kami dan mengulang soalan yang sama dengan muka yang serius. Pada fikiran kami, mungkin mereka tersinggung kami memasang khemah di kawasan losmen tersebut. “Kami saja mau mencuba-cuba memasang tenda ini” balas Abang Syaaban. “Apa itu?” ulangnya lagi. Abang Syaaban menerangkan lagi “Tenda untuk tidur” “Apa? Untuk tidur? Ini tenda? Aku fikir belon”. Saya seperti mahu ketawa berguling-guling mendengar kata-katanya! Tapi kami tidak berani memandangkan muka beliau masih serius. Rupa-rupanya dia adalah jiran Pak Suardi. Berumur lewat 60-an dan telah menetap dikawasan itu semenjak kanak-kanak lagi. Lama juga kami berbual-bual dengan beliau.

Tidur saya kurang nyenyak. Bunyi radio yang kuat datang dari rumah Pak Suardi yang terletak bersebelahan dengan losmen dan betul2 berada disebelah bilik saya. Hanya apabila tiba menjelang subuh barulah radio dimatikan. Itu pun kemudiannya disambung pula dengan bacaan Al-Quran dari surau-surau dan masjid-masjid yang berdekatan. Bacaan diperdengarkan dengan kuat dan bertingkah-tingkah. Masjid dan surau adalah terletak berdekatan antara satu sama lain. Sepanjang perjalanan ke Pariaman, ada saya ternampak 2 buah masjid besar terletak amat berdekatan dan hanya dipisahkan oleh singai. Saya kira tak lebih dari 500m jaraknya. Bila kami tanyakan pada penduduk tempatan, mereka katakan setiap masjid dibina bukan berdasarkan qariah tetapi mengikut suku. Rata-rata masjid dibina hasil dari sumbangan suku-suku mereka dan juga sumbangan yang dipungut ditepi jalan dengan cara menghulurkan tangguk ke setiap kenderaan yang lalu.

1536450_10152151369033430_1784252990_n

Monument Siti Manggopoh (1880 – 1965) terletak di Lubuk Basung. Seorang tokoh pejuang menentang pemerintahan Belanda sehingga tercetusnya Perang Belasting. Membingungkan pihak Belanda sehingga digelar “Singa Betina”

IMG_3550

Di Indonesia, setiap bandar punya monument mereka sendiri

IMG_3557

Kebanyakan masjid dibina atas hasil derma dari penduduk sekitar. Tiada bantuan dari pihak kerajaan.

IMG_3558

Terdapat banyak jambatan besi sebegini menuju ke Pariaman

IMG_3561

Jambatan besi melintasi sungai ini

IMG_3564

Kami berhenti sebentar disini

IMG_3566

Pelbagai aktiviti masyarakat tempatan dapat dilihat di sungai ini

20131211_175421

Akhirnya kami tiba di Kota Pariaman

20131211_181945

Abg Syaaban nak juga beli durian. Berusahalah kami mengikat durian dibasikal beliau

1601243_10202875748520917_1792770334_n

Wak bersama pemuda tempatan dengan motorsikal yg diubah suai oleh mereka sendiri ~ stylo!

IMG_3569

Mereka menunjukkan kami tempat penginapan yang berdekatan

20131211_185947

Abang ini telah membantu kami mencari penginapan yang murah. Akhirnya dia membawa kami ke Suria Losmen. Dia seorang anggota polis

20131211_190040

SURIA – atau nama asalnya Sekolah Untuk Rakyat Indonesia dan Asia, sebuah private school semasa zaman pemerintahan Belanda

20131212_070221

Suria pada asalnya sebuah rumah orang cina yang dibina pada awal tahun 1900an. Sebelahnya adalah rumah Pak Suardi

1560753_10202875751480991_1781330879_n

Pak Saurdi berusia lewat 70an. Seorang pesara kerajaan

Semua gambar adalah sumbangan dan kredit kepada King, Pink dan Wak

Baca selanjutnya dengan mengklik pautan dibawah:-

Kayuhan Ranah Minang – Intro

7 Disember 2013 ~ Sabtu (Hari Pertama): Menaiki feri dari Terminal Penumpang Pelabuhan Klang Selatan ke Dumai. Menaiki bas ke Lubok Bangku

8 Disember 2013 ~ Ahad (Hari Kedua) : Lubok Bangku – Lembah Harau

9 Disember 2013 ~ Isnin (Hari Ketiga) : Lembah Harau – Payakumbuh – Bukittinggi

10 Disember 2013 ~ Selasa (Hari Keempat) : Bukittinggi – Kelok 44

11 Disember 2013 ~ Rabu (Hari Kelima) : Kelok 44 – Danau Maninjau – Lubuk Basong – Pariaman

12 Disember 2013 ~ Khamis (Hari Keenam) : Pariaman – Padang

13 Disember 2013 ~ Jumaat (Hari Ketujuh) : Padang – Solok – Danau Singkarak – Lembah Harau

14 Disember 2013 ~ Sabtu (Hari Kelapan) : Lembah Harau – Kelok 9 – Lembah Harau

15 Disember 2013 ~ Ahad (Hari Kesembilan) : Lembah Harau – Payakumbuh – Dumai

16 Disember 2013 ~ Isnin (Hari Kesepuluh) : Dumai – Terminal Penumpang Pelabuhan Selatan


Kayuhan Ranah Minang Bikepackers Malaysia : 12 Disember 2013~ Khamis (Hari Keenam)

$
0
0

Pariaman – Padang (50km)

Kami mengambil keputusan untuk memulakan kayuhan agak lambat sedikit hari ini kerana kami Cuma perlu berkayuh sejauh 50km di atas jalan yang agak rata. Sebelum itu kami sempat singgah di mercu tanda yang terletak ditengah-tengah Kota Pariaman. Ia adalah sebuah menara yang mengandungi satu objek berkepala wanita tapi berbadankan kuda dan bersayap. Mengikut penduduk tempatan, ia adalah Buraq. Pesta mengarak buraq ini masih diamalkan sehingga sekarang pada setiap hari Asyura iaitu 10 Muharram. Sila baca link ini untuk keterangan lanjut

Kami telah diingatkan oleh Afif untuk mengikut jalan pantai ke Padang. Puas juga kami berpusing-pusing mencari jalan tersebut. Setelah bertanya berkali-kali dengan penduduk tempatan, rupanya persimpangan ke jalan tersebut agak terlindung. Jalan pantai ini adalah sepanjang 20km. Tidak banyak kenderaan dan ternyata pemandangannya indah. Sedikit kelainan setelah berhari-hari disajikan dengan pemandangan sawah padi dan gunung-ganang. Dapat dilihat aktiviti-aktiviti nelayan disekitar kawasan ini. Jalannya agak rata tapi terdapat jalan-jalan yang ditenggelami air dan rosak. Seminggu sebelum kami tiba di SUMBAR, Padang dan Pariaman mengalami banjir. Hujan yang turun hampir setiap hari selama 3 minggu sehinggalah hari kami tiba di Danau Maninjau. Nasib menyebelahi kami apabila hujan berhenti dan matahari menyinar sebaik sahaja kami sampai di Pariaman dan Padang seterusnya.

1002060_10152151380793430_2090901312_n

Boraq – Mercu tanda di Pariaman

1604509_10152151380993430_1786774110_n

Landasan keretapi (as if others don’t know LOL)

1505088_10152151380933430_2055622249_n

Monument menceritakan tentang pendudukan Jepun satu ketika dahulu

1609680_10152151381053430_840274319_n

Saya lupa apa nama tempat ini

1017530_10152151381183430_319007043_n

Pantai Pariaman menghadap samudera ~ Laut Hindi

1520707_10152151381238430_230059518_n

Sebuha pulau berdekatan pantai disinari tepat matahari

1601580_10152151381283430_1469492603_n

Evakuasi

1512506_10152151381318430_1708486977_n

Mural menyelamatkan hidupan laut

1551663_10152151381313430_1754926606_n

penyu menangis

1545962_10152151381843430_720437183_n

Ada juga permainan air utk disewa

1606917_10152151381953430_1563841296_n

Bentuk sampan-sampan di Pariaman. Sesuai untuk lautan lepas yang kuat ombaknya

1510689_10152151381443430_1805513318_n

Kanak-kanak sekolah

20131212_075730

Masing-masing menunjukkan hasil kerjatangan untuk sekolah

banjir

Sesetengah tempat masih bah

1525647_10152151382343430_2121962824_n

Bah kedua yang kami redah selepas di Dumai

20131212_075906

Pasar ikan

61482_10152151381563430_1556553847_n

Ikan besar-besar

1503436_10152151381748430_1903858799_n

Nelayan dan pembeli sibuk berurus niaga

IMG_3589

Kawasan ini terkenal dengan makanan lautnya

1521507_10152151382658430_987180738_n

Tapi sayang, makanan mereka dibiarkan terbuka ditepi-tepi jalan. Tidak berani kami mencubanya

1601223_10152151382713430_1339445427_n

Antara masjid yg didalam pembinaan. Sebelah masjid ini adalah sungai dimana diseberanganya ada lagi sebuah masjid yang telah siap

1551522_10152151382853430_1365368159_n

Jalan rosak/dalam pembinaan sejauh kira-kira 2 km

1476425_10152151383168430_882823934_n

Abang Syaaban membuat cubaan memotong sebuah lori

IMG_3588

Khemah pengantin tertutup

IMG_3594

Agak pelik bentuk muka bumi disini. Seperti sebuah kawasan “peat bog”

1546307_10152151382503430_1313106434_n

Kami berhenti bersarapan disini. Kami seronok dapat bercerita dengan makcik ini yg merupakan ibu kepada pengusaha warung ini. Dia sedang bercerita tentang Malim Kundang

Kira-kira 28km lagi menuju ke Padang, kami telah singgah disebuah gerai menjual buah tembikai. Ternyata penjualnya sepasang suami isteri yang pernah tinggal dan bekerja di Malaysia. Rata-rata penduduk di SUMBAR yang kami jumpa, pasti pernah bekerja atau masih mempunyai saudara mara di Malaysia. Malah saudara Rosli ini (penjual tembikai) pernah ikut sama dalam gerakan reformasi satu ketika dulu. Pariaman dan Padang pernah mengalami gempa bumi yang teruk pada tahun 2009 berkekuatan 7.6 skala Richter dan telah mengorbankan kira-kira 1,117 orang. Rosli dan isterinya menceritakan kepada kami detik-detik cemas semasa berlakunya gempa. Semua penduduk panic dan mencari tempat tinggi bimbang terjadinya tsunami seperti di Aceh pada tahun 2006.

Sedang kami asyik bercerita dan menikmati buah, tiba-tiba kelihatan seorang pemuda berbasikal melalui hadapan kami. Ternyata dia adalah Afif! Beliau telah berkayuh sendirian dari Padang untuk menyambut kami. Setelah berehat sebentar, Afif dan kami semua berkayuh ke Padang. Ternyata kota Padang terletak kira-kira 23km dari pinggirannya. Jika tiada Afif, saya pasti kami akan sesat dan bingung mencari tempat beliau. Jam 11.30 pagi kami tiba di rumah makan yang selalu menjadi tempat perkhemahan rakan-rakan Afif, baik tempatan mahupun pesikal barat.

20131212_100424

Berhenti disini menikmati buah tembikai dikala matahari mula terik

1512759_10152151383463430_1705863827_n

Cantik dan manis isinya

1495515_10152151383563430_88943668_n

Afif yang kami kenali dari FB. Akhirnya bersua muka buat pertama kalinya disini

1525071_10152151383768430_1979254773_n

Afif dengan basikal Federalnya

1545645_10152151384198430_1286287231_n

Front and rear rack Afif adalah handmade by the local

1525780_10152151385713430_678010054_n

Lintasan keretapi yg selari dengan jalan amat merbahaya untuk pesikal.

1521640_10152151384873430_1533881562_n

Papan bunga ucapan selamat

1017550_10152151385358430_767971675_n

Anak-anak sekolah

1524579_10202875752001004_935794382_n

Ampera bermakna kedai makan yang menyediakan nasi campur

1549481_10202875752041005_1647810810_n

Dikawasan lapang sebelah warung inilah petouring tempatan dan luar berkhemah sementara di Padang

Pada masa ini, perut saya sudah mula tidak selesa dan menolak untuk makan tengahari. Kemungkinan perut saya tidak sesuai dengan masakan tempatan yang banyak menggunakan lengkuas dan lada hitam/putih dalam masakan mereka. Kami menolak untuk berkhemah disebelah rumah makan tersebut kerana rasa kurang privacy. Kami ke pantai berdekatan dan mencari lokasi sesuai. Terdapat sebuah kedai makan yang menjadi tumpuan anak-anak mahasiswa di petang hari. Setelah mendapat keizinan dari tuan punya kedai, Kak Ina, kami pun mula menjemur semua pakaian dan barang kami yang basah setelah beberapa hari meredah perjalanan dalam keadaan hujan gerimis. Untuk tidak mengganggu business Kak Ina, kami hanya akan mula memasang khemah diwaktu malam.

Tidak berapa lama kemudian kami dikunjungi oleh rakan-rakan Bikepacker Minangkabau yang lain. Mereka kebanyakannya terdiri daripada mahasiswa universiti di sekitar Padang. Yang paling awal sampai adalah Kukuh (sepupu Afif) dan Soyana (nama FB) atau nama sebenarnya Hikmah. Kawasan kami berkhemah adalah dikenali sebagai kawasan kos ataupun tempat bilik sewa penginapan anak-anak mahasiswa luar kampus.

Petang itu rakan-rakan yang lain bersama Afif dan Soyana telah berkayuh ke Padang MTB, Toko Sepeda Kurnia dan kedai outdoor Eiger yang terletak kira-kira 15km dari tapak perkhemahan kami. Saya membuat keputusan untuk tidak ikut kerana perut yang meragam. Selain itu saya juga boleh menjaga barang-barang kami. Setelah mereka pergi, Kak Ina membuatkan saya jus buah naga dan duduk berbual dengan saya. Pelbagai topic yang diceritakan dari kisah gempa bumi tahun 2009 hinggalah susahnya mencari peluang pekerjaan di Indonesia. Suaminya baru beberapa hari mendapat kerja sebagai pemandu lori. Ianya pasti akan dapat menampung kos perbelanjaan keluarga ditambah pula dengan musim cuti universiti kerana rata-rata pelanggannya adalah terdiri dari mahasiswa.

Menjelang pukul 5 petang, mahasiswa mula membanjiri gerai Kak Ina. Yang menjadi tarikan adalah jagung bakar yang menurut Kak Ina disapu dengan bumbu istimewa. Kalau ditempat kita Cuma disapu margerin dan garam, tapi disini rasanya agak pedas. Sedap tapi agak pedas buat saya. Saya pada ketika itu sudah mula mengalami sakit perut yang memulas dan kerap ke toilet. Kami yang berkhemah disitu terpaksa menggunakan toilet di masjid yang terletak kira-kira 500m jaraknya. Walaupun Kak Ina membenarkan kami menggunakan toilet berdekatan iaitu sebuah rumah kos untuk mahasiswa, tapi agak tidak selesa kerana kurang bersih dan kurang privacy kerana ia merupakan rumah kos mahasiswa lelaki.

Rakan-rakan yang lain kembali ke tapak perkhemahan pada jam 6 petang. Afif dan beberapa rakannya yang lain turut bersama kami. Mereka adalah Kukuh, Nadia, Heni dan Jefri. Malam itu kami memasak sendiri dengan dibantu oleh Nadia dan Heni. Kami merasa amat seronok dapat berkenalan sambil memasak dan makan malam bersama. Tapi saying saya tidak dapat berbual lama dengan mereka kerana saya tidak berasa selesa dengan keadaan perut saya. Tidur didalam khemah dibuai dengan bunyi ombak menghempas pantai memang mengujakan!

375691_10202875754241060_206736386_n

Soyana (nama FB) atau Hikmah, selalu berhubung dengan King di FB akhirnya bersua muka di Padang

1507907_10152151386048430_1332842517_n

Basikal milik Afif

1534427_10152151386158430_1749183587_n

Basikal milik Soyana

1508592_10202875753441040_1259040628_n

Setelah berhujan berhari-hari, inilah kesempatan bagi kami menjemur semua pakaian dan peralatan kami yang basah dan memberatkan beg

20131212_182027

Kawasan perkhemahan pilihan kami, ditepi pantai

1525749_10152151385998430_523497553_n

Abg Syaaban sedang berbual-bual dgn pemilik kedai yang membernakan kami berkhemah dikawasan kedainya

1601545_10152151386868430_1668721251_n

Setelah berehat, mereka menuju kota Padang

1476429_10202875756041105_1765547734_n

Macam comel jerrr

1560595_10152151387403430_1498036339_n

Sepeda untuk disewa

1604532_10202875756721122_2032350343_n

Monument memperingati kejadian gempa pada tahun 2009

1551480_10202875755761098_1928689964_n

Monument memperingati mangsa gempa 2009

IMG_3612

Puisi-puisi yang dititip untuk mangsa-mangsa gempa

IMG_3621

EIGER – satu jenama barangan outdoor terbesar di Indonesia

1510850_10152151388228430_164149498_n

Kedai basikal terbaik di Padang

1502567_10152151388318430_1280601209_n

Di rumah club – Padang MTB

1511273_10152151389198430_1122761482_n

Nadia dan Heni pula datang lewat petang itu untuk bertemu dengan kami

20131212_134458

Khemah kami menghadap lautan lepas ~ Lautan Hindi

1510996_10152151386018430_293130244_n

Kami amat menghargai kesudian mereka datang menyambut kami

1601221_10152151389543430_304243267_n

sedang memasak spaghetti

7560_10152151389648430_2056020877_n

Nadia dan Heni membantu kami memasak

1010727_10152151386428430_819195553_n

Antara lauk pauk malam itu

1545000_10202875763681296_134048906_n

Ikan, udang, sotong bakar ala portugis, spaghetti, mee segera, jagung bakar, nasi beriani segera dan nasi bungkus.

1521536_10152151390488430_722384411_n

Berselera semuanya dgn lauk yg agak simple ini

1526234_10152151390618430_1050560377_n

Jefri tiba agak lewat

1604455_10152151390118430_917190896_n

Habiskan! kata wak

1558520_10152151389493430_700743288_n

Jagung bakar pedas!

1536656_10152151380803430_407828216_n

khemah-khemah kami

1601002_10152151390718430_644409337_n

waktu untuk tidur!

Semua gambar adalah sumbangan dan kredit kepada King, Pink dan Wak

Baca selanjutnya dengan mengklik pautan dibawah:-

Kayuhan Ranah Minang – Intro

7 Disember 2013 ~ Sabtu (Hari Pertama): Menaiki feri dari Terminal Penumpang Pelabuhan Klang Selatan ke Dumai. Menaiki bas ke Lubok Bangku

8 Disember 2013 ~ Ahad (Hari Kedua) : Lubok Bangku – Lembah Harau

9 Disember 2013 ~ Isnin (Hari Ketiga) : Lembah Harau – Payakumbuh – Bukittinggi

10 Disember 2013 ~ Selasa (Hari Keempat) : Bukittinggi – Kelok 44

11 Disember 2013 ~ Rabu (Hari Kelima) : Kelok 44 – Danau Maninjau – Lubuk Basong – Pariaman

12 Disember 2013 ~ Khamis (Hari Keenam) : Pariaman – Padang

13 Disember 2013 ~ Jumaat (Hari Ketujuh) : Padang – Solok – Danau Singkarak – Lembah Harau

14 Disember 2013 ~ Sabtu (Hari Kelapan) : Lembah Harau – Kelok 9 – Lembah Harau

15 Disember 2013 ~ Ahad (Hari Kesembilan) : Lembah Harau – Payakumbuh – Dumai

16 Disember 2013 ~ Isnin (Hari Kesepuluh) : Dumai – Terminal Penumpang Pelabuhan Selatan


Kayuhan Ranah Minang Bikepackers Malaysia : 13 Disember 2013 ~ Jumaat (Hari Ketujuh)

$
0
0

Kota Padang –  Perbatasan kota (20km)

Perbatasan kota – Setinjau (Menaiki pick-up)

Setinjau – Solok – Danau Singkarak (62km)

Danau Singkarak – Lembah Harau (Menaiki pick-up)

Mengikut plan asal, selepas Padang, kami akan ke Danau Diatas dan Danau Dibawah atau dikenali sebagai Danau Berkembar. Tetapi memandangkan Wak, Abang Syaaban dan King mahu memenuhi jemputan PSN dan juga mahu berkayuh di Kelok 9, kami memutuskan untuk terus ke Danau Singkarak. Untuk ke Solok, kami menyewa sebuah pick-up. Ini adalah kerana jalannya yang sangat curam dan kami tidak punya masa yang cukup untuk mencubanya.

Pagi itu rupanya baru saya tahu yang Pink juga telah mengalami sakit perut. Mungkin perut kami berdua tidak sesuai dengan makanan disini yang banyak menggunakan lengkuas dan lada putih/hitam. Pink juga semalam telah tertinggal glovenya di Padang MTB. Oscar yang menemukan glove tersebut telah bercadang untuk bertemu dengan kami di Perbatasan untuk memulangkannya. Perut saya sudah beransur baik tapi Pink pula yang terpaksa kerap berhenti dimana-mana masjid/musollah. Perjalanan sejauh 20km dirasakan amat berat dan meletihkan. Nasib baik Afif telah menemankan kami, tanpa beliau saya pasti kami akan sesat mencari jalan keluar dari Kota. Sambil ditemani oleh Oscar kami telah dapat menyewa sebuah pick-up. Pemandu pick-up hanya mengenakan bayaran sebanyak IDR150,000 untuk ke Setinjau. Selepas Setinjau, pendakian tidaklah begitu teruk dengan beberapa turunan panjang.

Lagi beberapa kilometer ke perbatasan Solok, saya menerima SMS dari Gufron (rakan FB) yang mengatakan beliau juga telah berada berhampiran Solok. Selepas makan tengahari, kami meneruskan perjalanan dan bertemu dengan Gufron tidak berapa lama selepas itu. Bersama dengannya kami telah berkayuh ke Danau Singkarak. Danau atau tasik ini terkenal dengan tarikan sukan airnya. Ia juga merupakan laluan utama sukan lumba berbasikal yang diadakan setiap tahun yg dikenali sebagai Le Tour De Singkarak.

Pada mulanya kami ingin bermalam di Singkarak, tetapi kerana kesuntukan masa dan keinginan rakan lain yg mahu ke Kelok 9, kami mengambil keputusan untuk menyewa pick-up untuk terus membawa kami ke Lembah Harau. Dengan jarak sejauh 68km dan jalan yang berbukit bukau dan pendakian berat, pemandu pick-up yang kebetulan datang dari Payakumbuh mengenakan sewa sebanyak IDR250,000. Kami tiba di Lembah Harau sekitar jam 6.30 petang dan terus ke Abdi Homestay. Saya berasa seperti kembali ke rumah sendiri! Malam itu saya tidur dengan nyenyaknya walaupun sesekali terjaga untuk ke toilet. Rupanya masih belum pulih sepenuhnya. Pink juga masih belum pulih walaupun telah cuba memakan berbagai jenis ubat termasuk pucuk jambu batu yang Wak minta dari penduduk tempatan.

20131213_072616

Bersiap nak berkemas, masih sempat nak bersembang

20131213_072612

Wak sedang membetulkan basikal Nadia. Seorang gadis manis yang telah melakukan kayuhan solo dari Padang – Pariaman – Solok -Bukittinggi. Dan semasa entry ini ditulis, telah sekali lagi membuat kayuhan solo dari Padang – Padang Panjang – Sawah Lunto – Danau Berkembar – Solok – Padang. SALUTE!

20131213_072652

Nice setting. Miss this!

1530450_10152173586528430_1706225269_n

Pose dulu sebelum berkayuh

20131213_075729

Heni sikecil molek seorang fasilitator di Sekolah Alam. Sekolahnya aktif dalam kempen “Bike to Work”

68436_10152173587383430_728506003_n

Berpisah dengan Heni dan Nadia di persimpangan ini. Sedih rasanya kerana tak sempat bermesra dalam waktu yang singkat

1524721_10152173587368430_958142729_n

Masjid Raya Sumatera Barat atau juga dikenali sbg Masjid Mahligai Minang. Masjid terbesar di Indonesia yang mula dibina pada Disember 2007. Sehingga kini masih dalam pembinaan kerana kekurangan dana yang mana 100% menggunakan dana dari agensi kerajaan tempatan APBD. Direka oleh saudara Rizal Muslimin. Pernah mendapat bantuan dari Kerajaan Arab Saudi sebanyak IDR500 Miliar tapi wang tersebut telah digunakan untuk pemulihan Padang setelah ditimpa gempa pada 2009. Setakat ini sejumlah wang IDR119,190 Miliar telah digunakan.

1538847_10152173587498430_1568731652_n

Menuju ke Alai untuk mencari kenderaan sewa ke Solok

1536466_10152173587613430_466930546_n

Bertemu Oscar utk mendapatkan kembali glove Pink yang tertinggal

1480638_10152173587708430_473200814_n

Salah satu mercu tanda berbentuk rebung di tengah Kota Padang

IMG_3644

POLINTAS disini cantik2 dan kacak2 belaka. Tinggi lampai mengalahkan model. Ini salah sorang dari mereka. Tak percaya? Pergilah sendiri ke Kota Padang

155864_10152173587733430_1336625702_n

Pak polisi ini sangat concern dengan kami. Dia cuba membantu kami untuk mendapatkan kenderaan sewa.

1525404_10152173587928430_292042503_n

Akhirnya kami dapat menyewa pick-up ini. Tuan punya baru selesai menghantar jerami, makanan lembunya

1604957_10202875765041330_1900028519_n

Yeah! We are ready!

487966_10152173588683430_1796613819_n

Salah satu selekoh tajam di Solok. Perhatikan lelaki berbaju putih itu. Dia menjaga lalulintas terutama apabila ada kenderaan berat sedang mendaki. Kenderaan berat biasanya akan masuk kelorong kiri untuk mendaki dan mengambil selekoh. Pemandu lori akan memberikannya sedikit tips.

1506492_10152173589088430_1554580901_n

Kakak ni bersungguh nak bergambar dengan kami. Tak nak lepas tangan saya!

1555464_10152173589123430_1104032579_n

Semasa singgah bersarapan pagi disini, kami sempat berbual2 dgn orang tempatan yg juga bersarapan disitu. Ternyata mereka semua adalah Polis. Pemuda berbaju batik berpangkat paling tinggi antara mereka

75063_10152173589603430_1168514757_n

Jalan rolling tanpa penghujung

1185369_10152173590073430_1385907679_n

Simpang ke kiri menuju Danau Singkarak dan perbatasan Solok

1532153_10152173590118430_2141419306_n

Tidak pasti kenapa ayam jantan yang menjadi monumentnya

1522219_10152173590938430_1932543748_n

Menghampiri sempadan Solok

1497330_10152173589833430_544116415_n

Disepanjang jalan ni terdapat banyak gerai menjual buah markisa

1609788_10152173590313430_2086303938_n

Take 5

1506857_10152173591398430_1324935383_n

Abg Syaaban suka lah kalau jumpa pejabat ni

1522127_10152173590653430_1020986588_n

Sebuah lagi monument perang

1560673_10152173591273430_1982931249_n

Lagi monument perang

1601600_10152173591598430_722348739_n

Berehat sebentar disebuah pondok usang pinggir sawah

1517709_10152173591718430_1064475267_n

Kami sapa kakak ini, katanya dia nak menghadiri kenduri memperingati kematian sesorang untuk hari yg ke berapa ntah, saya tak ingat. Kira macam tahlil.

1524977_10152173590873430_1161956812_n

Rumahnya asli tapi tetap ada satellite dish!

1560657_10152173591048430_302727079_n

Aktiviti biasa wak…. berzikir katanya. Kakak bertudung merah tu mengajak kami singgah kerumahnya. Terpaksa menolak kerana kesuntukan masa

1532004_10152173591803430_125891741_n

“berzikir” lagi

5750_10152173591928430_1348953602_n

Akhirnya setelah berbalas2 sms, kami berjumpa dengan saudara Gufron Saputra. Beliau akan menemani kami kemana sahaja untuk 2 hari

1546049_10152173591958430_1286143317_n

Senang hati ada orang tempatan guide kami

1545823_10152173592723430_59990778_n

Aiskrim yang dijaja menggunakan basikal khas – Walls

1016439_10152173593233430_1775780748_n

Danau Singkarak popular dgn sukan air juga sebagai laluan lumba basikal bertaraf antarabangsa iaitu Le Tour De Singkarak

1497462_10152173593413430_1269879239_n

Penunggang motor membawa bantal untuk dipasarkan. Mungkin ada kilang disitu.

1538693_10152173593598430_1860863665_n

Sungguh seronok berkayuh disini. Tetapi cuaca agak panas berbanding Maninjau

1545785_10152173592863430_1189422834_n

Boleh menyewa bot untuk bersiar2 di tasik

75857_10152173593033430_368068475_n

Abg Syaaban dan Pink memberi sebuah pose gedik ahahahah

IMG_3675

Danau Singkarak boleh dikelilingi dalam satu hari melalui jalan seperti ini, hampir dengan tasik

1551774_10152173593903430_1191198285_n

Mabuk naik pick-up untuk perjalanan mendaki, berkelok2 dari Singkarak ke Payakumbuh

IMG_3680

Untuk menyewa kenderaan, anda cari sahaja pick-up begini dan tanyakan pada pemandunya. Harga amat berpatutan

1185134_10152173594013430_243336738_n

Gembira dapat kembali ke sini.

1609860_10152173594043430_741203070_n

pemandangan dari chalet, kanan air terjun, kiri sawah padi – heaven

Semua gambar adalah sumbangan dan kredit kepada King, Pink dan Wak

Baca selanjutnya dengan mengklik pautan dibawah:-

Kayuhan Ranah Minang – Intro

7 Disember 2013 ~ Sabtu (Hari Pertama): Menaiki feri dari Terminal Penumpang Pelabuhan Klang Selatan ke Dumai. Menaiki bas ke Lubok Bangku

8 Disember 2013 ~ Ahad (Hari Kedua) : Lubok Bangku – Lembah Harau

9 Disember 2013 ~ Isnin (Hari Ketiga) : Lembah Harau – Payakumbuh – Bukittinggi

10 Disember 2013 ~ Selasa (Hari Keempat) : Bukittinggi – Kelok 44

11 Disember 2013 ~ Rabu (Hari Kelima) : Kelok 44 – Danau Maninjau – Lubuk Basong – Pariaman

12 Disember 2013 ~ Khamis (Hari Keenam) : Pariaman – Padang

13 Disember 2013 ~ Jumaat (Hari Ketujuh) : Padang – Solok – Danau Singkarak – Lembah Harau

14 Disember 2013 ~ Sabtu (Hari Kelapan) : Lembah Harau – Kelok 9 – Lembah Harau

15 Disember 2013 ~ Ahad (Hari Kesembilan) : Lembah Harau – Payakumbuh – Dumai

16 Disember 2013 ~ Isnin (Hari Kesepuluh) : Dumai – Terminal Penumpang Pelabuhan Selatan


Kayuhan Ranah Minang Bikepackers Malaysia : 14 Disember 2013 ~ Sabtu (Hari Kelapan)

$
0
0

Lembah Harau – Kelok 9 – Lembah Harau (46km)

Pagi itu Pink mengambil keputusan untuk tidak mengikut kami ke Kelok 9 dan mahu ke pharmacy bersama Yoga. Saya, Wak, Abg Syaaban, King dan Gufron bergerak seawal jam 7 pagi ke Kelok 9 yang terletak kira-kira 23km dari Harau. Tanpa pannier saya terasa kayuhan amat mudah. Jambatan Layang Kelok 9 sememangnya sangat mengagumkan binaannya. Ianya telah mula dibina sejak 10 tahun yang lalu dan baru sebulan dibuka secara rasminya. Jambatan ini dibina bagi memudahkan pergerakan lori besar (40 kaki) dan berat mendaki Kelok 9. Jambatan Layang ini mempunya 6 buah jambatan penghubung melintasi sebatang sungai sepanjang 2,537m. Pada ketika ini, laluan Kelok 9 yang telah dibina pada tahun 1914 telah dijadikan jalan sehala untuk mendaki dan Jambatan Layang sebagai laluan menurun. Disetiap selekoh, semua lori 40 kaki terpaksa mendaki, kemudian mengundur sebelum mendaki semula kerana radius setiap selekoh adalah terlalu kecil. Jalan Kelok 9 cumalah sepanjang 300m berkelebaran 5m. Pemandangan Kelok 9 berlatarbelakangkan Jambatan Layang amatlah mengagumkan. Keduanya terletak diantara lembah di dalam hutan! Didalam perjalanan turun dari Kelok 9 kami bertemu dengan ramai pesikal MTB dari pelbagai daerah yang dalam perjalanan mendaki Kelok 9 dan laluan off-road 6 jam (loop kembali ke Lembah Harau). Mereka rata-ratanya adalah peserta Jamboree PSN yang datang dari Pekanbaru dan Dumai. Di situ kami berjumpa dengan kenalan FB iaitu Pak Yosef Sitamurong yang berasal dari Pekanbaru.

Pink kelihatannya beransur pulih setelah mengambil ubat dari pharmacy dan kedua kami dapat tidur dengan lebih lena di malam terakhir kami di Harau. Petang itu kami keluar dan bersiar-siar lagi ke air terjun yang sama buat kali terakhir sebelum meninggalkan Harau esok pagi.

IMG_3682

Setelah subuh, Wak tidur di hammock di veranda homestay menikmati matahari terbit

1531896_10152173615273430_1592726131_n

Pink Araya ada meragam sikit. Wak sedang membeganya

1017448_10152173615343430_1183323021_n

Sarapan pagi kami – cokodok segera Adabi di Homestay Abdi yg saya goreng

1483438_10152173615513430_361046771_n

Bersemangat!

65379_10152173615783430_2030057556_n

Meninggalkan pannier untuk memudahkan kayuhan

1526653_10152173615988430_968209161_n

Sampai di Lubuk Bangku. Kelok 9 terletak kira2 3km dari sini. Pendakian juga bermula disini.

1555407_10152173616158430_1568257060_n

Tanpa pannier terasa sedikit mudah

1526533_10152173616213430_1119824440_n

Awal pagi, jalan kurang sibuk

149320_10152173616218430_187893479_n

Kiri dan kanan jalan adalah hutan

1522151_10152173616478430_1425193006_n

Tiba-tiba binaan ini tersergam didepan mata

IMG_3743

Saya terpegun dan kagum

IMG_3776

10 tahun untuk membinanya

47639_10152177629798430_1718313261_n

Jangan tiru aksi ini

1609687_10152177630398430_367627189_n

Kami mengabdikan kenangan disini

20131214_103019

Binaannya landai. Tidak terasa memanjat ketika mengayuh naik

1601024_10152173617343430_1401435660_n

gambar sana sini

1016455_10152173617548430_749492278_n

Menuju Kelok 9, jalan lama

1601284_10152173617933430_963254889_n

Bagaikan ular dipalu.

20131214_104830

Selekoh ini beradius sangat kecil untuk membolehkan kenderaan berat dan panjang mengambil selekoh

1601253_10152173618073430_2063300497_n

Pemandangan Jambatan Layang dari Kelok 9

IMG_3792

Mestilah ambil gambar!

1601298_10152173618928430_1134015462_n

Pekerja sedang menyembur simen tanpa alat keselamatan. Sangat merbahaya

1525686_10152173618483430_185334522_n

Terlalu mengagumkan

156172_10152173619053430_302291009_n

Awesome shot!

156556_10152173618418430_1854094365_n

Magnificent!

1604910_10152173618323430_1873079176_n

Teruja saya melihat pemandangan disini. Gabungan alam semula jadi dan binaan moden yang mengagumkan

IMG_3879

Abg Syaaban dan King

1012063_10152173619358430_1967421233_n

Dalam perjalanan turun, kami terserempak sengan ramai pesikal lain yang hendak ke Kelok 9

282922_10152177628893430_781639631_n

Diantaranya ialah orang kuat PSN sendiri

1011014_10152177628748430_387990160_n

Akhirnya bersua muka disini

1383814_10152173619548430_1273702934_n

Dalam perjalanan pulang kami singgah sebentar di gerai ini

1524923_10152173619623430_2023855308_n

Cendol sagu. Menyegarkan dan sedap! 100% home made

1503260_10152173619823430_1071925623_n

Pink beransur sihat setelah mengambil ubat di farmasi berdekatan

1011009_10152173620163430_1427746124_n

Basikal miniature yg dibeli oleh Pink. Nampak real plak berlatarbelakangkan air terjun

1544480_10152173619833430_1169932269_n

Setelah tidak hujan beberapa hari, air terjun ini tidak sebesar haritu. Jadi boleh la bergambar disini sambil makan jagung bakar.

1609618_10152173619828430_881563076_n

King

165978_10152173621023430_627104082_n

Abg Syaaban dan Gufron. Air terjun yg lagi satu ini pun tidak terlalu besar. Maka bolehlah mengambil gambar dibawahnya

46102_10152173620823430_2050269064_n

Cantik & one of the kind

12680_10152173620403430_1572853679_n

Echo point. Hanya dikedudukan itu gema suara yg dipantulkan sempurna. Sekiranya jerit – I love Harau, itu jugalah gema yang akan kedengaran. Tidak banyak tempat di dunia punya echo point

1549415_10152173620703430_549282724_n

Disini juga banyak aktiviti rock climbing. Kami terserempak sekumpulan pemuda yang baru sahaj selesai melakukan aktiviti ini. Wak mencuba2 tapi tak betul tekniknya!

    

Semua gambar adalah sumbangan dan kredit kepada King, Pink dan Wak

Baca selanjutnya dengan mengklik pautan dibawah:-

Kayuhan Ranah Minang – Intro

7 Disember 2013 ~ Sabtu (Hari Pertama): Menaiki feri dari Terminal Penumpang Pelabuhan Klang Selatan ke Dumai. Menaiki bas ke Lubok Bangku

8 Disember 2013 ~ Ahad (Hari Kedua) : Lubok Bangku – Lembah Harau

9 Disember 2013 ~ Isnin (Hari Ketiga) : Lembah Harau – Payakumbuh – Bukittinggi

10 Disember 2013 ~ Selasa (Hari Keempat) : Bukittinggi – Kelok 44

11 Disember 2013 ~ Rabu (Hari Kelima) : Kelok 44 – Danau Maninjau – Lubuk Basong – Pariaman

12 Disember 2013 ~ Khamis (Hari Keenam) : Pariaman – Padang

13 Disember 2013 ~ Jumaat (Hari Ketujuh) : Padang – Solok – Danau Singkarak – Lembah Harau

14 Disember 2013 ~ Sabtu (Hari Kelapan) : Lembah Harau – Kelok 9 – Lembah Harau

15 Disember 2013 ~ Ahad (Hari Kesembilan) : Lembah Harau – Payakumbuh – Dumai

16 Disember 2013 ~ Isnin (Hari Kesepuluh) : Dumai – Terminal Penumpang Pelabuhan Selatan

     


Kayuhan Ranah Minang Bikepackers Malaysia : 15 Disember 2013 ~ Ahad (Hari Kesembilan)

$
0
0

Lembah Harau – Payakumbuh (20km)

Payakumbuh – Dumai (Bas)

Terasa masa begitu cepat berlalu. Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di SUMBAR. Saya meninggalkan Harau dengan hati yang berat. Perjalanan ke Payakumbuh seawal jam 7 pagi amat mengujakan kerana diselaputi kabus tebal. Seawal pagi itu jugalah ramai penduduk sekitar Harau dan Payakumbuh keluar beraktiviti. Kelihatan ramai penduduk keluar berjogging dan berbasikal. Satu pemandangan yang menarik kerana ternyata mereka mengamalkan gaya hidup yang aktif.

1527067_10152173631818430_1689785193_n

Meninggalkan Harau sekali lagi dgn hati yg berat

1520807_10152173632198430_727099800_n

Pagi itu kabus tebal

1013761_10152173632103430_1639927539_n

Udara terasa sungguh segar

1607089_10152173632063430_746986247_n

Antara aktiviti penduduk tempatan, membawa anjing mereka bersiar-siar

IMG_3967

Antara penduduk tempatan yang keluar berkayuh

IMG_3984

Terlalu indah tidak dapat digambarkan

1459081_10152173632508430_1417222574_n

Anak-anak muda juga sibuk beriadah

1525530_10152173631938430_629364213_n

Mereka berjogging menuju Lembah Harau

1526619_10152173632423430_528032501_n

Mereka semua ingin menyertai jamboree PSN

IMG_3985

Pagi itu jalan sepanjang menuju ke Payakumbuh sibuk dengan para pesikal

 

Sesampainya kami dijamboree, kami telah disambut meriah oleh pihak Payakumbuh Sepeda Nanjax (PSN). Kami telah diberi penghormatan untuk berada dibarisan hadapan Fun ride dan bermesra dengan Wali Kota. Jumlah penyertaan adalah melebihi 2,000 orang untuk kedua acara fun ride dan MTB. Penyertaan untuk fun ride terdiri dari pelbagai jenis basikal dan peringkat umur. Bagi saya yang tidak pernah menyertai acara sebegini merasa teruja apatah lagi berpeluang merasai pengalaman menyertai acara anjuran negara lain.

1520695_10152173632763430_595555359_n

Basikal Klasik. Abang itu memakai pakaian tradisi orang Minang

 

1016534_10152173632708430_3459241_n

Komunitas Onthel – komuniti basikal antik

1536460_10152173632738430_967669868_n

“I shot the sheriff”

1604592_10152173632598430_1833716541_n

Deretan basikal klasik yang akan meyertai Fun Ride di Jamboree PSN

1528525_10152173633178430_1555196992_n

Basikal emas milik pakcik yang kami jumpa semasa pertama kali sampai di Payakumbuh

8198_10152173633358430_1757881982_n

Jeep

12688_10152173633543430_905997038_n

Bunting besar yg diletakkan di bangunan Bank Rakyat Indonesia (BRI) penganjur bersama. BRI menyambut ulang tahun ke 118

58969_10152173633213430_550388876_n

Peserta datang dari setiap daerah secara berkumpulan

IMG_4007

Pick-up kecil ini telah diubah suai supaya boleh memuatkan 10 buah basikal

IMG_4059

Marshall

1555320_10152173633438430_409465327_n

Mereka adalah peserta MTB

1609854_10152173633818430_318440416_n

Makcik ini berumur 60 tahun. Berkayuh setiap hari untuk menjaga kesihatan beliau. Dia angat merekomen berbasikal untuk menjaga kesihatan

995304_10152173635308430_2123072467_n

Peserta funride memang ramai!

1016356_10152173635948430_1318784224_n

Kanak- kanak juga tidak melepaskan peluang

1526089_10152173633888430_1013104897_n

Peserta fun ride. Kalau di Malaysia, peserta fun ride dressing overkill mengalahkan pro racer

1557485_10152173633838430_1704768216_n

“Peminat” kami.

1546393_10152173633548430_139042987_n

bergambar bersama orang kuat PSN

1536437_10152173634008430_617293355_n

Diberi penghormatan untuk berada dibahagian paling hadapan

1554374_10152173635163430_1066636678_n

Bersama Pengurus BRI Payakumbuh… pssttt yg paling tinggi dan handsome tu lah

1524706_10152173635738430_152081668_n

Barisan VIP. Simple, tanpa khemah tanpa protokol

1526990_10152173635608430_1612284646_n

Wak sedang menyampaikan sticker BPM kepada Wali Kota

1486544_10152173635518430_578460131_n

Mengambil gambar bersama Wali Kota sebelum berlepas

64594_10152173636263430_1028312053_n

Off we go!

943337_10152173647518430_860801174_n

manis-manissss

1509197_10152173648048430_2005599617_n

Terserempak dgn sekumpulan pancaragam sekolah yg sedang mengadakan latihan

1522051_10152173648053430_2085775705_n

sangat comel!

1545835_10152173647348430_784249696_n

Pakcik ini berumur 72 tahun

1601211_10152173636618430_1853565398_n

Comel kan?

1525742_10152173636843430_1815937435_n

A mother and her daughter. Sangat comel!

IMG_4164

Klasik!

IMG_4128

Kereta kuda Payakumbuh

IMG_4129

Peserta wanita dengan basikal klasiknya.

IMG_4127

Makcik ni setia mengikut saya. Kawasan berbukit, selamba jer dia follow saya dengan basikal lipatnya

IMG_4141

Manis-manis staff BRI. Mereka memberikan kami kupon cabutan bertuah. Wak sampai lupa mana dia letak tiketnya hahaha

1530415_10152173637228430_1520068880_n

Berselisih dgn peserta MTB

1546395_10152173649028430_1282362359_n

Dataran tempat tamatnya kayuhan

IMG_4165

Berbeza disini, makanan ringan utk peserta adalah sangat menarik, iaitu telur rebus, pisang rebus dan juga jagung

1511778_10152173651343430_1166889974_n

Peserta MTB yg telah menamatkan kayuhan

156561_10152173650668430_1455356422_n

Group ini memang hebat!

1450695_10152173648683430_1627534393_n

Dihiburkan oleh penanyi dang-dut!

1383760_10152173650733430_31164709_n

Pengerusi BRI menyerahkan hadiah

1526464_10152173648378430_1105666120_n

Sebuah acara yang hebat anjuran PSN yang diadakan setiap tahun

IMG_4177

Wak tak lepas peluang berjoget lambak!

                

Selesai acara, saya telah menghubungi syarikat bas PO Yanti untuk bertanya samada kami boleh mengambil bas mereka di Payakumbuh atau tidak. Saya berasa amat lega bila diberitahu ada tapi kami perlu pergi ke agen mereka. Setelah bertanyakan pada orang tempatan, akhirnya kami tiba ditempat agen pada jam 11.30 pagi, masih awal tapi kami perlu menempah tiket, bimbang penuh kerana kami mesti sampai di Dumai pada keesokan harinya. Sementara menanti bas yang hanya akan tiba sekitar jam 7 malam, kami telah berehat di sebuah masjid yang berdekatan.

IMG_4181

Didalam perjalanan mencari pejabat PO Yanti, sempat juga wak mengambil gambar ini. Pakcik ni tumpang promo syarikatnya apabila nampak Wak mengambil gambar vespa klasiknya ini

Bas tiba agak lewat. Bas yang pertama tiba tiada tempat untuk meletakkan basikal di atas bumbungnya. Kami terpaksa menanti satu lagi bas yang menurut agen mempunyai kemudahan tersebut. Bas tiba sekitar jam 8.30 malam. Lagi sekali kami terpaksa menempuh perjalanan selama 10 jam didalam bas yang penuh dengan perokok tegar.

1010228_10152173633073430_2115143937_n

Bas yang ini mempunya tempat emletak barang diatas bumbungnya. Cukup untuk meletakkan kesemua basikal kami

IMG_4192

King sentiasa menjaga keselamatan walau dalam bas. Seorang kakak tu gelak tak berhenti memerhati gelagat King

Semua gambar adalah sumbangan dan kredit kepada King, Pink dan Wak

Baca selanjutnya dengan mengklik pautan dibawah:-

Kayuhan Ranah Minang – Intro

7 Disember 2013 ~ Sabtu (Hari Pertama): Menaiki feri dari Terminal Penumpang Pelabuhan Klang Selatan ke Dumai. Menaiki bas ke Lubok Bangku

8 Disember 2013 ~ Ahad (Hari Kedua) : Lubok Bangku – Lembah Harau

9 Disember 2013 ~ Isnin (Hari Ketiga) : Lembah Harau – Payakumbuh – Bukittinggi

10 Disember 2013 ~ Selasa (Hari Keempat) : Bukittinggi – Kelok 44

11 Disember 2013 ~ Rabu (Hari Kelima) : Kelok 44 – Danau Maninjau – Lubuk Basong – Pariaman

12 Disember 2013 ~ Khamis (Hari Keenam) : Pariaman – Padang

13 Disember 2013 ~ Jumaat (Hari Ketujuh) : Padang – Solok – Danau Singkarak – Lembah Harau

14 Disember 2013 ~ Sabtu (Hari Kelapan) : Lembah Harau – Kelok 9 – Lembah Harau

15 Disember 2013 ~ Ahad (Hari Kesembilan) : Lembah Harau – Payakumbuh – Dumai

16 Disember 2013 ~ Isnin (Hari Kesepuluh) : Dumai – Terminal Penumpang Pelabuhan Selatan


Bermotorsikal Menyusuri Jalan Pesisir Pantai Utara Selangor

$
0
0

 

1 – 3 March 2014

Penjelajahan selama 2 hari 1 malam ini adalah menggunakan motorsikal kami Honda CRF250. Kami disertai oleh sebuah lagi Honda CRF250 yang ditunggangi oleh Azmir Wahit. Beliau membonceng Azizan Zolkipli (rakan basikal). Kami telah memilih untuk menjelajah jalan pesisir pantai sejauh mungkin dari Kapar hingga ke Perak. Kami dapati jalan-jalan tersebut boleh dilalui ada yang baru sahaja dibina dan ada juga yang telah bersemak dan ditutupi ranting pokok. Kebanyakan jaan tersebut adalah jalan tanah merah, berpasir dan berumput.Hanya sesekali kami perlu “detour” apabila terdapatnya anak sungai dimana kami perlu keluar ke jalan bertar dan menyeberangi kunci air. Dengan penjelajahan ini, dapatlah kami rumuskan yang rangkaian jalan-jalan “off-road” di pesisir pantai di Selangor ini adalah bersambung dan hanya dipisahkan oleh sungai.

Perjalanan ini meliputi Kapar – Jeram – Kuala Selangor – Tg Karang – Sekinchan – Sg Nibong – Pantai BNO – Sg Air Tawar – Hutan Melintang – Simpang Empat – Sg Samak – Sg Manila – Bernam Estate – Tanjung Medan – Sg Panjang – Sg Besar – Sekinchan – Tg Karang – Kapar

 

Hari Pertama

Kami mulakan perjalanan sekitar jam 4 petang. Jalan tersebut bermula hanya sekitar 200m dari rumah kami. Permulaan laluan agak sukar kerana jalan tersebut telah ditutupi lalang, ranting/dahan pokok dan pokok renek. Jalan ini sebenarnya telah pernah kami lalui menggunakan basikal tetapi hanya setakat beberapa kilometre sebelum kelua ke jalan utama. Dengan bermotorsikal, kami tidak perlu bimbang sekiranya jalan tersebut jalan mati kerana kami denga mudah dan cepat boleh berpatah balik. Kalau dengan basikal berpatah balik adalah amat memenatkan.

pokok

Beberapa jalan telah ditumbuhi dahan-dahan pokok menghalang pejalanan

1911718_10200585382355588_602057405_n

Terasa macam bukan di Malaysia pula heheh

IMG_4326

Sesetengah kawasan bertanah merah yg berdebu halus

IMG_4334

Disebelah kiri kami adalah kawasan hutan simpan kekal bakau

IMG_4333

Ada juga kawasan yang telah dbersihkan

IMG_4329

Ada juga yang luas seperti ini

IMG_4327

Azmir Wahit dan pillionnya, Azizan Zolkipli

1948042_10200585478237985_371434218_n

Jalan-jalan ini ada juga yang berpagar dimana penduduk membela lembu dikawasan ini. Pagar tersebut perlu dibuka dan ditutup semula

IMG_4344

Another gate

IMG_4346

Kalau tanya orang kampung, mereka kata tak boleh lepas laluan ni, tapi kami tetap cuba. Ternyata boleh!

IMG_4355

Pantai Remis, Jeram

IMG_4373

Kebakaran belukar di Kuala Selangor

IMG_4398

Jalan denai. Dengan CRF250, tiada masalah! Sebelah kanan adalah hutan simpan kekal paya bakau

IMG_4402

Penduduk tempatan menangkap ketam di kawasan paya bakau ini

IMG_4404

Setelah beberapa jam berada dijalan belukar dan hutan bakau, tiba-tiba kami keluar ke kawasan terbuka seperti ini! Apa yang mampu keluar dari mulut adalah “WOW!”

IMG_4405

Berhenti rehst sebentar di Bagan Pasir. Kami pernah sampai ke kawasan ini melalui jalan lain dengan berbasikal

1621730_10203093903897137_52652830_n

Sampai merah janggut Wak Jan kene debu tanah merah disepanjang perjalanan

IMG_4417

Diantara pengkalan yang terdapat disepanjang perjalanan. Ini terletak berdekatan Sekinchan

 

Malam itu kami telah memutuskan untuk tidur di sebuah pantai kecil yang terletak di Sekinchan. Ianya telah dicadangkan oleh Wak Jan dimana salah seorang rakan basikal pernah bermalam dipantai tersebut. Nama pantai tersebut mengingatkan saya kepada sebuah pulau peranginan yg terkenal iaitu Redang. Pantai Redang terletak tidak jauh dari pusat Bandar Sekinchan. Dari jalan besar kita boleh lihat papan tanda arah ke pantai ini. Ianya cuba dikomersialkan oleh penduduk tempatan. Pantai tersebut terjaga rapi ole komuniti penduduk berbanga cina disitu. Pantai ini sebenarnya mula diterokai oleh crew penggambaran filem Hong Kong. Sebuah rumah pokok berwarna merah telah didirikan bagi tujuan penggambaran. Semenjak tu semakin banyak rumah pokok dibina oleh penduduk kampong. Setiap pengunjung bebas menggunakan rumah pokok dan hammock yang terdapat dipantai itu.

Semasa kami sampai disini sebuah resepsi perkahwinan pasanagn cina sedang diadakan. Kerana sudah malam kami tiada pilihan lain selain dari terus memasang khemah dipantai ini walaupun resepsi tersebut ada live band dan suasana agak bising. Selain dari itu, pantai ini juga ada terlalu banyak anjing dan ianya bebas tidur dipondok2 dan hammock tesebut. Jika tidak kerana semua itu, Pantai Redang adalah sebuah tempat yang paling sesuai untuk berkhemah.

 

IMG_4440

Kami memilih kawasan yg terletak jauh sedikit dari resepsi perkahwinan tersebut

IMG_4427

Tetamu resepsi perkahwina melepaskan tanglung terbang ke udara. Pengalaman pertama menyaksikan acara ini sangat mengujakan

 

IMG_4425

Beratus tanglung terbang dilepaskan pada malam tersebut. Udara pada malam itu agak panas dan tenang membolehkan tanglung terbang tinggi

 

Hari Kedua

Tidur kami pada malam tersebut adalah sangat tidak lena. Live band resepsi hanya berhenti pad jam 1 pagi. Kemudian disambung oleh anak2 muda cina memainakn lagu yang kuat dari stereo system kereta mereka. Sebenarnya mereka agak menghormati kita. Sebaik sahaja melihat saya masuk ke khemah, terus mereka beredar dari situ. Selepas itu mulalah anjing-anjing disitu bergaduh sesame sendiri. Sesudah itu jam 4 pagi mulalah kedengaran bot-bot nelayan besar menderam enjin ke laut.

Sebenarnya pantai ni penuh dengan aktiviti pada hari minggu. Matahari terbit sahaja dah mula berpusu-pusu pengunjung datang untuk melakukan pelbagai aktiviti disini.

 

IMG_4442

Sesudah sing barulah kami nampak jelas rupa rumah pokok ini. Saya rasa lebih dari 10 semuanya

IMG_4443

Setiap pondok ada hammock bergantungan. Semuanya dibina oleh komuniti penduduk disini untuk kegunaan awam. Terdapat tandas awam percums dikawasan ini

IMG_4446

Rumah pokok yag pertama dibina oleh crew filem Hong Kong

IMG_4448

Tokong yang dikatakan telah berusia lebih 100 tahun. Entiti yang disembah dikatakan seorang Haji berbangsa Melayu. Oleh yang demikian tiada babi disembahkan ditokong ini.

IMG_4449

Ranting-ranting pokok ini diikat dengan praying ribbon dan besi bulat berbentuk syiling. Pada waktu malam, besi itu berkilau memberi kesan dramatic pada pokok ini

IMG_4455

Ada saja aktiviti yang dilakukan

IMG_4465

Diantara anjing-anjing yang berkeliaran di kawasan pantai ini

IMG_4490

Perjalanan selepas itu semakin bertambah cantik dan mengujakan

IMG_4506

Salah sebuah pengkalan di Bt 10 Pasir Panjang, Sekinchan. Pengkalan adalah tempat yang sesuai untuk bercamping. Ramai pesikal dari Holland terutamanya telah melalui jalan ini.

IMG_4513

Kami mengambil kesempatan bersarapan dengan nelayan dan penduduk tempatan di pengkalan ini

IMG_4511

Nasi lemak daun pisang!

 

IMG_4522

ikan masin buatan sendiri oleh pemilik warung ini. Sangat sedap and it’s free!! Habis saya makan heheh

IMG_4518

Anak kecil ini sedang bermain dengan belangkas. Keduanya comel!

IMG_4525

Hutan bakau yang telah musnah

IMG_4528

Jalan ini sangat cantik!

IMG_4527

Jalan ini pula agak mencabar. rumput tebal dan lembut melindungi lubang2 dan alur air. Seakan berjoget atas motor hahaha

IMG_4502

Pantainya cantik dan bersih. Berhampiran Parit Pitu Sungai Leman (PAPITUSULEM)

IMG_4574

Terdapat pantai teluk-teluk kecil diantara hutan paya bakau ini. Hanya orang tempatan yag mengunjungi tempat ini

IMG_4583

Sebuah graffiti di dinding tandas awam di Pantai BNO

IMG_4584

Papan tanda menunjukkan kawasan ini bakau disepanjang pesisir pantai Selangor adalah merupakan hutan simpan kekal

IMG_4585

Terdapat beberapa kawasan menjadi “port” penagih dadah di kawasan hutan bakau ini. Ini adalah salah satu dari motor mereka yang ditingglkan begtu shaja sebaik mendengar bunyi enjin motor kami. Mereka lari bertempiaran sehingga ada yg biarkan motorsikal mereka tumbang. Menyorok disebalik hutan bakau. Bila Wak jerit Tanya “kenapa lari?!”… ada yg balas “TAKUTTT…..” Mereka ingat kami anggota ADK mungkin. Gelihati ada marah pun ada terutama apabila ada diantara mereka membawa anak kecil.

IMG_4586

Saya sangat sukakan jalan ini. Beribu KM sebegini pun tak apa

IMG_4590

Tapi saying, masih ada golongan yang tidak sayangkan alam. Tindakan sebegin pastinyai akan merosakkan eco system.

IMG_4597

Satu lagi kawasan pantai berdekatan Sabak Bernam. Dihujung sana bermula semula kelompok hutan bakau

 

IMG_4541

Terasa macam dihutan savannah pula!

IMG_4542

Terdapat pokok berduri seperti ini. Saya mendapat luka2 kecil akibat terkena pokok ini ketika meredah denai yang sempit

IMG_4531

Seluar juga koyak!

IMG_4549

Kiri kanan jalan ini dipenuhi pokok petai cina yg masih renek. Memberi kesan agak dramatik

IMG_4550

Pengkalan Sg Nibong. Terdapat kapal polis marin disini dan juga sebuah chalet

IMG_4605

Topi polis gergasi! Hanya di Sg Air Tawar

IMG_4609

Sebuah pekan kecil dan lama Sg Air Tawar. Sebuah kedai lama yang mempunyi lukisan dinding yang mengingatkan saya pada zaman P. Ramlee

IMG_4614

Antara aktiviti penduduk tempatan ialah menjala ikan didalam tali air bersama anak-anak. Berapa ramai diantara kita merasa kehidupan sebegini dan berpeluangkah anak2 kita merasainya selain mengadap tv, ipad dan computer?

IMG_4622

Perkhidmatan boat tambang menyeberang Sg Bernam yang memisahkan Selangor dan Perak yang dipunyai oleh pengusaha ladang. Tambangnya RM1.50/motor dan RM1/pax. Penduduk tempatan memenggilnya bot kilang sabut

IMG_4623

Agak besar dan boleh memuatkan beberap buah motor

IMG_4627

Pemandangan jeti disebelah Perak iaitu Hutan Melintang

IMG_4633

Masih lagi jeti kayu

IMG_4636

Papan tanda perhentian feri

IMG_4642

Kami keluar dari offroad di Laos pun tak mcm ni!

IMG_4643

Wak Jan dah mcm mandur ladang

IMG_4646

Ikut jalan estet pula

IMG_4645

Ini bukan di Filipina hehehe

IMG_4650

Mandur ladang heheh

IMG_4654

Pekan lama di Ulu Bernam Estet. Didalam kawasan estet ini banyak bangunan lama dan juga loco. Tapi ianya kawasan private maka tidak dibenarkan untuk mengambil gambar

IMG_4656

Peraturan untuk dipatuhi penumpang. Perkhidmaan feri adalah percuma dan disediakan oleh pihak estet

IMG_4661

Terpaksa menunggu air tinggi. Musim kering mengakibatkan perkhidmatan feri sedikit terganggu

IMG_4666

Sudah tidak banyak perkhidmatan feri dan bot penambang di Selangor. Dengan adanya system jalan raya, system pengangkutan air semakin dilupakan

IMG_4669

Terasa seperti berada di Laos

IMG_4674

Semasa musim padi menguning, tempat ini adalah antara yang tercantik. Sayang bukan musimnya

IMG_4672

Kawasan hutan simpan yang penuh kontroversi di Sg Panjang. Banyak berlaku kebakaran belukar

IMG_4671

Jalan dalam ladang yg bernilai jutaan ringgit. Untuk apa dan untuk siapa?

IMG_4684

Kreatif juga. Sebuah jentolak menarik gerabak membawa penumpang bersiar keliling sawah padi. Saya tak pasti milik siapa dan apakah penumpangnya penduduk tempatan atau pelancong luar dan adakah ianya berbayar

IMG_4683

Take 5!

1010089_10203097249380772_1263890215_n

bermain-main dicelah jalan kerikil di tepi sawah

1901824_10203092464541154_2029187874_n

Berkesempatan untuk memandu (posing jer sebenarnya) mesin menanam padi. Sangat comel!

 

Kami sangat berharap untuk melakukan route ini dengan berbasikal. InsyaAllah akan menjad kenyataan pada 7/6 – 11/6 ini.


Bermotorsikal ke Thale Noi dan Phru Khuan Khi Sian Wetlands di Phattalung, Thailand (4 – 6 Oktober 2014)

$
0
0

Ini merupakan kunjungan kali kedua menggunakan jentera Honda CRF250 ke Thailand. Kali ini kami telah berkembara ke sebuah “province” di Thailand yang agak kurang dikunjungi oleh pelancong luar iaitu Phattalung. Ianya terletak diutara Songkhla yang memang terkenal dikalangan pelancong Malaysia.

Tetapi sebelum itu kami telah bermalam di Kao Seng, Songkhla. Perjalanan bermotorsikal kami bermula pada 4 Oktober 2014 jam 12 pagi diringi oleh rakan (Azmir Wahit) yg menunggang motorsikal jenis yang sama iaitu Honda CRF250. Beliau menemani kami hingga ke Rawang. Jalan agak sesak kerana ramai orang berpusu untuk pulang ke kampung bagi menyambut Aidil Adha pada keesokkan harinya iaitu 5 Oktober. Saya rasa inilah perjalanan yang paling lama dan memenatkan selama kami bermotorsikal ke Thailand. Hujan lebat mula turun di Tapah sehingga kami tiba di Jitra pada jam 10 pagi.

20141004_055340

Jumpa another CRF rider, a Chinese uncle on his way to Kedah

10659259_10204680184993173_5227479267905829711_n

Kebasahan, kesejukan dan mengantuk. Tidur sebentar di Semanggol pada jam 6 pagi

Di Tol Jitra, Abang Eid sudah sedia menanti kami yang membawakan frame basikal yang ditempah oleh beliau. Setelah bersarapan pagi, kami teruskan perjalanan ke sempadan dan melepasi Immigration Checkpoint Bukit Kayu Hitam hampir jam 12 tengah hari.

1689941_10204681997478484_5246780654084449739_n

Bersarapan pagi dengan sifu utara abang Eid di Jitra

Kami terus ke Hat Yai dan mengunjungi sebuah kedai basikal Bike Cafe yang diusahakan oleh seorang doktor. Barangan di kedai ini adalah basikal dan eksesori barangan basikal ‘touring’ yang ‘high-end”. Pelbagai jenis saddle bag Ortleib dan Brooks boleh didapati dikedai ini. Setelah puas membelek barangan disitu (diluar kemampuan kami heheh), kami meneruskan perjalanan ke Songkhla.

20141004_133614

Brooks di Bike Café, Hat Yai. Sesuai untuk yg berkelebaran lebih hehehe… price 4000 Baht

Keletihan, kebasahan dan tidak cukup tidur memaksa kami terus check-in ke tempat penginapan kegemaran kami iaitu Kao Seng Resort. Salah seorang pekerjanya yang bisu memang sudah mengenali kami. Harga adalah sangat murah jika dibandingkan dengan suasana dan size bilik yang berhawa dingin iaitu 400 Baht semalam. Sebaik sampai dan membersihkan diri, kami terus tertidur hingga lewat petang. Malam itu, tidak ramai peniaga muslim yang berniaga mungkin kerana sambutan Aidil Adha pada hari esok. Hanya ada beberapa peniaga yang tinggal walaupun waktu baru menunjukkan jam 7 malam waktu tempatan. Risau juga memikirkan tentang esok yang mana mungkin akan sukar untuk mendapatkan makanan halal. Tapi sekiranya tiada pilihan, mee segera halal di 7 Eleven cukup untuk menghilangkan rasa lapar.

20141005_074647

Kao Seng Resort, 400 Baht/night with king size bed and aircond

20141005_074900

Kao Seng Resort ada banyak miniature haiwsn comel-comel di taman mininya

20141005_074917

Shaun the sheep

20141004_192027

Cantik-cantik gadis Songkhla

20141004_195845

Orang Siam memang kreatif bab street food. Crepes rangup dengan pelbagai fillings yang kita boleh pilih. 20 Baht saja.

Keesokkan paginya, Wak telah pergi bersembahyang raya sunat Aidil Adha di masjid yang berdekatan. Sembahyang raya disini bermula agak lewat iaitu jam 7.30 pagi waktu tempatan ataupun jam 8.30 pagi waktu Malaysia. Ibadat korban juga hanya dilakukan dirumah penduduk yang melakukan korban bukan disurau atau masjid seperti di Malaysia. Selesai bersembahyang raya, kami terus check-out dan Alhamdulillah ada peniaga muslim yang berniaga pada pagi itu. Kedai tersebut beroperasi sebaik, sahaja selesai sembahyang raya.

1653404_372312022916391_8600939438113213086_n

Jemaah mula membanjiri masjid untuk bersembahyang sunat hari raya Aidil Adha

Mendengar khutbah yang disampaikan

10653655_371547179659542_5562485606403054229_n

Antara anak2 dara yang ikut bersembahyang raya, buat Wak tak khusyuk

 

10710848_371546446326282_82366525930829885_n

Seronok melihat anak-anak kecil berserban dan bergaya seperti orang dewasa

20141005_085925

Diantara kedai makan muslim yang beroperasi di pagi raya. Alhamdulillah

20141005_093803

Wak mencuba fat tyre bike buatan Thailand WCH berharga 15000 Baht

Selepas itu kami pun meneruskan perjalanan menuju ke Phattalung melalui laluan 408 terus ke Sathing Pra dan Ranot. Kami tidak singgah di kincir angin gergasi yang terdapay di Sathing Phra. Dilain masa mungkin kerana saya lebih berminat dengan destinasi seterusnya. Dari Ranot kami telah melalui sebuah lebuh raya yang dikenali sebagai Thanom Chaloem Phra Kiat 80 yang telah siap dibina pada tahun 2007. Istimewanya lebuh raya ini, ianya dibina tinggi (elevated) seperti sebuah jambatan panjang sejauh 6.5km melalui sebuah kawasan paya (wetland) yang merupakan sebahagian daripada rangkaian Phru Khuan Khi Sian Wetlands Non Hunting Area seluas 459km persegi. Ianya juga sebahagian dari Great Songkhla Lake (seluas 1040km persegi). Lebuh raya ini terletak ditengah-tengah di kawasan paya diantara Thale Luang dan Thale Noi yang terletak disebelah utara. Thale bermaksud tasik didalam bahasa Thailand.

20141005_105535

Ranot, laluan basikal memenuhi jalan-jlan di bandarnya

20141005_105525

Ditanda dengan jelas

20141005_105400

Lintasan basikal di traffic light

20141005_105548

Laluan basikal menguasai Bandar ini!

Panjang sebenar lebuhraya ini adalah 17.5km menghubungkan Ranot, Songkhla dengan Khuan Khanun, Phattalung dan menelan belanja sebanyak 700 juta Baht dan dibina semasa dibawah pemerintahan PM Thaksin Shinawarta. Jalan yang melintasi paya ini juga dikenali sebagai projek Pracha Dhamma dan lebuh raya tinggi (elevated highway) ini pula disebut orang tempatan sebagai Hua Pa Bridge. Dengan pembinaan lebuhraya ini, perjalanan dari Ranot ke Phattalung telah dipendekkan dari 90 ke 30km.

10387624_10204713118496490_6234871610080722882_n

Elevated highway itu terletak diantara Thale Noi dan Thale Luang

20141005_110855

Thale Luang, luasnya seperti lautan. Ianya sebahagian dari Songkhla Great Lake yg berkeluasan 1040 km persegi

Pembinaannya pada mulanya mendapat tentangan dari penduduk kampung yang bimbang ianya akan merosakkan sistem ekologi paya tersebut. Sebuah jawatankuasa khas terdiri dari wakil dari setiap kampung yang terlibat dan ahli akedemik. Penduduk kampung bersetuju dengan pembinaan ini setelah kerajaan bersetuju untuk meninggikan pembinaan lebuh raya itu seperti sebuah jambatan agar tidak menghalang laluan air di paya tersebut. Terdapat 5,000 keluarga yang menjalankan kegiatan penangkapan ikan, menternak kerbau dan lembu (yang dibiarkan bebas di paya tersebut) dan juga bercucuk tanam. Paya ini merupakan habitat kepada lebih 150 spesis burung paya, berpuluh spesis reptilia dan amfibia. Pada bulan Januari – April, kita boleh lihat lebih dari 100,000 ekor burung hijrah sinbgah ke paya ini. Bunga-bunga teratai pelbagai spesis mula berkembang. Sayangnya pada masa kami sampai disini, ianya merupakan penghujung musim bertelur burung paya dan bukan musim bunga teratai yang banyak.

20141005_112305

Peralatan menangkap ikan di kawasan paya Thale Luang berhampiran elevated highway

20141005_112410

Laluan air yang menghubungkan Thale Luang dengan Thale Noi. Dotted near the banks are villagers’ fishing equipment.

20141005_112852

Rumah misteri, tiada siapa yg tahu sejerahnya dan menjadi icon route ini iaitu Thanom Chaloem Phra Kiat 80 Phansa. Ianya juga menjadi ikon di laluan ini dan dikenali sebagai “The Little House of Thale Luang”

20141005_112947

Kawasan berpaya disekitar elevated highway ini merupakan sebahagian dari Phru Khusn Khi Sian Wetlands dan Thale Noi Non-Hunting Area

20141005_113041

Sekitar Januari – April kawasan ini akan dibanjiri sehingga 100,000 burung hijrah. Ianya juga menjadi tempat perlindungan bagi pelbagai sepsis burung air (waterfowl), reptilian dan amfibia.

20141005_114428

Pemandangan di salah sebuah perkampungan di Phattalung

Kami juga sempat ke Thale Noi sebuah tasik seluas 28km persegi yang terletak di daerah Khuan Khanun. Disini pengunjung boleh menyewa sampan untuk mengelilingi tasik ini. Terdapat juga banyak gerai menjual hasil tasik seperti ikan masin dan ikan bilis. Rata-rata pengunjung adalah orang tempatan.

20141005_150753

Satu-satunya kedai makanan muslim di Phattalung yg beroperasi di hari raya. Menjual hanya roti, kami yg kelaparan tidak boleh memilih. roti pisang untuk lunch dan tapau roti murtabak untuk dinner.

20141005_161628

Di Thale Noi, pengunjung boleh menyewa permainan air. Pengunjung juga boleh menyewa sampan beserta guide untuk mengelilingi tasik ini bagi melihat flora dan faunanya. Jika kene pada musimnya, tasik ini dipenuhi oleh bunga teratai yg berkembang.

Kami telah memutuskan untuk tidur disebuah chalet yang nampak baru dibina terletak dipenghujung ‘elevated highway’ ini menghala ke Phattalung. Ianya terletak dipinggir laluan air yang menghubungkan Thale Luang dan Thale Noi. Papan tanda chalet ini hanya tertulis didalam bahasa Thailand. Setelah bertanya kepada tuan punya Chalet, Mr Choke, ianya dinamakan sebagai Thalebua Resort. Unit chalet tidak berhawa dingin adalah 500 Baht (awalnya 600 baht, tapi Wak memang seorang yang suka dan pandai menawar). Biliknya sangat luas, bersih, cantik dan selesa. Berandanya betul-betul mengadap sungai dan suasananya sangat mengujakan. Oleh kerana bulan Oktober adalah ‘low season’, kami adalah satu-satunya guest disitu. Hujan gerimis sepanjang masa dan hujan agak lebat sepanjang malam hingga ke pagi.

20141006_060302

Thale Bua Resort. Agak tersorok dan papan tandanya hanya ada tulisan Thai

20141006_060248

Pemandangan di beranda belakang unit chaletnya

20141005_174141

Tetamu resort ini boleh menggunakan kemudahan kayak dan sampan secara percuma

20141005_173826

Pemandangan dari Café resort ini

20141005_165158

Bot nelayan lalu lalang di belakang chalet penginapan kami.

20141005_164810

Bilik yang luas (tanpa AC) cuma 600 Baht. Tawar menawar, dapatlah 500 Baht.

20141005_164708

Beranda untuk bersantai

Sekiranya menginap disitu, kita dibenarkan menggunakan kayak atau sampan mereka secara percuma. Sekiranya kami kembali lagi ke tempat ini, saya pasti akan menginap 2 malam dengan menghabiskan masa mengayuh dan berkayak sekitar paya dan juga Thale Noi. Saya juga ingin cuba menangkap sendiri ikan di tasik ini.

Pada keesokan harinya, kami membuat keputusan untuk melalui lagi sekali ‘elevated highway’ ini. Kami ingin melihat suasana pagi di paya tersebut. Kami sempat merakamkan pelbagai kegiatan penduduk kampung seperti menangkap ikan menggunakan jala dan alat khas seperti sebuah tangguk gergasi. Kami juga dapat melihat pelbagai spesis burung paya seperti burung ayam-ayam, puchung, bangau dan lain-lain. Kami menghabiskan masa hampir sejam sebelum berpatah balik menuju Phattalung.

20141006_063730

Elevated Highway untuk tidak mengganggu laluan air paya disini adalah sepanjang 6.5 km dan merupakan sebahagian dari laluan dari Ranot di Songkhla ke Khuan Khanun di Phattalung

20141006_063108

Dipenghujung musim bunga teratai. Hanya tinggal sedikit kelompok-kelompok bunga teratai disekitar tasik ini

20141006_063102

Papan tanda yang memberi amaran untuk pengguna jalan ini berhati-hati agar tidak melanggar burung-burung yang mungkin melintasi jalan ini.

20141006_070054

Penduduk kampong yang sedang menjala di kawasan paya ini

20141006_064843

Sejenis alat menagkap ikan yang banayk terdapat disekitar paya yang dibina oleh penduduk kampong. Kegiatan menangkap ikan secara tradisi adalah dibenarkan di kawasan larangan memburu ini.

20141006_064102

Pemandangan pagi yang indah saujana mata memandang. Berlatarbelakang kan ‘karst’ bukit batu kapur.

20141006_072905

Sri Pak Pra Resort yang terletak di dalam Peninsular Botanic Garden di Phattalung. Hanya terdapat 6 buah villa yang berharga 2000 Baht/night. Agak mahal tapi settingnya sangat menarik dan mengadap Thale Noi dan banyak aktiviti pengakapan ikan oleh penduduk kampong dapat dilihat dari resort ini. Milik penduduk tempatan yang diusahakan oleh sebuah keluarga.

20141006_073108

Pemandangan yang menarik. Pengujung juga boleh menyewa bot dari nelayan disini untuk pergi mengelilingi tasik atau memancing dengan bayaran sebanyak 1000 Baht sehari.

20141006_074716

Best tapi kami tidak akan menghabiskan wang sebanyak itu untuk penginapan

20141006_080130

Penduduk ksmpung sedang melepaskan ikan-ikan dari jaring halus. Mereka mengguntingnya dari jala ini. Ikan-ikan kecil (mungkin baung) ini akan dibuat ikan masin.

20141006_081529

Kami juga telah singgah ke Lam Pam Beach. Sebuah monumen terdapat di dataran. Monumen siapa dan mengapa tidak kami ketahu kerana hanya terdapat tulisan Thai disitu.

20141006_081612

Siapakah beliau?

20141006_081648

Ianya bukanlah sebuah pantai. Tapi keluasan tasik ini adalah seperti sebuah lautan.

 

Di Phattalung, tiada kedai makan muslim yang beroperasi. Pada malam sebelumnya kami hanya makan roti murtabak yg dibeli di satu-satunya kedai makan muslim yang beroperasi pada hari raya aidil adha. Maka dengan perut kosong, kami meneruskan perjalanan pulang menuju ke Sadao melalui Route 4, lebuh raya yang membosankan. Kami sampai di Sadao pada jam 12 tengah hari dan terus mencari nasi pulut ayam. Tidak ramai peniaga seperti biasa tapi, Alhamdulillah, dapatlah kami mengisi perut yang dah berkeroncong semenjak pagi. Urusan keluar border berjalan lancar.

Honda CRF 250 adalah sebuah jentera yang mengujakan. Tetapi mungkin telah terbiasa dengan GS650F BMW kami dulu yang berupaya mengharungi 300km dengan satu tank penuh, saya rasa amat letih bila perlu berhenti banyak kali untuk mengisi minyak. Terasa sangat bila perlu mengharungi lebuh raya di Malaysia sepanjang lebih 480km untuk kembali ke rumah. Walaubagaimanapun, untuk pengembaraan di Thailand, saya lebih sukakan CRF ini.



Kayuhan Menjejaki Gangga Negara

$
0
0

23 Mac ~ 27 Mac 2014

Kayuhan ini meliputi perjalanan dari Pekan Sabak Bernam (rumah mertua) – Sabak Bernam – Segari – Beruas – Batu Gajah – Tapah – Sabak Bernam. Misi kayuhan adalah menjejaki kesan sejarah Gangga Negara yang kita pernah pelajari dari buku teks dan juga bacaan diinternet. Banyak yang kami temui namun masih ada tapak-tapak sejarah yang disebut didalam sejarah Gangga Negara gagal kami temui seperti Antah Berantah. Kebanyakkan penduduk yang terdiri dari generasi muda langsung tidak tahu dan tidak berminat untk ambil tahu mengenai sejarah nenek moyang mereka. Sejarah dan legendanya akan terkubur bersama-sama generasi lama.

Laluan ini juga meliputi bandar-bandar dan kampung lama. Kebanyakkannya tidak dipelihara mahupun dipulihara. Kampung dan bandar lama ini dulu pada satu ketikanya menjadi laluan utama sebelum wujudnya lebuhraya.

Hari Pertama

Perjalanan pertama pada hari itu meliputi jarak sejauh lebih kurang 120km melalui Tanjung Sari bagi menghadiri majlis perkahwinan anak kepada sepupu Wak. Setelah itu kami meneruskan perjalanan kedestinasi seterusnya iaitu Teluk Senangin. Perjalanan ini perlu menempuh Felcra Seberang Perak. Jalannya adalah lurus dan dikawasan terbuka tanpa tempat untuk berlindung langsung dari terik matahari. Kami melaluinya tepat jam 12 tengah hari. Terasa amat tertekan tapi kami berasa agak terhibur dengan gelagat pengguna jalan raya yang lain yang sentiasa membunyikan hon dan melambaikan tangan kepada kami tanda sokongan dan memberi semangat.

1975027_10203294913002239_278105917_n

Berkat dari saudara Wak. Jimat tak payah masak makan malam dan sarapan pagi :)

1922019_10203294920842435_1719309806_n

Wak bersama sepupunya, seorang kartunis yg memakai nama pena Bendi

IMG_4718

Laluan Seberang Perak ini memang laluan yang mencabar mental

IMG_4705

Jalan lurus, terbuka tanpa teduhan

IMG_4703

Udang galah anyone?

Cuaca pada ketika itu sangat panas. Saya dan Wak telah berhenti beberapa kali di gerai makan, perhentian bas, masjid bagi melepaskan lelah dan berlindung dari matahari.

1173712_10203240899691940_561505435_n

Cuaca panas itu meletihkan

Sempat juga kami singgah ke sebuah muzium iaitu Setiawan Settlement Muzeum yang terletak di pekan lama Setiawan di Kampung Koh tempat kelahiran Chin Peng, ketua Parti Komunis Malaya. Sayangnya kami tiba agak lewat iaitu 5.30 petang. Muzium telahpun ditutup. Kami hanya mengambil gambar diluar.

10156063_10203294896241820_700081222_n

Sebuah Muzium yang terletak di pekan lama Setiawan

10155163_10203282378008872_303354418_n

Rugi rasanya tidak dapat melihat apa yang terdapat didalam muzium ini

10151917_10203294911922212_342807762_n

Waktu beroperasi muzium tersebut

10001520_10203294879641405_2027157911_n

Plague perasmian muzium

IMG_4727

Perak terdapat banyak jambatan seperti ini. Siap ada informasi tentang nama dan panjang jambatan.

IMG_4733

Ada kegiatan ‘drift’ pula ditepi jambatan ini

IMG_4734

Saya lupa nama jambatan yang panjang ini

IMG_4732

Crew drift sedang pantau situasi. Selagi ada yg menonton dari atas jambatan (kami lah tu) mereka tidak akan teruskan.

IMG_4731

Pemandangan dari atas jambatan di tengah sungai

IMG_4729

Pekerja limbungan tidak lupa menunjukkan sokongan mereka pada MH370

Sebelum sampai di Teluk Senangin, saya terlihat sebuah signboard disebelah kanan menunjukkan terdapatnya sebuah kawasan perkhemahan. Pada ketika itu jam telah menunjukkan hampir 6.30 petang. Saya mengambil keputusan untuk melihat tempat itu. Saya sudah lupa namanya. Agak jauh untuk sampai dengan jalan yang agak rolling. Sungguh mengecewakan apabila tuan punya chalet tersebut tidak membenarkan kami beekhemah disitu dengan pelbagai alasan. Melalui telefon saya merayu dan menerangkan padanya saya hanya berbasikal dan hari telah menjelang gelap. Agak sukar untuk kami berkayuh keluar semula untuk mencari penginapan. Sempat saya kata padanya “Sekiranya terjadi apa2 yang tidak elok kepada kami, kamu tanggunglah rasa bersalah sampai bila-bila dan saya akan pastikan akan war-warkan cara kamu melayani kami cyclist di facebook dan blog”.

Dengan hati yang sangat kesal, saya berkayuh keluar ke jalan utama ketika remang-remang senja. Dengan lampu keselamatan yang minima (kerana tidak menjangkakan untuk berkayuh hingga gelap), kami meneruskan perjalanan ke destinasi asal iaitu Teluk Senangin. Kami tiba dipersimpangan Teluk Senangin tepat pada waktu maghrib. Saya dan Wak berhenti seketika disini dan mula berfikir-fikir kerana Teluk Senangin terletak 11km kedalam dan kami dapati tiada lampu jalan dan keadaan adalah gelap gelita. Tiba-tiba ada sebuah kenderaan menghampiri kami dan pemandunya berkata kepada saya “Kamu tunggu disini, saya nak jumpa sekejap”. Bingung, kami perhati sahaja pemandu tersebut memberhentikan kereta, agak kelam kabut, habis semua tunggul dan busut dilanggarnya.

Rupa-rupanya beliau adalah tuan punya chalet yang tidak mengizinkan kami berkhemah tadi. Beliau telah bersungguh-sungguh meminta maaf kerana sangkanya dia kami adalah pelajar sekolah yang hanya akan menganggu guest lain. Sanggup dia mencari kami dalam gelap, saya pasti ugutan untuk menyebarkan layanan beliau di FB dan blog adalah berkesan. Saya lebih banyak diam dan angguk sahaja. Setelah yakin saya memaafkannya, beliau pergi meninggalkan kami tanpa menawarkan untuk menghantar kami ke Teluk Senangin sedangkan beliau memandu MPV dan mengakui punya chalet di Teluk Senangin. Terkebil-kebil, masih kehairanan, kami nekad untuk meneruskan kayuhan ke Teluk Senangin.

Ternyata jalan disini adalah gelap gelita. Hanya sesekali sahaja kami berselisih dengan kenderaan lain. Dalam hati saya tidak putus-putus berdoa agar tiada kejadian buruk menimpa kami dalam kegelapan ini. 11km terasa amat panjang. Sebaik sahaja nampak papan tanda Teluk Senagin 1 KM saya merasa amat lega. Mungkin kerana berhalunisasi, 1 km itu terasa amat jauh. Saya terasa seperti berkayuh dalam satu pusingan. Cepat-cepat saya beristighfar dan berdoa agar kami tidak diganggu. Tiba-tiba kami disuluhi oleh lampu kereta dari arah depan. Sebaik sahaja selepas itu, saya terus nampak pintu gerbang ke Teluk Senangin. Phewww! Lega rasanya.

Hanya terdapat sebuah keluarga yang bercamping dipantai tersebut pada malam itu. Kemudahan bilik air disediakan oleh peniaga-peniaga gerai yang tinggal disitu. Tanpa melengahkan masa, kami pilih tempat yang sesuai dan terus mendirikan khemah. Selepas membersihkan diri, saya pun mengeluarkan rantai kunci basikal untuk mengunci basikal kami. Sekali lagi saya berhalunisasi agaknya. Anak kunci langsung tidak boleh masuk! Apatah lagi membuka kunci tersebut. Padahal pernah saya guna sebelumnya tanpa masalah. Wak turut mencuba tapi gagal. Akhirnya malam itu Wak tidur-tidur ayam kerana bimbangkan basikal kami yang tidak berkunci. Saya seperti biasa, letak kepala terus zzzzzz tak kira hujan atau panas. (Untuk catatan, apabila balik ke rumah saya mencuba kunci ini. Hanya dengan sekali cuba, anak kunci terus masuk dan kunci terbuka dengan mudahnya…???). Mistik? Terpulang untuk anda menilainya.

Hari Kedua

Kami bangun awal, membersihakn diri, mengemas khemah dan menyediakan sarapan pagi sebelum meneeuskan perjalanan. Melalui kembali jalan yang kami lalui malam tadi, ternyata jalan ini agak ‘rolling’. Langsung tidak saya rasakan semalam. Tenyata deria lihat kita mampu mempengaruhi kekuatan dan keupayaan fizikal kita. Terdapa juga sebuah perkuburan lama dan jalannya agak mendaki. Tak terbayang saya kalau kena kejar hantu disitu hahahah.

1465403_10203294882801484_557385336_n

Khemah kami di Teluk Senangin.

10003278_10203245382244001_88638330_n

Bersarapan pagi dulu sblm meneruskan perjalanan

10001412_10203245576968869_827662335_n

Pemandangan indah Teluk Senangin di pagi hari

Kami ingin melihat Sanctuary Penyu Segari yang terletak kira-kira 11 km dari jalan utama. Disepanjang jalan hati saya meronta-ronta melihat betapa banyaknya kawasan hutan simpan kekal yang telah digezetkan semula. Ada yang bakal menjadi kawasan perumahan dan ada juga yang telah menjadi ladang ternakan ayam moden yang saya kira terbesar di Malaysia. Ironiknya, masih terdapat papan tanda kuning menandakan status hutan simpan kekal, sedangkan dibelakangnya adalah reban ayam!

1920031_10203294875801309_829141812_n

Rumah lama Melayu di Segari. Menurut makcik ini, rumah ini dwarisi dari ayahnya. Ianya dibina sebelum beliau dilahirkan. Usia beliau sekarang ialah 60 tahun.

IMG_4747

Ladang ayam moden yg didirikan diatas Tanah hutan simpan kekal yang telah digazetkan semula menjadi Tanah pertanian

IMG_4749

Harap dibiarkan kekal sebegini.

IMG_4748

Ternyata ianya cuma superficial. Disebalik deretan pokok ini adalah lading ternakan ayam

IMG_4752

Pasir Panjang

IMG_4754

Tempat melihat anak bulan

IMG_4753

Mari kita lihat apa yang ada disini

1959335_10203247159168423_230542611_n

Dengan bantuan pengunjung, dapatlah kami gambar berdua

IMG_4755

Replika penyu

IMG_4763

Penyu dewasa

IMG_4761

Penyu-penyu yang baru menetas

Selepas menghabiskan masa sekitar 1 jam disini, kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya iaitu Beruas.

Jarak untuk ke Beruas hanyalah 50 km. Tapi cukup memeritkan kerana cuaca yang sangat panas. Matahari mula terik seawal jam 10 pagi. Kami berhenti rehat dan makan tengah hari di Pantai Remis. Kami bertemu dengan pasangan cyclist dari Perancis yg telah meniggalkan segalanya untuk mengembara. Masing-masing berumur 50 tahun.

971310_10203247666861115_1276295088_n

Mereks hanya berkayuh untuk beberapa jam sehari. Sebelum 12 tgh hari, mereka akan berhenti. Tak tahan dengan cuaca Malaysia katanya.

1012154_10203247669541182_107271380_n

Kad nama mereka. Bike touring is their full time job

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Pengkalan Sungai Baru dan berhenti dimasjid untuk bersembahyang dan berehat. Saya juga mengambil kesempatan untuk mencuci pakaian kami. Cuaca panas terik, sekejap sahaja semuanya kering. Wak sempat berbual degan orang tua disitu berkenaan sejarah ditempat itu. Menurutnya Pengkalan Sungai Baru ini adalah muara sungai yang agak sibuk pada suatu ketika dahulu. Ianya digunakan oleh orang-orang Acheh dari Sumatera untuk mudik ke hulu sehingga ke Kampung Kota di Beruas. Mereka juga ada menceritakan tentang lagenda buaya putih yang merupakan penjaga sungai itu. Baru sahaja Wak mahu memulakan topik Kerajaan Antah Berantah, pakcik tersebut terus meminta diri kerana perlu menghadiri sebuah kenduri. Sekiranya kami hendak tahu, tunggulah dia pulang semula ke masjid itu pada waktu asar! Kami tidak mungkin dapat menunggu selama itu.

Dengan berat hati, kami pun meneeuskan perjalanan ke Beruas. Cuaca panas memaksa kami berhenti sekali lagi berehat dikawasan ladang kelapa sawit. Walaupun jam sudah menunjukkan jam 4 petang, ‘mirage’ masih membentuk dipermukaan jalan. Kami sampai di Pekan Beruas sekitar jam 5 petang. Sebuah pekan kecil yang dahulunya merupakan pekan yang sibuk dan menjadi tempat persinggahan. Pekan itu seakan sebuah pekan mati dan banyak bangunan dideretan kedai ditinggal usang. Terdapat sebuah muzium iaitu Muzium Beruas disitu. Kami memutuskan untuk melawatnya esok.

1920256_10203248170353702_1693392727_n

Kepanasan. Dalam parit pun paritlah!

Semasa merayau-rayau disekitar pekan kecil itu, saya telah disapa oleh seorang makcik. Katanya “Nak, maaf ya, makcik nak tanya ni. Anak buat semua ni ada siapa-siapa yang suruh ke? Ada dapat duit belanja ke?”. Dengan tersenyum saya balas “taklah makcik. Suka-suka jer saya sendiri buat dan semua keluar duit belanja sendiri”, “oooo…rajinnya lah…tak penat ke nak?”, “bohong kalau saya kata tak penat makcik”. Setelah bebual dan bertanyakan masjid berhampiran yang boleh kami bermalam, makcik tersebut meninggalkan kami. Terdapat masjid lama dan masjid baru di Pekan Beruas ini. Kami memutuskan u tuk bermalam di masjid baru kerana ianya terletak ditepi jalan utama.

10154293_10203248348158147_1115886280_n

Najis burung memberikan corak yang menarik. Sebuah kedai lama di Pekan Beruas

IMG_4780

Kedai lama – 1929

Masjid tersebut mempunyai sebuah wakaf dan beranda masjidnya luas untuk tujuan iktikaf malah punya papan tanda doa iktikaf. Wak cuba mencari tok siak dikalangan jamaah namun gagal. Sementelah itu kami juga sibuk membuat persediaan untuk memasak makanan malam. Kanak-kanak disitu sangat teruja melihat kami dan sentiasa memerhatikan gerak geri kami. Ketika hendak memasak, kanak-kanak tersebut berkata “besar esok nak jadi macam ni lah!”. Saya harap apa yg kami lakukan ini memberi inspirasi dan impak yang positif bukan sebaliknya. Tiba-tiba salah seorang dari mereka berkata “eh! Yang masak lelaki lah, bukan yang perempuannya!”. Tergelak besar saya. Sememangnya bila berkelana sebegini, Wak yang akan memasak, kerana saya seorang yang sangat perlahan dalam urusan masak memasak. Sebaik mahu tidur, kami tiba-tiba dihampiri oleh seorang lelaki. Memperkenalkan dirinya sebagai Tok Siak, beliau kelihatan kurang senang dengan kami. Menurutnya, kami sepatutnya meminta kebenaran terlebih dahulu. Denga tegas meminta kad pengenalan kami dan mahu menyimpannya. Saya ingatkan beliau untuk datang awal esok paginya untuk memulangkan KP kami kerana kami akan bergerak awal. Teragak-agak, beliau lantas memulangkan KP kami tapi menurutnya, beliau akan mengunci pagar utama. Mungkin mengikut logik dia, kalau kami mencuri barang atau tabung masjid, kami tidak boleh keluar dari masjid itu….pfffttt…. Yang saya hairan, tidak pula dia minta kad nikah kami heheheh. Apa sajalah pakcik.

10152496_10203248392079245_118036541_n

Di Wakaf Masjid Beruas ini lah kami tumpang bermalam

1014321_10203248953413278_1650889132_n

Kana-kanak ini sangat teruja melihat Wak memasak.

1922148_10203248961693485_72895390_n

Lauk ringkas kami. Megi tumis adalah wajib untuk Wak.

Hari Ketiga

Tidur malam kami kurang nyenyak kerana banyak nyamuk! Tok Siak sampai sekitar jam 5.30 pagi. Beliau terus singgah diwakaf kami dan seperti dengan sedikit perasaan segan meminta maaf dari kami diatas layanan beliau semalam. Mimpi apa tok siak ni agaknya malam tadi ya? Seorang jemaah juga telah menyumbangkan sedikit wang sebagai sedekah musafir kepada Wak.

Seawal jam 7 pagi kami meninggalkan masjid tersebut bagi meneruskan misi pencarian kami. Kami cuba mencari apa yang dikatakan sebagai tapak Gangga Negara. Clueless, kami membuat keputusan untuk ke Kampung Kota dahulu sebelum melawat Muzium Beruas. Melalui pencarian diinternet, saya terbaca mengenai wujudnya sebuah perkuburan lama disitu. Sebelum sampai kesitu, tiba-tiba saya nampak sebuah papan tanda berhampiran sebuah sungai. Ianya tertulis sebagai Sungai Beruas. Juga melalui pembacaan, Sg Beruas merupakan laluan dagangan dan pelabuhan yang sibuk pada zaman dahulu dan juga tempat bermulanya sebuah kerajaan yang dinamakan Gangga Negara. Keadaan sungai itu sekarang adalah kecil dan tandus. Hampir tidak percaya ianya mampu dimudik oleh tongkang-tongkang besar pedagang Cina.

Semasa sedang kami asyik mengambil gambar dan melihat-lihat sungai tersebut, Wak telah menegur seorang lelaki yg duduk berhampiran sungai itu. Wak bertanya pada beliau dimanakah terletaknya lokasi pelabuhan dan kerajaan Ganggan Negara (untuk rekod, tiada apa2 monumen hatta papan tanda sekali pun bagi menunjukkan dimana teeletaknya swbuan kerajaan yang gah disuatu masa dulu). Lelaki itu berkata, masuk lah ke lorong ini kerana terdapat sebuah sekolah yang bernama Sekolah Kebangsaan Gangga Negara. Beliau berkata disitulah menurut orang dulu-dulu merupakan pusat pemerintahan Gangga Negara dan tebing sungai disitu merupakan pelabuhannya. Setelah berterima kasih dengan beliau, kami terus memasuki lorong tersebut. Dihujung jalan, kami lihat terdapatnya sebuah sekolah yang dinamakan Gangga Negara. Hasil perbualan kami dengan pengawal keselamatan dan kakitangan sekolah disitu dapatlah kami simpulkan bahawa tapak sekolah tersebut dibina diatas tapak sebuah kuil dizaman Gangga Negara. Kami diberitahu dipadang sekolah ini masih terdapat kolam/paya yang telah wujud sejak zaman dahulu. Sekiranya berminat dengan sejarahnya, mereka menasihati kami untuk bertemu dengan Pengetua Sekolah. Sedang kami berlegar-legar dikawasan sekolah tersebut, Pengetua sekolah pun tiba dan tidak lama setelah datang seorang lelaki tua bermotorsikal tergesa-gesa masuk untuk bertemu dengan Pengetua. Menurut kakitangan sekolah ini, lelaki itu bernama Pak Pin atau Ariffin. Beliau adalah seorang penduduk tempatan yang terkenal di Beruas yang banyak tahu mengenai sejarah Beruas. Saya minta mereka maklumkan pada pengetua tentang hajat kami.

Sedang kami meninjau-ninjau kawasan paya dibelakang sekolah tersebut, Pengetuanya Wan Zakaria dan Pak Pin telah menghampiri kami. Kami rasa amat berbesar hati kerana pengetuanya sanggup datang menemui kami.

1480593_10203295284891536_77769582_n

Jika tiada papan tanda kami mungkin terlepas pandang sungai ini. Sungai Beruas yg pada suatu ketika dulu sibuk dengan kapal-kapal pedagang.

1184774_10203294618434875_47562336_n

Menurut penduduk kampong, pokok yg terletak ditebing sungai Beruas ini berusia lebih 100 tahun.

IMG_4769

Jalan kecil menuju ke Sekolah Kebangsaan Gangga. Terdapat banyak rumah-rumah lama. Terdapat juga kubur-kubur lama ditepi-tepi rumah yang penduduk disitu pun tidak tahu sejarahnya

1922319_10203294873321247_1433827969_n

Wak dipintu masuk Sekolah Kebangsaan Gangga. Dipecayai sekolah ini dibina Diatas tapak kuil dizaman empayar Gangga Negara.

IMG_4766

Wak Bersama-sama dengan Pakcik Ariffin atau lebih dikenali sebagai Pak Pin (tengah) dan Wan Zakaria pengetua Sekolah Kebangsaan Gangga di padang sekolah.

IMG_4768

Kolam yg terdapat ditepi padang sekolah tersebut yg dipercayai dimana dua puteri turun mandi berdendang

IMG_4767

Kolam ini telah sebu tapi mereka mendakwa dua puteri masih turun mandi disini pada setiap bulan mengambang.

Menurut Pak Pin, Beruas dipercayai pernah menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Gangga Negara dan nama asalnya adalah Belukar Sambang. Tempat ini telah disumpah (oleh siapa, tiada yang tahu) menjadi tanah yang tidak subur dan tiada tanaman yang dapat hidup kecuali sejenis pokok yang bernama Beruas. Pokok beruas tumbuh dengan suburnya sehingga tempat ini dikenali swbagai Beruas dan kekal hingga kehari ini. Pengetua Wan mendakwa dirinya adalah berketurunan Merong Mahawangsa dan Langkasuka. Banyak mengalami kejadian mistik semenjak dari muda. Beliau yang tidak mahu tunduk kepada kuasa mistik ini boleh berhubung dengan dunia mistik sekiranya mahu. Menurut beliau paya dibelakang sekolah ini dahulunya adalah tempat dimana dua puteri turun untu, mandi yang dipanggil sebagai ‘mandi berdendang’. Nama mereka adalah Puteri Candradewi dan Kenchana Dewi. Belia mendakwa boleh berhubung dengan merekasecara “menurun” dan berbual didalam bahasa sanskrit (beliau sebenarnya tidak boleh berbahasa sanskrit).

Beliau mendakwa telah dihubungi secara mistik oleh kedua puteri ini semasa baru berpindah ke sekolah itu. Puteri2 ini meminta Pengetuan Wan membersihkan kawasan paya yang telah ditimbuni oleh sampah sarap dan hampir kambus. Enggan tunduk, beliau menyergah dan berkata,”ini arahan atau minta tolong??”. Setelah si puteri mengalah mengatakan ianya adalah permintaan bukan arahan barulah Pengetua Wan bersetuju. Kami lihat ada khemah-khemah didirikan berdekatan kawasan ini. Menurut mereka, hari tersebut (khamis malam jumaat) adalah merupakan malam jumaat ketiga berturut-turuy mereka melakukan upacara “menarik barang”. Telah banyak pihak telah mencuba tetapi tidak berjaya. Barang yang dimaksudkan adalah artifak-artifak lama yang kebanyakkannya diperbuat dari emas. Tetapi tumpuan Pengetua Wan dan Pak Pin adalah bagi mengeluarkan batu bersurat yang boleh dijadikan bukti bahawa Beruas adalah tempat pertama di Tanah Melayu yang menerima kedatangan Islam.

Semasa berada dikawasan itu, saya berasa seperti pening kepala, telinga berdengung seperti berada ditempat tinggi dan bahu berasa berat. Saya lihat Wak sering kali seperti terpana. Saya rasa seperti ada mata-mata yang memerhati kami. Adakah saya berhalunisasi lagi?? Tiba-tiba Pengetua Wan berkata “takda apa, pengawal-pengawal dia tengok-tengok kita jer”. Yikes!

Menurut Pak Pin telah banyak artifak yang beliau temui baik secara mistik atau penggalian dan kini disimpan di Muzium Beruas. Beliau mengajak kami bersarapan pagi sebelum ke Muzium Beruas. Selepas muzium, beliau akan membawa kami melihat kubur lama di Kampung Kota. Di muzium, kami telah berjumpa dengan kakitangannya dan beliau mengakui bahawa boleh dikatakan keseluruhan artifak adalah hasil pencarian Pak Pin.

1508135_10203294922962488_1252752023_n

Pintu masuk Muzium Beruas.

IMG_4779

Plague perasmian muzium

IMG_4775

Wang tampang yang dijumpai ole Pak Pin. Sebahagiannya sekarang berada di muzium Taiping dan Singapura

IMG_4774

Sejarah ringkas Gangga Negara

IMG_4773

Batu nesan yang dijumpai di Kampung Kota.

10153994_10203274679376411_116497979_n

Pokok Beruas adalah species pokok manggis hutan. Pak Pin menanan pokok ini disekeliling muzium supaya dapat dilihat oleh generasi akan datang.

Menurut Pak Pin masih banyak artifak dalam simpanan beliau termasuk emas. Beliau mendakwa agak serik dengan birokrasi pihak muzium negeri yang enggan mengeluarkan dana untuk membiayai kerja cari gali mencari artifak. Hasil penemuan beliau juga acap kali dibawa lari oleh pihak muzium negerii dan ada juga yg dijual dipasaran gelap dan muzium luar negara seperti wang tampang sebanyak sekarung guni yang telah beliau temui. Sebuah meriam besi lama juga yang telah beliau ‘tarik’ dari Pengkalan Sungai Baru telah dibawa lari dan kredit penemuannya adalah atas nama Muzium Taiping, bukan Beruas. Ini semua telah menyebabkan beliau serik dan enggan menyerahkan artifak melainkan mendapat surat jaminan dari Sultan yang artifak itu kekal di Muzium Beruas. Cerita-cerita beliau ini langsung tidak disangkal oleh kakitangan muzium itu sendiri.

Pak Pin adalah pencinta sejarah Beruas yang tulin. Tanpa bantuan kewangan, tanpa elaun memperjuankan sejarah Beruas. Beliau sedang berusaha mencari istana lama, kuil-kuil lama dan tapak tepat pusat pemerintahan Gangga Negara. Beliau sanggup membelanjakan wangnya sendiri bagi mencari artifak dan memulihara tapak-tapak sejarah. Rupa-rupanya tanah perkuburan lama yang terletak di Kampung Kota adalah hasil penemuan beliau. Untuk memulihara tempat itu, tiada bantuan yang beliau terima dari pihak muzium. Tiada pihak langsung yang berminat untuk mengkaji penemuan tersebut. Beliau juga telah ditawarkan sebuah rumah lama gadang melayu oleh waris orang kaya Beruas untuk dijadikan muzium. Harapan Pak Pin cuma satu, iaitu dapat membuktikan Beruas adalah tempat pertama datangnya Islam di Tanah Melayu ini. Beliau juga mahu artifak Beruas kekal di Beruas.

Beliau menjemput kami untuk menghadiri upacara “menarik” pada malam itu untuk merasai sendiri upacara mistik itu. “Kalau nasib baik, kamu pun boleh dapat”. Kami menolak dengan baik dengan alasan perlu segera kembali ke Sabak Bernam. Cukuplah perkara mistik yang telah saya lalui diseoanjang dua hari perjalanan kami ini!

Dengan menaiki motorsikal, Pak Pin membawa kami ke kawasan perkuburan lama. Sangat menarik kerana batu-batu nesan disini agak besar dan ada yang kelihatannya menandakan orang yang dikuburkan disitu adalah berketurunan bangsawan. Batu nesannya juga mempunyai tulisan Allah melambangkan simati adalah orang Islam. Ianya mempunyai ciri-ciri Acheh. Dipercayai ia adalah kepunyaan kerabat diraja dari Acheh dan merupakan Raja Melayu Hindu yang pertama memeluk Islam pada tahun 1267. Sayang tiada usaha dilakukan oleh pihak muzium atau pengkaji sejarah untuk menjalankan kajian lanjut. Sekiranya ianya kesan peninggalan penjajah, saya pasti akan segera dikaji dan dipulihara! Apakah ada sesuatu yang ingin disorokkan dan disapu dibawah carpet atau tiada peruntukan langsung dari kerjaan negeri mahu pun pusat?

IMG_4802

Perjalanan menuju ke perkuburan lama

10152542_10203294624435025_1098975506_n

Kampung Kota, terdapat dua tapak perkuburan lama disini. Kami hanya sempat pergi satu lokasi sahaja. Kami ditemani oleh Pak Pin.

IMG_4795

Batu nesan disini dipercayai milik kerabat diraja dari Aceh

IMG_4794

Dipercayai milik Raja Aceh yg pertama memeluk Islam

IMG_4793

Pelbagai bentuk mungkin mengikut pangkat simati.

IMG_4791

Pernah ada cubaan mencuri batu nesan ini oleh sekumpulan pemburu harta karun berbangsa eropah.

IMG_4790

Kawasan ink agak luas. Pak Pin terpaksa mengeluarkan belanja sendiri bagi memelihara kawasan ini. Tiada peruntukan dari pihak yang terabit.

1480495_10203274711937225_930796513_n

Pak Pin seorang pencinta sejarah Beruas. Untuk mencari beliau, pergi sahaja ke Muzium Beruas atau sebut sahaja nama beliau di pekan.

Melihat pada artifak-artifak, saya yakin Gangga Negara ini dibentuk oleh sebuah kerajaan Melayu Hindu sebelum didatangi Islam. Perdagangan pesat dilakukan dengan negara-negara seperti India dan Cina. Ianya sebuah tamadun terawal di Aisa Tenggara dan dipercayai wujud sejak kurun ke2 hingga 11 meliputi Beruas, Dinding dan Manjung. Ianya ada diceritakan didalam hasil karya Tun Sri Lanagh bertajuk Sulalatus Salatin. Apakah yang mahu disembunyikan? Kenapa Gangga Negara yang gah dan disebut-sebut didalam banyak teks sejarah luar seakan mahu dilupakan terus dari lipatan sejarah negara? Tiada apa yang hendak ditunjukkan kepada generasi akan datang akan Gangga Negara. Tiada tapak arkeologi mahupun papan tanda. Muzium Beruas sangat kecil sehingga tidak mamu menampung artifak-artifak yang ditemui. Sekiranya tiad usaha dari pihak yang terbabit untuk terus mengkaji dan bekerjasama dengan penduduk tempatan seperti Pak Pin akhirnya sejarah ini hanya menjadi seakan-akan mitos yang disampaikan dari satu generasi ke satu generasi dan akhirnya lenyap.

Setelah mengucapkan terima kasih kepada Pak Pin dan berjanji akan menziarahi beliau lagi, kami pun meneruskan kayuhan menuju ke destinasi seterusnya kami iaitu Batu Gajah. Misi kami di Beruas selesai hampir jam 11 pagi. Matahari sudah pun terik dan ini telah memperlahankan kayuhan kami. Ianya memaksa kami berteduh disebuan masjid dari jam 1.30 hingga 3 petang. Menyedari kami masih punya baki sejauh 20km untuk sampai ke Batu Gajah telah menyebabkan kami berkayuh tanpa henti dengan kelajuan purata 25km/jam.

IMG_4803

Saya sangat kagum melihat rumah besar ini! Sarat dengan ukiran. Sayang terbiar. Harap ada yg sudi memberi bantuan kepada Pak Pin untuk mengubahsuainya menjadi muzium.

IMG_4817

Waris rumah ini telah menawarkan rumah ini kepada Pak Pin

1975100_10203294638315372_1185405340_n

Pandangan dari belakang. Dapurnya sahaja sudah bersaiz rumah kampung biasa

Sebaik tiba di Batu Gajah, cuaca menjadi gelap menadakan hujan akan turun. Jam menunjukkan pukul 6 petang tapi kami nekad untuk sampai ke Kelly Castle dan berharap ianya masih dibuka. Ternyata ianya telah ditutup dari menerima kunjungan. Berbeza dengan nasib tapak sejarah Melayu lama, istana Melayu lama, rumah Melayu lama, Kelly Castle dijaga sangat rapi oleh sebuah syarikat swasta. Sepatutnya kita lebih ghairah memelihara kesan sejarah Tanah Melayu atau Semenanjung Emas biarpun ianya kerajaan Hindu, bukan Islam. Sememangnya bangsa Melayu ini asalnya beragama Hindu sebelum kedatangan pedagang Arab. Enough of my ranting!

IMG_4823

Jambatan lama sebelum Parit.

IMG_4827

Cuaca panas memaksa kami banyak berehat dan hanya menyambung perjalanan setelah lewat petang.

10153937_10203257120697455_907156257_n

Wak yg frust kerana lambat tiba dan Kelly castle telah pun tutup.

Malam itu kami bermalam dirumah anak saudara Wak yang tinggal di Batu Gajah. Malam itu kami tidur dengan nyenyaknya diatas tilam empuk didalam bilik yang berhawa dingin. Alhamdulillah. 45km kayuhan pada hari tersebut dirasakan sangat jauh dan panjang.

Hari Keempat

Kami meninggalkan rumah anak saudara Wak seawal jam 7 pagi. Menyedari musim panas sedang melanda negara kita, kami perlu bergerak seawalnya dan kayuh sejauh mungkin sebelum matahari mula membahang. Destinasi yang menjadi target kami pada kali ini ialah Muzium Kapal Korek yang sememangnya didalam laluan kami untuk ke Tapah iaitu di Tanjung Tualang, Larut. Ianya merupakan salah satu dari 40 buah kapal korek yang beroperasi dikawasan ini pada suatu ketika dulu. Hanya kapal korek ini sahaja yang tinggal sebagai bukti kesan sejarah dan selebihnya sudah dijual. Kapal korek ini merupakan buatan dan peninggalan British dan semasa ianya beroperasi, seramai 40 hingga 60 pekeeja diperlukan. Kapal korek ini dikenali sebagai model TT5 dan dibina pada tahun 1938Kami dibenarkan untuk membawa basikal mengelilingi kapal korek ini. Kami menghabiskan masa selama sejam lebih dimuzium ini. Sangat menarik dan sedikit fee dikenakan kepada pengunjung kerana ianya milik sebuah syarikat swasta iaitu Syarikat Tin Dredge Heritage.

IMG_4843

Nama jalan ini sempena nama seorang raja batak di Sumatera.

IMG_4845

Kawasan ink dipercayai mula diterokai oleh suku Batak Mandailing Dari Sumatera.

IMG_4848

Jalan pintas dari Batu Gajah ke Tanjung Tualang.

IMG_4847

Diantara jambatan kayu yang masih ada disekitar Batu Gajah.

IMG_4846

Kami tidal sempat singgah ke Taman Herba ini.

IMG_4856

Papan tanda yg terlindung oleh substation TM. Yang mana satu dibuat terlebih dahulu agaknya ya?

IMG_4857

Dari jauh kelihatan kapal korek yg kami cari

10151945_10203294918082366_1561074822_n

The Last Dredge

IMG_4860

Diantara peralatan melombong traditional yg terdapat didalam mini muzium disini.

IMG_4864

Gambar lama pekerja lombong.

IMG_4863

Gambar lama kapal korek bersama pegawai British dan pekerja-pekerjanya.

IMG_4862

Jongkong timah.

IMG_4873

Gambar Dari sisi sebelah kanan kapal korek

10150780_10203263604939557_1918957358_n

Kapala ini agaknya tak suka saya mengganggu locker beliau. Tab saya gagal berfungsi. Setelah mencuba kali keempat barulah saya dapat ambil gambar ini.

1982111_10203263601379468_1365736750_n

Pelbagai bahasa didalam pelbagai tulisan

1463950_10203264507402118_2132042744_n

Kapal korek dari hadapan.

Untuk sampai ke Tapah kami telah melalui beberapa pekan lama seperti Parit dan Temoh. Banyak bangunan-bangunan kedai lama dipekan-pekan ini yang menarik perhatian kami. Dengan terbinanya lebuh raya, pekan-pekan ini sudah tidak menjadi tempat laluan dan persinggahan. Penghuninya pun terdiri dari orang-orang tua. Suram dan sehingga mendapat jolokan ‘ghost town’.

1001580_10203263122487496_1629165543_n

Panas! Deretan pokok rendang sebelum pekan Kampar ini menjadi tempat kami berteduh

IMG_4893

Menempuh laluan ini sangat mencabar ketika musim panas!

IMG_4896

Tanpa teduhan, sangat memeritkan.

IMG_4897

Jalan baru dari Kampar ke Tapah ini melalui kawasan beaks lombong. Pada waktu tengahari, panasnya tak terkira

IMG_4898

Berbekalkan semangat Bikepackers, saya meneruskan perjalanan.

IMG_4914

Deretan kedai lama di pekan Kampar.

IMG_4915

Saya tidak melepaskan peluang mengambil gambar. Kedai2 disini kebanyakkannya dihiasai dengan kepingan jubin berbunga.

IMG_4921

Menurut orang tua, nama asalnya ialah Timah. Tapi apabila disebut mengikut telor orang Perak, jadi Timoh dan akhirnya dieja sebagai Temoh

IMG_4922

Pekan Temoh yang hampir mati.

IMG_4924

Tingkap di deretan kedai di pekan Temoh.

IMG_4928

Tasik bekas lombong sebelum pekan Tapah. Ada gerai menjual cendol yg sangat sedap!

IMG_4930

Akhirnya kami sampai di Tapah.

1521580_10203264405399568_365425649_n

Salah sebuah papan Tandy lama yg menarik perhatian saya.

Kami sampai di Tapah sekitar jam 5 petang dan memutuskan untuk mencari hotel. Saya adalah seorang yang bekerja dari rumah yang mana memerlukan saya sentiasa dapat dihubungi oleh majikan saya setiap masa melalui applikasi Whatsapp dan email. Pada hari tersebut saya telah menerima email dari majikan saya untuk melakukan sedikit tugasan. Ini bermakna saya perlikan bekalan elektrik dan internet secara berterusan. Kami check-in di Hotel Timuran. Dengan harga RM50/malam, kami dapat menikmati bilik berhawa dingin, air panas dan internet. Biliknya juga sangat besar. Hiasan dan perabotnya agak ‘old skool’.

10172790_10203294875201294_1976114911_n

Hotel Timuran. Bilik terletak ditingkat atas. Terpaksalah Wak pikul basikal kebilik. Murah, cuma RM50/mlm. Bilik yg besar, Ada TV, aircond dan hot shower. Saya kasik 4 bintang!

Kebetulan pula, Azizan Zolkipli sahabat berbasikal yang sangat rapat dengan kami ada dipekan tersebut kerana bertugas. Kami keluar makan malam bersama beliau pada malam tersebut. Jarak kayuhan pada hari tersebut ialah 54km

10153813_10203265164538546_2092174344_n

Makan malam bersama Wak Jan dan rakan sekerjanya.

Hari Kelima

Baki jarak kayuhan hanyalah 76km. Pagi itu kami keluar lambat sedikit dan terus bersarapan di sebuah kedai makan melayu yang menjual masakan cina yang terletak di hentian bas Tapah. Ianya dicadangkan oleh rakan basikal yang berasal dari Batang Padang. Ternyata ia adalah mee kicap tersedap yang saya pernah rasa!

IMG_4934

Setesen bas Tapah

IMG_4933

Nasi lemak daun pisang. Tiada gambar mee kicap. Ghairah sangat ngap sampai lupa ambil gambar!

IMG_4932

Menyesal tak tapau kuih cakoi ni!

Kayuhan diteruskan melalui kampung-kampung lama seperti Tapah Road dan Chikus. Di Tapah Road kami semoat singgah di stesen keretapinya. Disitu masih terdapat kesan-kesan bangunan stesen keretapi lama. Juga terdapat sebuah pekan lama disitu. Suasana disepanjanh laluan ini adalah agak redup dimana kiri kanan jalan adalah diliputi pohon-pohon buah seperti mangga, manggis dan durian. Pada ketika itu ianya adalah musim bunga, maka sepanjang laluan adalah berbau harum. Sepanjang kayuhan saya tersenyum dan bernyanyi riang.

10154243_10203271392694246_1357677977_n

Satu-satunya structure lama bangunan setesen keretapi lama yang terletak di Tapah Road.

Kami sampak di Teluk Intan agak awal. Perancangan asalnya ialah untuk bermalam disitu. Tetapi memandangkan masa masih awal dan kami telah kerap berkayuh dan tidur di Teluk Intan, kami memutuskan untuk berkayuh pulang ke Sabak Bernam. Tiba dirumah mertua tepat jam 3 petang. Saya berasa amat berpuas hati dengan kayuhan kali ini. Walaupun jarak cuma 34okm++, tapi ianya padat dengan penemuan dan pengalaman. Saya amat berharap untuk dapat mengeksplorasi Perak lagi dan menjejaki warisan bangsa yang semakin dilupakan. Segala pengalaman mistik yg kami lalui terpulanglah kepada anda untuk menilai. Saya sebenarnya adalah orang yang paling akhir percaya kepada perkara mistik kerana saya hanya percaya kepada sesuatu yang logic. Wallahua’lam.


Kayuhan Merentasi Negeri di atas Awan dan Seribu Bukit di Tanah Tinggi Gayo, Aceh ~ Kutacane ke Blangkejeren

$
0
0

 Mukadimah

Gayo Lues adalah sebuah kabupaten yang terletak di Aceh, Sumatera. Kabupaten ini beribu kotakan Blangkejeren dan mempunyai 11 Kacamatan iaitu Blankejeren, Kuta Panjang, Pining, Rikit Gaib, Terangon, Putri Betong, Blang Pegayon, Dabun Gelap, Blang Jerango, Tripe Jaya dan Pantan Cuaca. Untuk kayuhan kali ini kami telah memilih untuk melalui 4 Kacamatan iaitu bermula dengan Putri Betong, Blangkejeren, Rikit Gaib dan Pantan Cuaca. Keempat-empat kacamatan ini adalah merupakan laluan utama di Gayo Lues. Pembinaan dan pelebaran jalan raya sedang giat dijalankan dilaluan ini dimana ianya merupakan sumbangan dari kerajaan Jepun sebagai ganti rugi/pampasan diatas kependudukan mereka di Gayo Lues pada 1942 – 1945.

peta_gayo_lues

Untuk sampai ke Gayo Lues ini kami telah menaiki feri dari Port Klang ke Tanjung Balai dan kemudian menyewa kenderaan ke Medan sebelum menaiki angkutan yang dikenali sebagai BTN (L300) ke Kutacane, sebuah kota kecil yang terletak di Kabupaten Aceh Tenggara (AGRA). Kayuhan kami bermula dari Kutacane dan kemudiannya merentasi Kabupaten Gayo Lues sebelum memasuki Takengon, sebuah Kecamatan yang dahulunya terletak didalam kacamatan Gayo Lues. Setelah pemekaran semula (2003), kini Takengon telah menjadi sebahagian daripada Kacamatan Aceh Tengah. Kami kemudiannya menaiki kenderaan awam dikenali sebagai labi-labi terus ke Banda Aceh sebelum pulang ke Malaysia melalui jalan darat dan menaiki feri.

Ringkasan perjalanan adalah seperti berikut

Hari 1 – Port Klang > Tanjung Balai > Medan

Hari 2 – Medan > Kutacane

Hari 3 – Kutacane > Ketambe

Hari 4 – Ketambe > Gumpang (Putri Betong)

Hari 5 – Putri Betong > Blangkejeren

Hari 6 – Blangkejeren > Rikit Gaib > Iseise (Pantan Cuaca)

Hari 7 – Iseise > Gelampang Gading (Aceh Tengah)

Hari 8 – Gelumpang > Isaq > Takengon

Hari 9 – Takengon

Hari 10 – Takengon > Bireun > Banda Aceh

Hari 11 – Pulau Weh (Sabang)

Hari 12 – Banda Aceh > Medan

Hati 13 – Medan > Tanjung Balai

Hari 14 – Tanjung Balai > Port Klang

Kayuhan kali ini, saya dan Wak telah membawa 2 rakan kayuhan iaitu Abang Amer (62) dan Wak Husaini (55). Umur bukan menjadi alasan atau faktor penghalang. Minat dan kekuatan mental mengatasi segala-galanya. Keputusan untuk berkayuh di Aceh dibuat dua minggu sebelum tarikh kami pergi. Seminggu sebelum pergi, saya telah dihubungi oleh Kudean yang ingin mengikuti kami ke Tanjung Balai tapi cuma punya 4 hari cuti. Saya telah mencadangkan mereka untuk membuat kayuhan Permatang Siantar > Samosir (Danau Toba). Dia bersama rakannya Azlan belum pernah lagi berkayuh di Indonesia dan saya galakkan mereka untuk merasai sendiri pengembaraan disini tanpa guide atau saya. Beliau nampaknya berani menerima cabaran ini dan telah sama- sama berangkat dengan feri ke Tanjung Balai pada 6 Dis 2014.

Di dalam entry saya kali ini mungkin akan banyak menyebut kacamatan, kabupaten dan sebagainya. Mungkin rumusan tersebut dapat membantu pembaca memahami lebih lanjut.

Maksud kawasan berbanding Malaysia

Probinsi/Provinsi – Negeri : cth Selangor

Kabupaten – Daerah : cth Klang

Kecamatan – Mukim : cth Kapar

Gampong/negeri – kampung : cth Kampung Perepat

Hari 1 (6 Dis 2014) – Port Klang > Tanjung Balai > Medan

Tiket feri telahpun kami beli awal dengan harga RM240 (return) termasuk tax dan lain-lain caj. Untuk basikal pula, perlu pandai untuk berurusn dengan pelbagai pihak dan cara bagi mendapatkan caj yang paling minima. Caj asal yang dikenakan oleh Asa Niaga (operator jeti penumpang) adalah sebanyak RM50 untuk basikal dan caj yang berlainan juga akan dikenakan diatas bagasi kita. Yang penting, BARGAIN! Ya, jangan tak percaya, anda perlu tawar menawar kerana Asa Niaga bukan badan kerajaan.

Sesampai di jeti, ramai kawan-kawan lain telah menunggu kami. Mereka hadir untuk “flag off” dan mengucapkan selamat jalan. Saya sangat terharu dan menghargai kehadiran kawan-kawan. Kami berenam iaitu saya, Wak, Abang Amer, Wak Husaini, Kudean dan Azlan telah bersedia dan bersemangat untuk menuju kedestinasi pertama kami iaitu Tanjung Balai sebelum berpisah untuk menuju kedestinasi masing-masing.

Seawal jam 9 pagi kami telah dipanggil masuk. Kami telah mendapat kebenaran untuk menyorong basikal masing-masing ke feri. Tepat jam 11am, feri pun bergerak menuju ke Tanjung Balai. Kami tiba di Pelabuhan Teluk Nibong pada jam 4 petang waktu tempatan. Sesampainya kami disitu seperti biasa urusan imigrasen dan kastam Indonesia sangat kelam kabut. Dengan tiadanya kaunter khas untuk warga asing, kami perlu berebut-rebut bersama warga Indonesia yang rata-ratanya punya sifat kurang sabar dan suka memotong barisan.

IMG_6119

Antara rakan2 yang sudi hadir untuk “flag off” kami

IMG_6123

Kudean gembira kerana “terlepas”

Selesai urusan saya terus mencari Pak Atan merupakan warga tempatan yang boleh membantu dari segi pengurusan kenderaan dan juga merupakan agen pendaftaran masuk/keluar dijeti Pelabuhan Teluk Nibong ini. Saya mengenali beliau ditrip terakhir saya ke Danau Toba. Setelah berbincang dengan dia dan isterinya (Nevi), kata persetujuan dicapai untuk menyewa MPV beliau untuk perjalanan dari Tanjung Balai > Permatang Siantar > Medan dengan kadar sewa sebanyak IDR 1,200,000.

pak atan

Wak bersama Pak Atan, abang kawasan Telok Nibong

20141206_171621

Nevi, isteri Pak Atan beraksi didepan MPV mereka yang kami sewa. Lihat bagaimana mereka mengikat basikal kami.

20141206_174949

Kanak2 di Tanjung Balai memperlihatkan aksi berani mereka

IMG_6126

Masih terdapat aktiviti2 membasuh pakaiandan mandi-manda di sungai2 di sini

IMG_6135

Nasi Uduk yg berasal dari Jawa sangat popular di Tanjung Balai. Sedap dan murah

Kami tiba di Permatang Siantar sekitar jam 11 malam dan pencarian losmen (rumah tumpangan) untuk Kudean dan Azlan berakhir disebuah losmen berharga IDR 50,000. Sangat murah tetapi kurang selesa kerana bercampur dengan sebuah kelab malam dan keadaan bilik yang sempit dan kotor. Kudean dan Azlan telah bersetuju untuk menginap memandangkan mereka hanya akan tidur sebentar sahaja sebelum menyambung perjalanan dengan berkayuh ke Parapat seawal mungkin keesokannya. Setelah meninggalkan mereka disitu, kami meneruskan perjalanan ke Medan dan hanya tiba disana pada jam 4 pagi. Pemandu telah menurunkan kami di loket (stesen) bas BTN, merupakan satu-satunya operator pengangkutan awam ke Kutacane.

Hari 2 (7 Dis 2014) – Medan > Kutacane

IMG_6141

Stesen bas BTN di Medan. Kelihatan Wak sedang menukar tiub basikalnya yang sudah dua kali pancit walhal belum pun berkayuh lagi

Harga tiket yang dikenakan adalah sebanyak IDR480,000 termasuk basikal. Kami diberitahu, jadual perjalanan terawal adalah pada jam 6 pagi. Perjalanan ini melalui beberapa Kacamatan di Sumatera Timur sebelum memasuki Aceh Tenggara (AGARA). Keadaan jalan selepas Kabanjahe adalah sangat teruk. Jalan-jalan tersebut telah rosak teruk, mendaki dan berliku. Semasa di Kabanjahe kami telah lihat sendiri hujan debu akibat letupan Gunung berapi Sinabung. Gunung berapi tersebut telah meletus semalam dan telah mengakibatkan hujan debu yang agak teruk di Kabanjahe.

IMG_6143

Keadaan basikal kami yang diikat diatas bumbung labi-labi @ L300. Mengalami sedikit masalah gandar di Berastagi

20141207_072755

Hujan debu di Kabanjahe

20141207_073117

Debu volkanik menutupi jalan di Kabanjahe

20141207_075802

Gunung berapi Sinabung yang baru meletus. Masih aktif mengerluarkan debu volkanik

20141207_083232

Keadaan jalan sebaik sahaja memasuki Aceh Tenggara adalah sangat teruk.

20141207_102832

Anda setuju?

20141207_104639

Sepanjang jalan kelihatan aktiviti memecahkan dan menjemur buah pala

20141207_105707

Menghijau

Kami tiba di Kutacane pada jam 2 petang dan terus mencari tempat makan kerana sepanjang perjalanan hampir tiada kedai makan yang halal. Pemandu ada menghentikan kami disebuah restoran yg tertulis rumah makan Islam disebuah kawasan majoriti penduduk Batak Karo. Agak meragukan tahap kehalalannya apabila melihat kepada pengendali rumah makan tersebut. Saya memutuskan hanya untuk memesan mee instant. Tayar basikal Wak telah mula pancit semenjak kami sampai di Medan lagi. Walaupun setelah dipam, tayarnya masih pancit. Perkara pertama yang Wak mahu selesaikan ialah mencari kedai basikal, kemudian baru makan. Dengan rasa agak sedikit geram kerana kelaparan, keletihan, tidak mandi lebih 24 jam, saya dan yang lain-lain mengekori Wak mencari kedai basikal. Setelah puas bertanya dengan penduduk tempatan, akhirnya kami temui sebuah kedai basikal yang ada menjual tayar yg bersesuaian. Ianya milik seorang anggota polis disitu. Tidak banyak pilihan, malah hanya ada satu jenis sahaja tayar yang sesuai iaitu Deli buatan Indonesia.

20141207_120818

Kutacane, ibu kota Aceh Tenggara. Disini barulah kelihatan ciri ke Islaman yang kuat.

20141207_133344

Wak membeli tayar baru dikedai ini berjenama Deli

Setelah selesai barulah kami mencari kedai makan yang ada menghidangkan ayam penyet, mee aceh dan lain-lain makanan tempatan. Kami memutuskan untuk menginap dihotel yang selesa untuk mendapatkan rehat secukupnya setelah mengharungi perjalanan hampir 30 jam. Setelah puas berkeliling mencari hotel, kami akhirnya memilih utk menginap di Sastika Hotel dengan harga IDR150,000 semalam.

20141207_140452

Ayam Penyet

IMG_6154

Kelaparan dan keletihan setelah lebih 24 jam perjalanan tanpa makan yang sempurna

20141207_135350

Pakcik ini menjual burung-burung paya (water fowl). Kalaulah sesuai masanya dah tentu saya beli.

20141207_201743

Berehat sebelum meneruskan kayuhan pada esok hari

Hari 3 (8 Dis 2014) – Kutacane > Ketambe (35km)

Jarak diantara Kutacane ke Ketambe cuma 35km. Saya tidak mahu memulakan kayuhan dengan jarak yang terlalu jauh. Kami perlu menyesuaikan diri dengan altitude ketinggian daerah ini. Kenaikan ketinggian yang mendadak boleh menyebabkan masalah bagi yang tidak tahan. Untuk tidak mengambil risiko, biarlah perlahan-lahan lagipun saya tahu route ini adalah mendaki tanpa henti. Kami pasti perlukan tenaga yang lebih untuk menghabiskan kayuhan kali ini.

Sebelum matahari menyinar, kami mendahului penduduk tempatan untuk memulakan perjalanan. Kehadiran kami sentiasa mendapat perhatian dan kebanyakkan mereka menyangka kami pesikal dari barat dan menegur kami dengan perkataan “hello mister!”, “where you going”, “morning!” dan sebagainya. Sengaja kami balas dengan “Assalamualaikum!”. Agak terperanjat mereka dan membalas “Waalaikumsalam!” serentak dan ketawa lucu kerana menyedari kami bukan orang ‘bule”. Suku Gayo sangat ramah dan terbuka menerima kunjungan dari orang asing. Saya dapati mereka juga sangat jujur dan tidak pernah cuba menipu kami dalam urusan jual beli walaupu dari awal menyedari kami bukan orang Indonesia.

Gayo Lues atau juga dikenali sebagai Tanoh Gayo adalah didiami oleh suku Gayo yang telah mula meneroka dan membuka tanah disitu sejak berabad lamanya. Boleh dikatakan 100% suku Gayo adalah beragama Islam. Menurut data di Wikipedia, jumlah keseluruhan suku ini sekaranh adalah lebih kurang 85,000 orang. Saya dapati jumlah ini semakin berkurangan berbanding bancian yang telah dilakukan pada tahun 2001 iaitu seramai 200,000 orang. Mereka mempunyai bahasa mereka sendiri iaitu bahasa Gayo.

Kebanyakkan mereka sekarang tinggal di Bener Meriah, Aceh Tengah dan Gayo Lues. Mereka mempunyai pertalian etnik dengan suku Alas dan Karo yang terdapat di Aceh Tenggara yang bersempadan dengan Sumatera Utara. Menurut sejarahnya suku inilah yang telah mengasaskan Kerajaan Linge dalam abad ke 11. Menurut sejarah mereka juga, Raja Linge ke XIII pada tahun 1533 telah menubuhkan kerajaan Johor di Malaysia dan memerintah sebagai Sultan Alauddin Mansyur Syah.

Disepanjang perjalanan kami dapat melihat aktiviti penduduk tempatan dari berjogging sampailah membawa haiwan ternakan seperti lembu ke ladang. Anak sekolah juga kelihatannya sibuk ke sekolah, ada yang jalan kaki dan ada juga yang menaiki angkutan sehingga ke bumbung. Rata-rata sekolah memulakan sessi dengan perhimpunan. Kehadiran kami sedikit sebanyak mengganggu penumpuan mereka sehingg beberapa kali harus dipanggil oleh guru mereka.

IMG_6169

Petani sedang membawa kerbau ke sawah

Kami singgah bersarapan pagi disebuah warung di tepi jalan. Menu sarapan pagi masyarakat disini hampir sama dengan mana-mana warung di Sumatera iaitu lontong ataupun nasi berlauk. Saya biasanya lebih suka memilih untuk memakan tauhu goreng bersalut tepung. Di dalam warung tersebut kami disapa oleh seorang pemuda yang bekerja sepenuh masa sebagai petani disitu. Darinya kami tahu penanaman ganja masih ada cumanya ianya ditanam ditengah-tengah hutan untuk mengelak dari ditangkap oleh pihak berkuasa. Selain bertani pemuda itu juga menceritakan tentang kegemaran anak muda gayo berpetualang (mengembara) di dalam hutan selama berhari-hari. Beliau merasa lucu dengan kemahuan kami berkayuh di Gayo. Berkali-kali menggeleng kepala tidak percaya. Katanya pasti lebih seminggu baru kami sampai ke Takengon. Ternyata benar telahannya. Rancangan asal setelah membaca review diinternet adalah selama 4 hari, tapi berakhir dengan 6 hari, itupun terpaksa menaiki kenderaan didua tempat, jika tidak saya pasti kami perlukan 8 hari untuk sampai ke Takengon.

IMG_6203

Sarapan pagi – mee lontong

Perjalanan pada awalnya agak mendatar dan cuma sesekali sahaja terdapat pendakian mudah. Pemandangan pertama yang sangat mengujakan adalan Sungai Kali Alas yang sangat besar, cantik dan bersih. Sungai sepanjang 350km ini berhulu di Hutan Bipak sekitar Keudah dan mengalir melintasi kawasan hutan simpan Gunung Leuser serta 4 kabupaten iaitu Gayo Lues, Aceh Tenggara, Sabulussalam dan Singkil akhirnya bermuara di Lautan Hindi. Sungai Kali Alas ini merupakan tumpuan untuk mereka yang gemarkan sukan “white water rafting”. Jeram-jeramnya dikategorikan sebagai kategori III – IV. Ketambe merupakan tempat paling popular dikalangan rafter luar dan dalam negeri. Di Blangkejeren, penduduk tempatan masih mengamalkan mandi di bulan Safar atau mandi menyambut Ramadhan disungai ini.

IMG_6175

Terpaku kami melihat pemandangan pertama kami

20141208_064452

Sungai Kali Alas

20141208_075557

Abang Amer berhenti rehat disebuah pondok di tepi Sungai Kali Alas

IMG_6183

Dari kiri Wak Husaini, Wak dan Abang Amer

IMG_6218

Antara perkampungan yang kami lewati

IMG_6222

Sebuah sekolah sedang mengadakan perhimpunan pagi

Jalan utama disini disebut sebagai Lintas Gayo yang melintasi Gayo adalah seiring dengan Sungai Kali Alas. Jalan tersebut samada satu paras dengan sungai tersebut atau beberapa ratus meter dari paras sungai. Semakin menghulu semakin besar jeramnya. Jalan ini pada ketika ini sedang dalam proses pelebaran dan naik taraf. Sistem jalan ini telah wujud semenjak zaman jajahan Belanda lagi. Semasa Jepun menakluk Sumatera, mereka telah memperbaiki jalan ini dengan menggunakan penduduk Gayo sebagai buruh paksa. Sebagai pampasan, Jepun telah menaja sepenuhnya pembinaan jalan raya dari Kutacane (Aceh Tenggara) hinggalah ke Takengon (Aceh Tengah) melintasi Gayo Lues. Saya pasti dalam tempoh dua tahun jalan disini sepenuhnya akan berturap dan lebar dan pasti akan lebih banyak pembangunan dapat dilakukan. Ianya baik untuk penduduk tempatan dari segi ekonominya tapi bagi orang seperti saya, kemajuan membawa bersama banyak kesan negatif dari segi sosial. Baiklah anda semua berkunjung kesini sebelum arus kemodenan mengubah landskep dan sosial mereka.

IMG_6228

Lagi gambar Sungai Kali Alas

IMG_6233

Melalui sebuah pekan kecil

20141208_101825

Perjalanan mula mendaki

Jumlah pendakian kami pada hari ini adalah sekitar 360m. Kami telah melewati beberapa kampung dan ladang jagung serta pasar pagi. Kami telah berhenti beberapa kali untuk beramah mesra dengan penduduk tempatan kadang-kadang ada juga penduduk yang bermotor sanggup berpatah balik dan menegur kami dan sangat ingin tahu sebab kami berbasikal di kawasan ini. Jawapan Wak senang sahaja – “untuk menziarahi dan mengenali suku Gayo”. Bagi mereka adalah amat pelik untuk seseorang sanggup berbasikal di tempat mereka kerana daerah mereka ini juga dikenali sebagai negeri diatas awan atau negeri seribu bukit. Ada juga yang mengesyaki kami adalah pengintip pemerintah (kerajaan) terutama saya kerana sebagai seorang perempuan bagi mereka adalah agak mustahil sanggup berbasikal semata-mata hanya untuk menikmati keindahan tempat mereka. Mungkin kerana mereka sudah imune dengan keindahan semula jadi disini dan mereka juga jarang menerima tetamu dari luar terutama negara lain.

20141208_081528

Suasana pasar pagi

20141208_081603

Pelbagai juadah turut dijual

IMG_6258

Masih terdapat banyak jambatan gantung seperti ini merentasi Sungai Kali Alas

IMG_6264

Kanak-kanak sekolah

IMG_6268

Penduduk kampung sedang bergotong royong memasak untuk kenduri kahwin

IMG_6266

Kanak-kanak ini cacat kakinya kerana tersepit pintu semasa bayi. Wak memberinya agar-agar yang biasanya kami bawa untuk diberikan kepada kanak-kanak disepanjang perjalanan kami

20141208_085433

Ada sahaja penduduk yang ramah menyapa kami. Anak-anak sungai seperti dibelakang kami ini adalah pemandangan biasa disini

20141208_092438

Trek motorcross

20141208_094801

Dimana saja kami berhenti, kami akan menjadi tumpuan kanak-kanak

Kami tiba di Ketambe sekitar jam 2 petang. Sebaik sahaja saya nampak deretan “guesthouse” dikiri kanan jalan, saya tahu ini merupakan destinasi terakhir kami pada hari tersebut. Kelihatan Pak Mus Guesthouse dan Friendship Guesthouse yang banyak disebut di internet, sangat terkenal sbg penginapan pilihan sang backpackers dan peminat sukan white water rafting baik dalam mahupun luar negara. Kami berkayuh perlahan sambil mencari tempat yang sesuai untuk berkhemah. Setelah melewati barisan guesthouse tersebut, disebelah kiri jalan terdapat sebuah pondok menjual ikan pais panggang. Kami berhenti disitu untuk makan tengah hari. Setelah melihat kawasan disitu punya sumber air dan pondok wakaf, kami meminta kebenaran dari pemilik warung untuk bermalam disitu. Alhamdulillah kami diizinkan. Pemiliknya adalah sepasang suami isteri muda berumur 22 tahun bernama Rahimi dan Rahmah. Isterinya sedang sarat mengandung 8 bulan anak pertama mereka.

Oleh kerana mereka tiada nasi, Rahimi telah berbaik hati menawarkan untuk membelikannya untuk kami. Petang itu kami makan nasi berlaukkan ikan sungai yang dipais. Ikan sungai tersebut halus-halus seperti bilis. Beliau juga telah menyediakan pelita untuk kami kerana menurut beliau, pada malam hari kawasan ini adalah sunyi dan gelap. Kedudukannya agak jauh dari rumah-rumah lain. Malam tersebut, Wak telah memasak ikan sadin atau sebutan orang tempatan ikan kaleng. Kaleng itu bermaksud tin atau tong. Memang agak gelap kawasan itu dimalam hari. Habis semua lampu yang kami ada kami gunakan. Pelita Rahimi telah lama padam kerana kehabisan minyak tanahnya.

Tidak berapa lama kemudian, Rahimi datang melihat-lihat keadaan kami dan membelikan kami minyak tanah dan ubat nyamuk. Bilik air disitu hanyalah berdindingkan guni yanb diikat mengelilingi 4 tiang kayu. Tiada privacy kerana betul-betul ditepi jalan dan tidak tertutup dgn sempurna dan hanya berlapikkan kayu diatas aliran air. Sumber air adalah air bukit yang mengalir dikawasan itu. Sangat sejuk dan menyegarkan. Untuk buang air besar, faham-faham sahajalah, kami harus masuk ke dalam hutan! Bilik air disitu adalah untuk kegunaan awam. Ianya ibarat sebuah RNR. Penggunanya adalah mereka yang menggunakan jalan tersebut samaada untuk membuang air ataupun menyiram tayar kereta mereka. Berasap-asap! Pada mulanya saya tidak faham kenapa. Besok barulah saya tahu mengapa.

Setelah memasang khemah masing-masing, kami pun tidur dengan lenanya. Tetapi sekitar tengah malam, kedengaran bunyi sebuah kenderaan berhenti agak lama di tempat kami berkhemah. Abang Amer yang rasa tidak sedap hati, keluar dari khemah dan menyuluh kearah kenderaan itu. Abang Amer bertanya “Ada apa pak?”, pemandunya membalas “Kenapa tidur disini, dibelakang sana masih banyak penginapan yang selesa?”. “Kerana memang mahu tidur disini.” balas Abang Amer. Tidak lama kemudian, pemandu itu berlalu pergi meninggalkan kami setelah membuat satu panggilan teledon. Kami pun menyambung semula tidur kami yang terganggu sehingga pagi.

IMG_6276

Dapat dilihat betapa suburnya daerah ini

10429275_398175846996675_8756721750670444240_n

Rahimi dan Rahmah pasangan muda berusia 22 tahun. Isterinya Rahmah sedang sarat mengandung anak mereka yang sulung

IMG_6285

Kami menumpang makan dan tidur di pondok menjual ikan pais Rahimi di hujung Ketambe

IMG_6284

Rahimi telah menolong kami membeli nasi

IMG_6281

Ikan pais sungai

IMG_6279

Inilah kamar mandi yang kami gunakan. Terletakditepi jalan dan sumber air adalah dari mata air. Sejuk!

20141208_121759

Gerai ini terletak dihujung jalan Ketambe

20141208_132706

Inilah rupa ikan pais itu, Ikan sungi kecil-kecil

IMG_6287

Kemah Abang Amer!

Hari 4 (9 Dis 2014) – Ketambe > Gumpang (kurang dari 45km, tiada maklumat tepat)

Semasa sedang berkemas untuk sedia bertolak, Rahimi telah sekali lagi datang melawat kami. Ternyata beliau amat mengambil berat tentang kami. Kami ceritakan pada beliau tentang kejadian malam tadi. Menurut Rahimi, lelaki tersebut adalah abangnya, Pak Mus pemilik Pak Mus Guesthouse. Dia telah menelefon Rahimi semalam apabila mendapati gerai adiknya itu didiami oleh orang luar. Setelah diberi jaminan oleh Rahimi dan meyakinkan abangnya itu bahawa kami berniat baik dan memang mahu tidur disitu, barulah dia berlalu pergi. Rupa-rupanya Rahimi ini bukanlah calang-calang orang. Dia adalah adik kepada Pak Mus dan keluarga mereka memiliki tanah hampir seluruh Ketambe. Ianya diteroka oleh arwah bapanya dulu.

Dia bercita-cita untuk mengusahakan penginapan seperti abangnya itu. Wak menasihatinya untuk mengusahakan tapak perniagaannya sekarang menjadi tapak perkhemahan. Kedudukannya dipinggir jalan adalah amat stratergik terutama kepada pesikal seperti kami. Beliau menerima baik cadangan kami dan Wak kata, kalau boleh bila kami kembali disini, sudah ada Rahimi Camp atau Rahimi Guesthouse. Kami sama-sama mendoakan yang terbaik buat beliau, seorang pemuda yang baik hati.

Tiba-tiba kami disapa oleh seorang lelaki tua berkaki ayam tidak berbaju. Giginya rongak-rongak dan beliau kelihatan seperti sudah tidak mandi seminggu. Tidak berani saya bernafas apabila dia menghampiri saya, bimbang saya akan terbau sesuatu yang kurang enak! Rahimi memperkenalkannya sebagai pakciknya. Dia mengenalkan dirinya sebagai Zailani Pawang Ketambe (!?). “Saya pawangnya Jokowi. Tidak penah bertemu dia, tapi akulah pawang yang memenangkan dia dalam pemilu yang lepas”. Dalam hati saya berkata “Boleh percaya ke ni??”. Dari air muka Rahimi, dapat saya telah rasa kurang senangnya. “Saya dulu bertapa di Gunung Leuser itu, jenggot saya sampai sini!”, katanya sambil menunjuk perutnya. “Kawan saya harimau!”, tambahnya lagi. Kami hanya mendengar dan sesekali menyampuk. “Seluruh Aceh menyokong Jokowi”. Cepat-cepat saya beri isyarat pada Wak untuk meneruskan perjalan. Kalau dilayan mau sampai ke petang nanti.

1013643_398500110297582_288100929458144873_n

Rahimi bersama pakciknya yang mendakwa dirinya sebagai Pawang Ketambe yang terkenal

10419399_398773416936918_5620136662536583718_n

Menurutnya dialah yang telah memenangkan Jokowi dengan ilmunya

Destinasi kami pada hari tersebut adalah Blangkejeren. Kami masih belum pasti lagi dengan bentuk topografi route tersebut. Jaraknya adalah sejauh 74km menurut bacaan saya diinternet dan bantuan dari rakan (Haikal) yang pakar dalam alat navigasi. Google map tidak dapat memberi input kerana menurutnya tiada jalan disitu. Saya dan Wak memang tidak mempunyai meter jarak untuk basikal dan juga tidak menggunakan apa-apa peranti navigasi seperti GPS. Abang Amer pula meternya tidak dapat memberikan bacaan manakala Wak Husaini pula tidak tahu menggunakan alat tersebut walaupun ianya terpasang dibasikal beliau. Jadinya kami mengembara ibarat orang rabun! Kalau menurut review dua buah blog yang ditulis oleh pesikal dari Barat, mereka telah berjaya berkayuh dari Ketambe ke Blangkejeren dalam masa 1 hari.

Kayuhan bermula dengan sebuah turunan yang agak menjunam dan panjang. Sebaik sahaja habis turunan itu, saya rasa seperti mahu pengsan melihat tanjakkan dihadapan. Terlalu curam! Menurut Rahimi, tanjakkan itu adalah sepanjang 3km. Kilometer yang pertama saya lepas, itupun separuh nyawa rasanya. Abang Amer dan Wak Husaini sudah mula mengalah dan menolak basikal. Sehingga 500m berikutnya saya gagal mengawal basikal, mungkin kerana kayuhan terlalu perlahan menyebabkan saya hilang imbangan dan terjatuh. Selepas itu lebih separuh dari 3km itu saya menolak. Terlalu curam dan saya pasti ianya melebihi 10% gradiant. Pendakian berakhir di Puncak Ketambe. Barulah saya terfikir, kenapa banyak kenderaan yang berhenti dan menyiram tayar mereka dengan air sampai berasap-asap semalam. Rupanya mereka terpaksa membrek keras menuruni tanjakkan ini. Bolehkah anda bayangkan kecuramannya?

20141209_071141

Pendakian pun bermula!

20141209_074211

Wak sedang beraksi melawan graviti

20141209_074628

Saya, Wak Husaini dan Abang Amer betul2 berhempas pulas menghadapi pendakian yang disebut sebagai “bukit setan” oleh penduduk tempatan

10424346_405002329647360_5476960093973696573_n

Kelajuan hanya sekitar 3 km/jam sebelum tewas hehehe

20141209_075914

Akhirnya sampai ke Puncak Ketambe

10354613_398775173603409_3841965357408938171_n

Terdapat banyak pondok-pondok rehat seperti ni di puncak

Selepas itu jalan mula menurun dan kembali berada satu paras dengan Sungai Kali Alas. Jalan disitu dibina terlalu hampir dengan sungai. Akibatnya banyak jalan telah rosak atau runtun akibat hakisan. Saya sangka itulah pendakian yang paling teruk seperti apa yang penduduk tempatan katakan. Pendakian ke puncak Ketambe itu tadi disebut oleh orang kampung sebagai Bukit Setan! Ternyata apa yang dikatakan tidak teruk itu adalah seperti GAP – Fraser curamnya, tiada henti! Sesekali ketajaman selekoh dan pendakiannya adalah seperti di Wang Kelian. Setiap satunya adalah sepanjang 2 hingga 3 km. Hanya sesekali turunan kecil dan datar apabila memasuki kawasan perkampungan. Sungai Kali Alas kelihatan semakin deras jeramnya, menunjukkan semakin tinggi jalan yang telah kami daki.

20141209_084226

Kawasan ini mengalami hakisan sungai yang teruk

20141209_112102

Jeram Sungai Kali Alas

IMG_6293

Pemuda kampung ini menusahakan ladang milik keluarganya. Beliau juga ada menceritakan tentang penanaman ganja di hutan Leuser.

IMG_6297

Setuju?

20141209_111357

Penduduk kampung menjemur koko yang merupakan salah satu hasil tanaman utama mereka

Pada mulanya jalannya adalah berturap cantik. Menurut penduduk tempatan ianya baru sahaja diturap. Menjelang petang kami mula memasuki jalan yang sedang dalam pembinaan sebaik sahaja melintasi pintu gerbang yang menandakan kami memasuki Kabupaten Gayo Lues. Basikal Abang Amer mula bermasalah disini. Sesekali gear belakangnya menjadi longgar dan hilang kuasa kayuhan, lalu terpaksa berhenti mengejut dan menyebabkan saya dibelakang terpaksa berhenti diatas lumpur. “Abang Amer yang loose gearnya, saya yang masuk lumpurnya!” gurau saya.

1466171_414951615319098_2712609854439792423_n

Pintu gerbang yang menunjukkan kami telah memasuki Kabupaten Gayo Lueas. Jalan rosak teruk akibat tanah longsor baru-baru ini.

Kami berhenti rehat dihadapan sebuan sekolah. Kebetulan waktu persekolahan tamat. Riuh rendahlah mereka mengerumuni kami. Mereka sangat seronok mendengar percakapan kami, lantas ada yanga berkata “seperti upin dan ipin!”. Wak sempat merakam perbualan saya bersama anak-anak Gayo ini. Semasa mahu meneruskan perjalanan, anak-anak ini berlari-lari mengiringi kami. Mereka kebanyakkannya berjalan kaki kesekolah. Semasa mendaki, beberapa anak-anak perempuan ini menolak basikal saya. Walaupun saya kata jangan kerana bimbang mereka akan penat, tapi mereka tetap menolaknya sehingga saya tiba diturunan. Bergolek diatas rumput mereka menghilangkan penat. Saya hanya ketawa dan penduduk tempatan yang melihat juga turut ketawa lucu melihat adengan itu. Ada diantara mereka berjalan kaki sejauh 2km menaiki dan menuruni bukit untuk kesekolah. Mereka mengikut saya sehingga mereka sampai ke rumah masing-masing.

IMG_6301

Kanak-kanak sekolah sedang mengerumuni saya

20141206_171621

Mereka seromok menolak saya mendaki bukit

 

Kami berhenti disebuah kedai makan berhampiran sungai dan masjid untuk makan tengah hari dan solat. Tuan kedai sedang menikmati sejenis makanan tradisi masyarakat gayo iaitu biji jagung rebus dimasak bersama kelapa parut dan gula. Wak meminta sedikit untuk rasa tapi sebaliknya kami diberi seorang sepinggan! Memang sedap disaat perut berkeroncong. Saya meminta untuk menggunakan bilik air kedai makan tersebut, dia tunjuk arah belakang sambil berkata “Hati-hati, air panas”. Saya kurang faham tetapi sebaik sahaja saya masuk ke bilik air tersebut, saya nampak sebuah kolah, bila saya mencedok airnya, panas! Rupanya air yang disalurkan disitu adalah air panas dari mata air yg terdapat disitu.

20141209_123451

Jagung bersama hampas kelapa yang dimasak dengan api perlahan. Yummy!

20141209_164357

Banyak jalan yang sedang didalam pembinaan/perlebaran

20141209_164939

Jalan ini pula sedang diperbaiki setelah berlaku runtuhan tanah

Masjid yg terdapat diseberang sungai tidak punya sumber air. Untuk bersolat, kita perlu turun kedalam sungai. Pada waktu itu cuaca agak panas. Wak mengambil keputusan untuk mandi lalu bertanya kepada penduduk tempatan tempat yg sesuai. Setelah mandi dan solat, Wak maklumkan pada saya terdapat sumber mata air panas tidak jauh dari belakang masjid. Saya yang pada ketika itu terlalu penat dan ditambah dengan matahari terik memancar, ambil endah tak endah sahaja mendengar cerita Wak. Hanya setelah beberapa hari selepas itu, bila Wak ceritakan kembali, baharulah saya menyesal. Ketika pergi mandi, Wak tidak bawa kamera. Menurut Wak air panas itu seperti mata air yang keluar dari celah batu dan jatuh keatas sebuah batu besar yg berlumut dan air itu mengalir turun disekeliling batu besar tersebut menjadikan seperti air dari ‘shower’. Air itu kemudiannya mengalir ke sungai, maka air di sungai itu berperingkat suhunya dari panas ke suam dan sejuk seperti biasa. Dari gambaran Wak, itulah air panas yang saya hendak cari sebenarnya setelah baca di internet seminggu sebelum pergi! Informasi yang ada hanyalah mengatakan bahawa ianya berada di Blangkejeren.

Kami berehat dikedai makan itu agak lama. Setelah makan mee segera (itu sahaja hidangan yg ada disetiap kedai makan di daerah ini) dan melelapkan mata sebentar, kami pun menyambung kayuhan. Pendakian bagai tiada penghujungnya. Saya sudah mula merasa sangat dahaga dan ingin minum air batu, begitu juga dengan Wak Husaini. Selepas satu pendakian yang panjang, kami nampak sebuah warung kecil menjual lemang. Teringin juga nak menikmati lemang Aceh. Kami pun berhenti tapi sayangnya warung itu tiada ais, yang ada cuma kopi gayo panas. Memang agak susah mencari kedai yg menjual minuman berais di Gayo ini. Mungkin cuacanya yang sejuk maka mereka kurang minum ais. Cuaca disini sebenarnya agak dingin tetapi apabila kita berada dibawah cahaya mataharinya tanpa pelindung, agak perit dan membakar. Walaubagaimanapun kami tetap mencuba lemang bersama kopi gayo. Lemang dihidangkan tanpa pencicah seperti lazimnya di Malaysia. Namun begitu, rasanya cukup lemak dan sedap. Pemilik warung itu adalah seorang lelaki tua yg sedang duduk berehat bersama dua orang lelaki lain berketurunan Batak Toba.

Tersisip dipinggangnya sebilah parang tepek. Wak bertanya senjata apakah itu dan untuk apa. Dia kata parang itu bukan senjata tapi hanyalah sebilah parang pelbagai guna yang memang sentiasa dibawa bersama oleh orang lelaki gayo untuk kerja seharian mereka semasa dikebun mahupun dirumah. Saya perhatikan lelaki tua ini penuh cincin batu ditangannya. Mungkin perasan yang saya sedang memerhati cincinnya, langsung dia bertanya “Apa ada jumpa batu giyok tadi diperjalanan?”. “Apa itu batu giyok?” balas saya. Salah seorang lelaki batak itu menunjuk gelang ditangan saya. “Ooo batu jade.” kata saya mengangguk faham. Dalam hati saya berkata “Nampak pula dia gelang aku.” “Disepanjang jalan di Gayo ini boleh jumpa batu giyok. Sekarang lagi musiman! Cincin saya ini ada yang giyok ada yang batu solar. Semuanya dari daerah ini.” tambahnya lagi.

IMG_6305

Lelaki Gayo bersama dua rakannya berbangsa Batak Karo dari Medan

IMG_6306

Beliau menunjukkan cincin batu giyok (dijari tengah) dan batu solar miliknya yang menjadi kegilaan orang Indonesia sekarang ini.

Lelaki tua itu menasihati kami agar kurang bertanya tentang pasukan Gerakan Aceh Merdeka (GAM) bimbang nanti kami dilaporkan sebagai pengintip dari GAM ataupun Tentera Nasional Indonesia (TNI). “Apa lagi yang perempuan. Mana mungkin perempuan biasa mau berspeda disini!” katanya. Menurut beliau sangat jarang ada pesikal dari barat melalui kawasan ini dan belum pernah lagi beliau melihat pesikal bukan orang barat. Menurut beliau kami adalah yang pertama yang beliau jumpa.

IMG_6311

Bangunan diatas bukit itu adalah sebua sekolah dasar.

IMG_6310

Jalan berliku dan mendaki tiada hentinya

Kami kemudiannya meneruskan kayuhan kami. Pendakian masih berterusan. Naik, naik, naik, turun, naik, naik, turun, begitulah sepanjang hari. Setelah hampit lewat petang saya sudah mula bimbang. Tidak mungkin kami akan sempat sampai ke Blankejeren. Melihat pada tanda di batu jalan, Blang (sebutan orang tempatan) adalah sejauh 30km. Saya menasihati Wak untuk mula mencari tempat untuk bermalam sebelum hari gelap. Akhirnya kami tiba disebuah rumah makan yang agak jauh dari kampung terakhir yang kami lewati. Kedudukannya berada dilereng bukit dan puncak menyebabkan saya rasa teruja. Dikiri kanan rumah makan ini ada wakaf dan sebuah musollah. Rumah makan itu diusahakan oleh seorang wanita berusia awal 40an. Kami meminta kebenaran untuk bermalam disitu dan Alhamdulillah dia izinkan.

Seperti kebiasaannya, apabila menumpang tidur di rumah makan, kami akan membalas jasa baik tuan punya kedai dengan makan dikedainya. Tapi menurut kakak itu, suaminya tiada kerana pulang ke Banda Aceh, oleh kerana itu dia tidak buka pada waktu malam. Tetapi dia bersetuju untuk memasakkan nasi dan mee segera untuk kami. Sebelum hari gelap, Wak terus memasak untuk kami. Cuaca agak sejuk dan kami memutuskan untuk memasang khemah diwakaf untuk mengurangkan rasa sejuk. Saya pasti suhu akan bertambah sejuk menjelang subuh. Selain menguruskan rumah makan, keluarga itu juga mempunyai kedai menjual alat ganti motorsikal, menampal tayar lori dan juga menjual minyak petrol dan diesel. Kedudukanya berada agak jauh dari rumah penduduk lain.

Setelah makan, kami berehat-rehat sambil berbual dihadapan rumah makan tersebut sementara kakak itu mula mengemas kedainya untuk ditutup. Tiba-tiba, sebuah motor berhenti dihadapan kedai. Penunggang sama pemboncengnya turun dan mendekati kami. Penunggangnya terus menuju kearah saya dan berkata “Saya kenal kakak!”, berulang-ulang kali. Saya terpinga-pinga. Terus saya teka, “melalui FB?”. ” Iya lah! Saya memang tahu kakak mahu kemari. Melalui FB Backpacker Aceh. Tapi saya tak tahu kakak mahu tiba hari ini. Kedai ini punya mamak (emak) saya” ujarnya tersenyum lebar.

10426556_398780503602876_5403572666668067217_n

Wahyudi. What a surprise!

Ternyata Allah SWT itu sebaik-baik perancang. Kebetulan yang tidak terfikirkan. Nama beliau ialah Wahyudi berusia awal 20an dan bekerja sebagai renjer hutan Taman Negara Leuser. Selain menjadi renjer, beliau juga menjadi pemandu arah untuk mereka yang ingin mendaki gunung di kawasan taman negara ini termasuk Gunung Leuser (3,404m) dan Kemiri (3,314m). Untuk mendaki Leuser, seorang pendaki memerlukan 8 hari untuk mendaki dan 7 hari untuk turun! Bayangkan betapa tebalnya hutan dan tingginya gunung itu. Kepada yang berminat boleh la menghubungi beliau di +6281361225496, sebagai seorang ranjer, saya pasti perkhidmatan yang diberikan amat memuaskan.

Sedang asyik kami berbual, termasuklah kisah perjalanan kami dan pertemuan dengan Rahimi dan pakciknya yang mengaku sebagai Pawang Ketambe, tiba-tiba dua buah lori tangki minyak Pertamina berhenti dihadapan kedai. Menurut Wahyudi ianya lori yang membekalkan minyak kebeberapa buah stesen minyak di Blangkejeren. Bekalan minyak adalah dari Kutacane. Kelibat salah seorang dari kelendan lori tersebut seperti saya kenali. Sebaik sahaja saya mengenalinya, saya terus memandang Wak dan Abang Amer sambil tersenyum. Ternyata kelenden itu adalah Pawang Ketambe itu! Saya memberi isyarat mata kepada Wahyudi sambil berbisik, “Itu Pawang Ketambe!”.

Satu lagi kebetulan yang tidak disangka dan ianya sangat melucukan. Dia seakan-akan berpura-pura tidak mengenali kami dan mungkin juga berharap kami tidak mengenali beliau. Wak dengan selamba menegur, “Wah! Hebat kamu….sudah sampai disini ya!”. Tersipu-sipu dia membalas, “Iya, saya pantau lori-lori Pertamina ini” bilangnya tidak mahu mengalah. Kami hanya tersenyum dan pura-pura percaya. Setelah mereka berlalu pergi kami sambung perbualan kami sehingga jam 10 malam. Menurut Wahyudi rumahnya ini terletak di Gumpang Kecamatan Putri Betung. Nama Putri Betung itu ada kaitan dengan kerajaan purba Lingga dan menurut cerita rakyat, Putri Betung itu beribukan seekor gajah putih. Sekitar jam 11 malam kami pun masuk ke khemah masing-masing. Kepenatan dan suhu yang dingin, mudah sahaja untuk saya melelapkan mata dan tidur dengan nyenyak sehingga pagi.

Hasil dari pencarian saya dinternet, barulah saya tahu bahawa jumlah pendakian kami pada hari tersebut adalah sekurang-kurangnya 737m kerana Ketambe berada di ketinggian 439mdpl manakala Gumpang pula adalah 1,176mdpl. Patutlah suhunya terlalu sejuk.

Hari 5 (10 Dis) – Gumpang > Blangkejeren (kurang dari 30km, tiada maklumat tepat)

Saya bangun seawal jam 5 pagi untuk terus berkemas agar dapat bergerak seawal mungkin. Suhu pagi itu memang terlalu sejuk. Tidak mungkin saya mandi air gunung! Maka saya pun hanya menggosok gigi dan membersihkan badan lebih kurang sahaja. Sebaik sahaja hari mulai terang, kabus tebal menyelubungi. Pemandangan dari wakaf temoat kami berkhemah sangat mengagumkan. Tak habis-habis saya memuji kebesaranNya yang menjadikan alam ini. Saya rasa sangat bertuah kerana dapat menikmati pemandangan ini. Rumah makan kepunyaan ibu Wahyudi ini berlatarbelakangkan rangkaian pergunungan dan puncak Leuser dan Kimiri. Setelah mengambil gambar kenangan bersama Wahyudi, kami pun meneruskan perjalanan kami.

20141210_070342

Bergambar kenangan bersama Wahyudi di hadapan kedai dan kediaman keluargnya

20141210_070405

Pemandangan dibelakang rumah Wahyudi

20141210_070454

Pondok dimana kmi menumpang tidur

Memandangkan kedudukan kami sekarang diparas melebihi 1000m dari paras laut, kami seumpama berkayuh diatas awan. Subhanallah, Masyaallah tak putus-putus keluar dari mulut kami. Sungai-sungai kecil berjeram, bersih dan cantik banyak yg mengalir dari kawasan pergunungan masuk ke Sungai Kali Alas. Sawah padi terbentang luas dihiasi pondok-pondok kayu tempat rehat sang petani. Anak-anak kecil berlari-lari ke sekolah dan petani mula sibuk bekerja diladang masing-masing. Disepanjang jalan kita akan dapat lihat hasil tanaman atau ladang mereka yang dijemur ditepi jalan seperti buah keras, koko dan kopi. Kelihatan juga petani sedang memecahkan buah keras dengan sejenis peralatan dengan memukulnya ke batu atau lantai.

IMG_6315

Pemandangan yang mengagumkan di Putri Betung

20141210_071846

Jalan yang cantik

20141210_071900

Sesuai dengan namanya ‘negeri diatas awan’

20141210_071942

Terasa bagaikan berkayuh merentasi awan

20141210_071949

Wak dan Abang Amer

20141210_073123

Pemandangan yang sangat mendamaikan

20141210_073503

Sawah padi

Kami diberitahu untuk bersarapan di kampung terdekat kerana jarak antara kampung tersebut dengan kampung lain agak jauh. Dan mengikut Wahyudi, pendakian juga agak keras sebelum turunan sejauh 5km ke Blangkejeren. Wahyudi juga kurang pasti jarak sebenar ke Blangkejeren tetapi memberi anggaran sekitar 25 – 30km. Kali terakhir saya melihat tanda batu jalan semalam, Blang adalah sejauh 30km lagi. Jadi saya anggarkan mungkin masih ada sekurang-kurangnya 28km lagi.

Di kawasan pergunungan ini, perkampungan terletak dilembah-lembah. Untuk sampai ke satu-satu perkampungan itu, kita akan melalui jalan mendaki dan kemudian turunan masuk ke perkampungan. Jadi disetiap pendakian hampir tiada rumah penduduk. Kami harus bijak mengagak jumlah air yang perlu kami bawa. Tidak terlalu banyak hingga membebankan dan tidak terlalu sikit sehingga tidak cukup.

Abang Amer nampaknya terlebih bersemangat pagi ini. Beliau berkayuh agak jauh kehadapan. Tidak sempat saya memberitahu beliau untuk berhenti dimana-mana warung yang terdekat untuk bersarapan pagi. Saya mengambil keputusan untuk berhenti sahaja disebuah warung walau dia tidak kelihatan. Sekiranya dia tidak berpatah balik, saya akan bungkuskan makanan untuk dia. Tetapi pemilik warung makan itu berbaik hati meminjamkan motorsikalnya kepada Wak untuk menurut Abang Amer.

Pemilik warung itu adalah seorang wanita muda yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia. Menurutnya dia hanya bekerja selama 3 minggu dimana dia telah melarikan diri apabila majikannya (berbangsa Cina) cuba berniat tidak baik terhadap beliau. Cantik dan manis orangnya, tambah pula ketika itu dia baru berusia 19 tahun dan masih belum berkahwin. Dia telah melarikan diri ke balai polis dan minta dihantar pulang. Sebulan juga prosesnya untuk dia kembali ke Aceh. Setiap TKI (Tenaga Kerja Indonesia) yang berhadapan dengan masalah akan diberi bantuan untuk memulakan hidup baru ditempat asal mereka. Dia telah diberikan modal untuk memulakan perniagaan warung itu. Kini dia telahpun berkahwin dan dikurniakan seorang cahayamata dan berasa serik untuk merantau lagi.

20141210_075812

Wak sedang memerhatikan wanita yang pernah bekerja di Malaysia. Dia sedang memasak nasi goreng mengikut resepi Wak

Kami menghabiskan masa hampir satu jam disitu kerana saya menumpang mengecas power bank dan tab saya. Apabila berkembara begini, saya membawa dua power bank untuk memastikan semua peralatan saya seperti kamera dan handphone dapat dicas apabila tiada bekalan elektrik. Setelah itu kami meneruskan perjalan. Dikiri kanan jalan kelihatan penduduk menjemur hasil pertanian mereka seperti kopi, koko dan buah keras. Kelihatan juga mereka sedang memisahkan kulit kopi dari bijinya menggunakan mesin yang masih tradisional.

20141210_085052

Wak sedang memberi madu kepada Abang Amer sebagai sumber tenaga pantas

20141210_091556

Abang Amer berlatar belakangkan Sungai Kali Alas

20141210_090538

Seorang lelaki dari Takengon datang melawat ladangnya di Putri Betong. Beliau memberikn nombor telefonnya untuk kami hubungi sekiranya bermasalah

IMG_6322

Mesin pengisar kopi memisahkan biji kopi dari kulitnya

Sesekali kami perlu menempuh jalan yang rosak yang sedang diperbaiki akibat tanah longsor dan ada juga berbatu kerikil kerana didalam proses pelebaran. Ini memperlahankan lagi progres kami. Pendakian ranpa henti juga memaksa kami banyak berhenti rehat. Apabila matahari mula terik dan kayuhan bertambah perlahan kami ambil keputusan untuk berhenti rehat dan minum disebuah kedai.

Sebaik sahaja memasuki kedai tersebut, kelihatan seorang pemuda tempatan sedang membersihkan senapang. “Senapang?! Wahhh….seram juga ni!” kata saya dalam hati. Wak terus menyapa pemuda itu “Senapang angin ya?”. Dia mengangguk tersenyum. “Oh…senapang angin”, lega hati saya. “Apa tidak salah punya senapang angin disini?”, tanya Wak. “Ya tidaklah. Untuk tujuan menjaga tanaman dari hama ya gak apa-apa” katanya tersenyum. Hama itu bermaksud musuh tanaman seperti monyet dan babi hutan. Menurutnya harga senapang itu adalah sekitar 2 hingga 3 juta rupiah. Agak murah juga. Kami berbual dengannya hampir satu jam. Kami bertanyakan apakah haiwan yang boleh didapati dihutan ini dan apakah tiada larangan memburu. Menurutnya sebagai orang asal disitu mereka boleh memburu hampir apa sahaja untuk kegunaan sendiri kecuali harimau. Mereka sering memburu rusa, napuh, landak dan juga ayam hutan. Di sungai Kali Alas ini masih kaya dengan hasil ikan yang hampir pupus di Malaysia seperti ikan Kelah, Tengas dan Jelawat. Harganya masih lagi murah. Malangnya pada ketika ini, musim hujan dimana air terlalu keruh dan agak sukar untuk menangkap ikan-ikan itu. Tiada rezeki kami nampaknya. Beliau juga menunjukkan beberapa gambar hasil tangkapannya dari telefon bimbitnya termasuklah gambar ikan kelah sepanjang sedepa dan juga anak harimau yang telah termasuk dalam jerat rusa.

IMG_6324

Jambatan besi yang dibina merentasi sungai-sungai yang lebar

IMG_6325

Seorang lelaki sedang menservis senapang angin milik beliau

20141210_105231

Wak menggayakan senapang angin

Beliau juga turut bercerita tentang batu giyok. Nampaknya seluruh Gayo ini sedang dilanda demam batu giyok! Gayo menurutnya bukan sahaja kaya dengan batu giyok tapi juga emas, berlian dan lain-lain batu berharga. Salah seorang dari rakannya menunjukkan sebutir batu yang didakwanya berlian muda atau lebih dikenali sebagai batu kecubung air. Beliau menemuinya di sungai Kali Alas ketika sedang memancing. Cantik juga batu itu, berbucu tajam dan berkilau seperti berlian.

IMG_6327

Batu kecubung

Menurut orang kampung, Blang masih jauh iaitu kira-kira 1 jam perjalanan lagi sekiranya berkereta. Ini bermakna 4 jam untuk kami yang berbasikal atau mungkin lebih. Ketika kami berada dipuncak tertinggi, cuaca menjadi semakin gelap. Tidak lama kemudian hujan mula turun dan bertambah lebat. Tiada perkampungan disitu untuk kami berteduh. Dengan suhu yang sangat sejuk kami mencari-cari tempat yang selamat untuk berteduh. Setelah hampir 10 minit berhujan kami nampak sebuah pondok dilereng bukit itu. Nampaknya ada beberapa penunggang motorsikal berhenti berteduh disitu. Bersesak kami didalamnya. Mereka semua kehairanan melihat kami dan suasana didalam pondok tersebut agak canggung. Abang Amer seperti biasa, ramah membuka mulut untuk mula bercerita. Sambil menggulung rokok tembakaunya dia berbual dengan mereka. Seorang demi seorang mahu mencuba tembakau Abang Amer. Akhirnya satu pondok dipenuhi asap tembakau Abang Amer! Apabila hujan reda, tanpa menunggu berhenti, kami meneruskan perjalanan.

IMG_6330

Mendaki dan terus mendaki tanpa henti

IMG_6331

Kesan tanah runtuh

20141210_121117

Hutan tebal berhampiran Hutan Simpan Gunung Leuser

20141210_122844

Take 5

20141210_141757

patutlah disebut sebagai negeri seribu bukit!

Kawasan yang kami lalui ini agak lebat hutannya. Ia dikenali sebagai Kedah dan sememangnya terkenal dikalangan pencinta alam. Seperti Ketambe aktiviti yang biasa dilakukan ialah melihat orang hutan, jungle trekking dan rapid. Pemandangannya memang sangat luar biasa. Terdapat juga banyak kesan runtuhan tanah.

Setelah hampir 3 jam berhempas pulas mendaki didalam hujan dan terik matahari, kami melintasi sebuah pintu gerbang yang menunjukkan kami telah memasuki Kabupaten Blangkejeren. Saya menarik sedikit nafas lega. Pada ketika itu jam sudah menunjukkan hampir jam 2 petang. Tak jauh dari pintu gerbang tersebut kami boleh nampak bandar Blankejeren yang terletak disebuah lembah dari kejauhan. Tidak lama selepas itu kami mula menuruni jalan yang saya kira sejauh 5km! Seronok betul setelah penat mendaki tanpa henti.

20141210_134623

Masih banyak pendakian selepas ini. Wak samaikan sudah tak berbaju

Dari jauh saya nampak sebuah warung ditepi jalan. Memandangkan kami belum lagi makan tengah hari saya cadangkan untuk makan sahaja disitu. Lagipun sudah seharian saya tidak ke toilet! Seperti biasa, gerai itu juga hanya ada mee segera. Perut lapar, keletihan, apa lagi pilihan yg boleh dibuat? Saya pesan kepada pemilik warung (seorang wanita muda berusia pertengahan 20an) untuk meletakkan lebih sayur dalam mee saya. “Sebelum adik masak, boleh saya tumpang kamar kecilnya untuk buang air”. “Dikedai ni gak ada kak, tapi klu kakak mahu saya tunjukkan tempatnya”. Saya pun mengekori beliau sehingga kira-kira 200m dari kedainya. Saya terpinga kerana tidak kelihatan sebarang pondok yang layak dipanggil kamar kecil disitu. “Disini saja kak”. Beliau menunjuk ke arah aliran air bersih yang agak deras didalam sebuah lubang ditepi jalan. Mungkin perasan mata saya terbeliak agaknya, beliau kata “Usah bimbang kak, orang tak nampak….kakak masuk saja ke dalam”. Sekali lagi, apa lagi pilihan yang saya ada? Nekad kerana sudah tidak tahan menahan kencing, saya turun ke lubang itu. “Eh….betullah orang tak nampak” gumam saya setelah masuk dan mencangkung. Disebabkan aliran air yang deras, tempat itu bersih dan nampaknya memang tempat untuk membuang air kecil.

IMG_6340

Kebanyakkan penduduk masih menggunakan dapur kayu walaupun tong gas LPG mudh didapati

IMG_6337

Guni berisi serai wangi digolekkan dari atas kebawah untuk dismabut oleh isterinya

20141210_151843

toilet ditepi jalan yang diguna oleh saya

Setelah melepaskan hajat kecil itu, saya rasa seperti kanak-kanak nakal yang baru sahaja melakukan sesuatu yang dilarang! Sambil berjalan menuju ke warung saya menyanyi-nyanyi kecil. Hanya dengan membuang air kecil disitu, saya rasa bagaikan satu perasaan bebas, bebas dari kemodenan hidup dan bebas dari”‘dos and don’ts”. Kalau dalam bahasa English – “I feel silly!”. Sampai diwarung, adik itu tadi sudah mula memasak. Saya kedapur menjenguk beliau. Ternyata mereka masih memasak menggunakan dapur kayu. Sedang kami makan, tiba-tiba kedengaran suara melaung dari jauh. Adik itu tadi berlari keluar dan menuju ke lereng bukit tempat saya membuang air kecil tadi. Rupa-rupanya suaminya memanggil dia untuk menyambut guni-guni yang berisi daun serai wangi yang dia golekkan dari atas bukit. Seronok juga merakam saat-saat itu. Tiba-tiba saya terfikir, harap suami dia tidak nampak saya membuang air kecil tadi!

Setelah bertukar nama FB dengan adik itu, kami pun meneruskan perjalanan. Masih ada sedikit pendakian sebelum sampai ke kota Blangkejeren. Perkampungan disini sangat indah pemandangannya. Kira-kira jam 4 petang, kami pun sampai ke kota. Setelah beberapa hari berada dikawasan pendalaman, saya rasakan bagaikan rusa masuk kampung. Saya jadi rimas dengan kesesakan jalan dan orang ramai. Kami bertanyakan arah masjid raya kerana bercadang untuk bermalam disitu. Disepanjang perjalanan kelihatan ramai yang sibuk mengasah batu yang mereka percaya batu giyok atau solar yang menjadi kegilaan mereka sekarang. Sebaik tiba diperkarangan masjid, hati kami seakan tidak terpikat mahu bermalam disitu. Besar masjidnya tapi kelihatan kosong walaupun waktu sudah terlalu hampir dengan waktu Asar. Setelah berbincang, kami bersetuju untuk mencari penginapan murah. Saya sememangnya tidak merasa aman utk tidur dimasjid atau berkhemah dikawasan bandar. Akhirnya kami menginap disebuah hotel bernama Sara Juli yang terletak dijalan ke arah Subussalam. Harga penginapan adalah 100,000 rupiah satu malam. Bilik mandi dan tandas adalah dikongsi dan kemudahan didalam bilik sangat asas tanpa kipas mahupun penghawa dingin. Sejuk, tidak perlu semua itu.

Hotel tersebut adalah hotel dimana ramai kakitangan kerajaan menginap atas urusan rasmi. Ruang tidur dan ruang makan mereka adalah diasingkan dan agak istimewa. Tidak mengapa bagi kami kerana kami hanya menginap sekejap sahaja dan akan keluar seawal pagi untuk meneruskan perjalanan. Malam itu selepas mahgrib, kami keluar berjalan kaki untuk menikmati suasana kota Blangkejeren dimalam hari. Kami juga ingin menikmati makanan malam asli Gayo. Hery Santi, rakan dari Banda Aceh yang telah lama saya kenali sudah mula sibuk mengirimkan nombor telefon rakan-rakan di Takengon, Melabouh dan Biruen. Saya sendiri belum pasti arah mana yang akan kami ambil untuk ke Banda Aceh. Melihat pada pergerakkan kami yang telah lewat sehari dari yang dirancangkan. Saya pasti setiap perjalanan yang dirancang sehari, akan menjadi dua hari. Saya berkata kepada yang lain, semuanya bergantung pada bila kami boleh sampai ke Takengon.

Malam itu saya tidak dapat tidur lena. dinding bilik hotel yang hanya menggunakan kepingan kayu nipis tidak dapat menapis bunyi-bunyian dari bilik sebelah. Hotel itu juga merupakan persinggahan jurujual yang membawa van atau lori syarikat. Ada yang tiba agak lewat malam. Setiap pergerakan mereka dibilik sebelah dapat didengari dengan jelas. Ada juga yang berbual-bual dengan suara yang kuat sehingga memaksa wak menegur dengan suara yang keras “Eh! Orang nak tidur lah!”. Macam-macam bunyi, selepas satu, satu sehingga mengingatkan saya kepada cerita P. Ramlee – Seniman Bujang Lapuk! “Dia bunyi lagiiiii!”. Oh, saya rindukan tidur didalam khemah dipinggir kampung dan hutan!

IMG_6344

Kanak-kanak ini cuba menjual belut hasil tangkapan mereka kepada Wak

20141210_162336

Sebuah perkampungan yang kami lewati tadi

20141210_164503

Akhirnya kami sampai di Blangkejeren

20141210_170517

Kota Blangkejeren yang sibuk

IMG_6357

Seorang lelaki tua sedang membuat senduk kayu

IMG_6358

Sedang sibuk mengasah batu giyok

IMG_6363

Masjid Raya Blangkejeren. Sunyi

20141211_053847

Notis di hotel kami menginap

-bersambung~


Kayuhan Merentasi Negeri di atas Awan dan Seribu Bukit di Tanah Tinggi Gayo, Aceh – Blangkejeren ~ Takengon

$
0
0

 

Hari 6 (11 Dis) – Blangkejeren > Pantan Cuaca (berkayuh) 34km

                                Pantan Cuaca > Ise-ise (menyewa pick-up) 25km

Saya tidak sabar hendak meninggalkan hotel ini dan kota Blangkejeren. Setelah siap meletak dan mengikat semua beg saya pada basikal, saya bertanya pada Abang Amer di mana Wak Husaini. Saya tidak nampak kelibat beliau semenjak tadi. Abang Amer kata dia kurang pasti kerana beliau telah tiada dibilik semenjak Abang Amer terjaga dari tidur. Saya mengesyaki beliau pergi ke Masjid Raya untuk bersembahyang subuh. Melihat pada waktu yang sudah cerah, saya rasa beliau mendengar kuliah subuh yang kedengaran sayup dari jauh. Wak sudah mula gelisah kerana sepatutnya kami bergerak awal dan keluar sebaik sahaja selepas sembahyang subuh. Setelah hampir jam 7 pagi barulah Wak Husaini kembali ke hotel. Setelah melihat kami semua sudah sedia, beliau tergesa-gesa kembali kebilik untuk mengambil barang-barang beliau.

Pagi itu, saya katakan kepada Wak, saya mahu bersarapan pagi di kota ini. Saya mahu mencari sarapan pagi asli Gayo. Setelah puas berpusing-pusing kami memilih sebuah rumah makan yang menghidangkan makanan asli gayo. Abang Amer memilih pulut yang disirami sri kaya. Saya pula memilih pulut yang diletak kelapa parut, gula dan pisang goreng. Wak memilih sup kambing dan Wak Husaini pula memilih untuk makan nasi berlauk. Pulut itu sangat sedap sehingga Abang Amer makan bertambah. Saya pula berasa puas hati dapat makan selain dari mee segera!

20141211_065407

Pulut bersama hampas kelapa bergula dan pisang goreng menjadi pilihan saya

20141211_065415

Pulut bersama seri kaya pilihan Abang Amer

Kami meneruskan perjalanan menuju ke Takengon. Tidak pasti dimana kami akan bermalam. Menurut orang tempatan, perkampungan terakhir didalam kacamatan Gayo Lues adalah Ise-ise. Kalau mengikut perancangan asal, kami sepatutnya bermalam di Lumut, kira-kira 75km dari Balangkejeren. Apapun, kami akan cuba berkayuh sejauh mana yang boleh sebelum gelap. Sebaik sahaja meninggalkan kawasan kota, kami dihidangkan dengan pemandangan yang menakjubkan. Blangkejeren terletak disebuah lembah dimana terletaknya hulu Sungai Kali Alas. Sebuah delta yang subur dilitupi oleh hutan pine. Saya berasa seolah-olah berada disebuah negara barat seperti Kanada! Sangat menakjubkan bila melihat sawah padi bertingkat terbentang luas berlatarbelakangkan hutan pine. Jalan agak mendatar sejauh 10km. Abang Amer sekali lagi kelihatan bersemangat berkayuh dan meninggalkan kami agak jauh. Kami banyak berhenti mengambil gambar. Disepanjang laluan kami dapat lihat aktiviti bertani dan juga boleh kedengaran pengumuman dibuat melalui corong-corong pembesar suara dari pejabat kecil kerajaan mengenai pemeriksaan perubatan percuma pada hari tersebut.

20141211_073146

Serasa seperti di negara Eropah

20141211_080408

Jalan bertar yang baru siap dibina

20141211_084605

Abang Amer

IMG_6371

Hutan pine semakin menebal

Tiba-tiba saya nampak Abang Amer membonceng motorsikal dengan sesorang menuju kearah kami. Rupa-rupanya dia menumpang seorang ranjer kerana bimbang kami berhenti bersarapan atau minum seperti tempoh hari. Menurut Abang Amer beliau telah meninggalkan basikalnya ditepi jalan berdekatan dengan sebuah rumah yang sedang dibina secara gotong royong. Kami kemudiannya meneruskan perjalanan, manakala Abang Amer rehat sebentar melayan rokok tembakaunya bersama renjer tersebut. Setelah sampai ditempat dimana basikal Abang Amer ditinggalkan, beliau pun sampai bersama renjer itu. Kami berbual panjang dengannya. Saya sudah lupa akan nama beliau. Seorang renjer muda seperti Wahyudi juga. Menurut beliau tidak lama lagi kami akan memasuki kacamatan Rikit Gaib sebaik sahaja melintasi sebuah jambatan besi yang panjang melintasi Sungai Kali Alas. Rikit itu bermaksud jauh dan gaib pula bermakna hilang. Beliau menasihati kami untuk cuba sampai ke Pantan Cahaya dahulu, kerana menurut beliau Lumut masih jauh dan pendakian akan bertambah mencabar. Menurut beliau terdapat sebuah perkampungan terakhir di Pantan Cuaca, sebuah kampung yg berada di aras tertinggi dan terakhir sebelum pendakian yang paling curam menuju Ise-ise. Tiada perkampungan sejauh 25km dipuncak tertinggi di Lintas Gayo ini. Pada pendapat beliau adalah lebih baik berhenti disitu dan bermula esok sebelum menereuskan perjalanan ke Ise-ise.

IMG_6379

Renjer ini telah menumpangkan Abang Amer berpatah balik mencari kami

IMG_6383

Swis? Kanada?

Setelah berbual hampir setengah jam kami pun meneruskan perjalanan. Kiri dan kanan adalah sawah padi dan gunung ganang beseta hutan pine. Kelihatan petani bergotong royong mengerjakan sawah. Ketika kami berhenti untuk mengambil gambar, tiba-tiba merka melaung sesuatu kepada kami. Lama juga untuk kami fahami rupanya mereka fikir kami adalah wartawan. “Bilang sama pemerintah, sawah kami tiada air. Airnya datang dari sebelah sana tidak turun hingga ke mari. Beritahu ya…”, rayu mereka. Kami hanya membalas dengan perasaan hiba “Ia, akan kami ceritakan, moga ada yang menyampaikan kepada pemerintah”. Kemungkinan jalan raya yg dibina diantara sawah ini telah menyekat laluan air memasuki petak sawah mereka. Kerja-kerja sawah masih dilakukan secara manual dan gotong royong. Hanya sesekali terdapat pesawah yang menggunakan lembu atau kuda dan mesin bajak kecil seperti mesin rumput.

20141211_092107

Perkampungan dicelah lembah berhutan pine

20141211_092657

Penduduk kampung yang meminta bantuan kami

IMG_6395

Si ibu mengendong anak sambil memikul kayu api

IMG_6398

Sawah masih dikerjakan menggunakan tenaga manual dan kerbau

Dari kejauhan saya nampak struktur jambatan besi melintasi sungai. “Pasti ini jambatan yang dikatakan oleh renjer tadi”. Jambatan besi yang berbentuk seperti terowong itu seakan-akan menelan kami masuk kesatu dimensi yang lain. Ditambah pula dengan namanya yang agak eksotik – Rikit Gaib. Dibawah jambatan ini kelihatan petani sedang sibuk bercucuk tanam dan kami mula memasuki kawasan yang semakin tebal hutan pinenya. Saya menjadi semakin rasa teruja. Dihujung kampung, jalan mula mendaki. Jalannya pula sedang dibina, masih berbatu kerikil halus yang belum dimampatkan. Matahari pula sudah mula terik walaupun jam baru menunjukkan pukul 10 pagi. Saya lebih banyak menolak dari berkayuh. Tayar basikal saya yang cuma bersaiz 26 x 1.5 ternyata tidak mampu mencengkam jalan tersebut. Beberapa kali menggelongsor menyebabkan saya merasa lebih selamat menolak dari menunggang. Wak yang menggunakan tayar Deli buatan Indonesia gagah berkayuh. Sepanjang di laluan Gayo ini, tidak sekali pun dia menolak. Di kecuraman yang paling teruk pun beliau masih mampu berkayuh walau pun berhenti disetiap 200 – 500m.

IMG_6410

Jambatan besi yang membawa kami ke kecamatan Rikit Gaib

IMG_6414

Si ibu mengendong anaknya entah kemana

Sepanjang perjalanan itu, ada sahaja orang tempatan yang menegur kami. Kami telah disapa oleh seorang lelaki yang bekerja sebagai penyelia pembinaan jalan ini, dibawah WIKA sebuah agensi seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Kerja-kerja pembinaan jalan ini diberi kepada kontraktor anak tempatan mengikut kacamatan. Saya sudah lupa nama pemuda tersebut. Beliau mengakui bekas anggota GAM dan melahiekan rasa tidak puas hati bila segelintir orang mengaku sebagai anggota GAM dan melakukan jenayah hingga memburukkan nama GAM. “Jika ada yang mengaku anggota, akan ku suruh ikat matanya dalam bilik gelap, dan nah ku berikan AK14 yang dileraikan. Kalau benar dia anggota GAM, dia bisa memasng semula senjata itu tidak sampai semenit!” ujarnya dengan nada keras. Beliau juga melahirkan rasa tidak puas hati keatas pucuk pimpinan GAM yg setelah berakhirnya konflik ini rata-ratanya hidup senang di Jakarta dan luar negara. Manakala pejuang yang berjuang memegang senjata masih lagi dibelenggu masalah sosio ekonomi. Tiada pembelaan terhadapa ahli keluarga anggota yang terkorban semasa konflik. Walaupun merasa lega dengan berakhirnya konflik ini, beliau masih berasa kurang puas hati dengan bantuan kerajaan yang dianggap terlalu perlahan berbanding probinsi lain. Segala pembangunan yang kita lihat di Aceh adalah atas bantuan dari negara luar yang disalurkan semasa tragedi tsunami. Perasaan tidak puas hati memang jelas terpancar diwajahnya ketika bercerita. Wajah yang sudah melalui pelbagai konflik dari usia muda hingga sekarang.

IMG_6420

Perjalanan semakin sukar

IMG_6421

Bekas anggota GAM

Beliau banyak memberi nasihat dan tips berkenaan laluan kami ke Takengon. Jangan berkayuh hingga lewat petang/senja, jangan buang air kecil merata-rata dan jangan bawa minyak masak kerana bimbang akan binatang buas terutamanya beruang yang masih berkeliaran di kawasan pergunungan pine itu. Seram juga mendengarnya! Seperti renjer sebelum ini, beliau juga menasihati kami untuk berkayuh sehingga Pantan Cuaca, bermalam disitu sebelum meneruskan perjalanan ke Takengon. Setelah mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih kepada pemuda itu, kami pun meneruskan perjalanan. Ternyata perjalanan kami semakin mencabar. Pendakian curam tanpa henti dibawah terik mentari. Peluh mencurah-curah ketika saya bergelut menolak basikal saya yang sarat dengan beg. Namun begitu tidak sedikit pun ianya mematahkan semangat kami.

Semakin lama bekalan air kami semakin berkurangan. Air dari lereng bukit semakin berkurangan kami jumpa. Mungkin kerana kami sudah hampir sampai ke puncak. Akhirnya apa yang saya takuti terjadi. Kami kehabisan air! Tiada perkampungan apatah lagi kedai yang kami temui disepanjang perjalanan. Saya hanya bertawakkal agar ada orang yang lalu lalang untuk kami minta bantuan. Malangnya tak sekali pun ada orang yang lalu! Pancaran matahari yang sangat terik memaksa kami mencari perlindungan ditepi jalan dan tidur sebentar. Jam sudah menunjukkan hampir jam 1 tengah hari. Setelah berehat lebih sejam, saya mengejutkan rakan yang lain untuk meneruskan perjalanan. Bimbang kemalaman dijalan. Tidak jauh selepas itu, kami lihat ada pondok kanvas terletak disebelah kanan bahu jalan. Kami mencuba nasib unruk meminta bekalan air. Rupanya ia adalah khemah yang menempatkan pekerja pembinaan jalan disitu. Kelihatan bersama mereka adalah pemuda yang kami temui sebelum ini. Mereka menyuakan kami sebuah tong air yang mengandungi air yang diambil dari air mata air di lereng bukit. “Ambil semua. Kami boleh ambil lagi nanti”. Kata salah seorang dari mereka. “Mahu kopi, aku buatkan”, tambahnya lagi. Kami menolak kerana cuaca yang panas tidak mungkin kami mahu minum air panas. Setelah puas minum menghilangkan dahaga masing-masing, kami mengisi penuh semua botol air yang kami bawa. Setelah mengucapkan terima kasih, kami pun meneruskan perjalanan.

20141211_101924

Keindahan yang kadangkala melekakan kami dari kesukaran laluan ini

20141211_122805

Pokok cili tumbuh liar dan subur disepanjang jalan disini. Kami ambil sedikit untuk dimasak malam ini

20141211_123902

Curam! separuh nyawa mendaki jalan ini

 

10846389_399437283537198_4190549900455136680_n

Terserempak jemaah tabligh berjalan kaki dalam usaha berdakwah selama 4 bulan. Mereka dari Tanjung Balai sedang membawa bersama mereka buah nangka untuk makan malam

Sejam kemudian selepas berhempas pulas melawan graviti, kami akhirnya memasuki sebuah perkampungan. Kami yakin yang kami telah memasuki kacamatan Pantan Cuaca. Dihujung kampung kelihatan jalan akan mendaki semula. Saya merasakan ianya adalah perkampungan terakhir di Pantan Cuaca. Memandangkan jam sudah menunjukkan jam 3 petang, kami memutuskan untuk mencari kedai makan. Kami memilih sebuah warung yg kelihatan bersih dan mempunyai papan tanda. Satu Hati nama warung itu mengikut pada papan tandanya. Dari papan tamda itu juga, saya tahu nama kampung tersebut ialah Cane Baru. Pemiliknya seorang wanita muda yang kelihatan sarat mengandung. Kami memesan apa sahaja yang dia boleh masak melainkan mee segera! Kami sanggup menunggu beliau menyediakan sup bakso. Sejam juga menunggu, takpalah asalkan kami dapat makan selain mee segera. Selain kqmi, terdapat beberapa anak muda sedang mendengar lagu dan melayan internet diwarung tersebut. Saya bertanya pada mereka keadaan jalan menuju ke Lumut. Menurut mereka, jalan dari situ ke puncak tertinggi Pantan Cuaca adalah ditutup kerana kerja pembaikan dan pelebaran. Sebuah kejadian tanah longsor yang telah memutuskan perhubungan antara Takengon ke Pantan Cuaca telah berlaki pada Oktober lepas. Jalan itu hanya dibuka untuk lalulintas pada jam 12 – 2 pm dan 6 pm keatas.

IMG_6429

Gerai makan Satu Hati di Pantan Cuaca

IMG_6426

Pemilik warung berasal dari Jawa berkahwin dengan wanita Gayo yang memiliki tanah disitu. Isterinya juga sedang sarat mengandung anak pertama

IMG_6422

Kami meminta dia memasakkan kami apa sahaja asalkan bukan mee instant!

“Wah….macam mana ni?”, termangu sebentar mendengar penjelasan mereka. “Berapa pula jaraknya dari sini ke kampung yang terdekat?”. “Sekitar 25km kak, Ise-ise”, balas mereka. “25km itu mendaki terus kak, jalan rusak didalam hutan lagi. Ada satu tanjakkan itu, kalau motor gak kuat, pemboncengnya harus turun! Gak bisa naik”, sambungnya lagi. Nampaknya kami terpaksa mencari alternatif lain. Dengan rancangan asal yang sudah lewat dua hari, tidak mungkin kami boleh balik ke Tanjung Balai tepat pada waktunya. Setelah berbincang dengan yang lain, kami mengambil keputusan untuk menyewa kenderaan terus ke Ise-ise. Kami meminta pemuda yang ada disitu menolong kami mencari kenderaan yang sesuai. Setelah beberapa panggilan talifon dibuat, akhirnya mereka menawarkan sebuah pick-up untuk kami sewa.

Semetara menanti pick-up tersebut sampai, saya telah pergi ke sebuah kedai runcit yang berhampiran. Teringat akan pesanan renjer sebelum ini, Pantan Cuaca adalah pengeluar kopi yang terbaik. Rata-raya kopi gayo yanh dijual di Takengon itu adalah berasal dari daerah itu. Penjual kedai runcit itu adalah seorang nenek tua. “Kopi Gayo asli ada nek?”. “Ada, berapa mau?” balasnya. Melihatkan kopi tersebut adalah dalam bentuk pukal dan belum dibungkus, saya meminta beliau membuat bungkusan 250gm sebanyak 10 bungkus. Saya juga sangat tertarik dengan kayu manis sepanjang sekaki setiap satu. Harganya cuma 1,000 rupiah sebatang (tak sampai 30 sen). Saya juga tekah membeli sedikit bekalan makanan untuk dimasak. Setelah berpuas hati dengan hasil “shopping” saya itu, saya pun kembali ke warung Satu Hati dan mendapati pick-up tersebut telah sampai. Semua basikal dan barang kami sedang dimasukkan dan disusun. Setelah itu kami pun segera berangkat setelah mengucapkan terima kasih kepada pemilik warung dan pemuda-pemuda yang ada disitu.

20141211_151224

Mereka semua sedang mencuba tembakau Abang Amer

20141211_152932

Pick up yang kami sewa

Sebaik sahaja meninggalkan kampung tersebut, jalan terus mendaki curam menuju puncak. Pemandu memberhentikan kami di sebuah ‘view point’ yang menurutnya tempat tertinggi yang boleh nampak perkampungan. Saya merasa sangat kagum melihat keindahan Pantan Cuaca dari jauh. Sangat menakjubkan. Kemudiannya kami berhenti di pos pengawal. Jam baru menunjukkan pukul 5.00 petang. Satu jam lagi untuk dibuka kepada lalu lintas. Semasa menunggu kami sempat berbual dengan penduduk tempatan. Seperti biasa, tembakau Abang Amir diagih keliling. Kami berbual panjang dengan dua oranh pemuda asal Takengon. Mereka berdua membonceng sebuah motorsikal dengan membawa seekor ayam sabung. Menurut mereka, ayam itu mereka beli di Kutacane. Dari mereka berdua, banyak kami tahu tentang sejarah Linge dan asal usul suku Gayo. Mereka juga setuju dengan pendapat saya bahawa sejarah orang gayo ini tidam didokumentasikan untuk dirujuk generasi akan datang. Pemuda tersebut juga berjanji akan mencarikan kami penginapan di Ise-ise.

20141211_153654

Asalkan enjinnya masih bagus!

20141211_160629

Papan tanda notis penutupan jalan

IMG_6436

Sementara menanti jalan dibuka, kami berbual dengan penduduk tempatan. Kelihatan didalam gambar pemuda yang membantu kami di Ise-ise nanti (kedua-duanya meletakkan cermin mata hitam diatas kepala). Dapat dilihat disini, semua orang sedang mencuba tembakau Abang Amer

IMG_6430

Pemandangan dari puncak tertinggi Pantan Cuaca

Tepat jam 6 petang, jalan dibuka. Pick-up yang kami sewa telah menumpangkan beberapa guni kopi dari sebuah lori. Menurut pemandu, ada sebuah jalan yg terlalu mendaki yang tidak akan boleh didaki sekiranya lori tersebut tidak memindahkan sedikit kopinya ke kenderaan lain. Sebaik sahaja semua kenderaan mula bergerak, kabus tebal mula menyelubungi jalan. Sangat sejuk ditambah pula dengan hujan gerimis. Jalan bertanah merah dan sangat sempit dilereng gunung. Saya merasa agak cemas disepanjang perjalanan. Ternyata laluannya sangat curam dan sebaik sahaja melepasi laluan tercuram, guni kopi itu dipindahkan semula ke lori asal. Tak dapat saya bayangkan sekiranya kami berkayuh disini! Terlalu ekstrim dan ditambah denga hutan tebal. Kelihatan khemah biru dicelah2 lereng. “Apa itu?”, tanya saya kepada pemandu. “Pencari emas”, balasnya. “Ahhh….menyesal tak ambil gambar!”, marah ku pada diri sendiri.

Sebenarnya laluan ini agak bahaya dan kerap terjadi tanah longsor. Jalan ini baru sahaja diperbaiki dan dapat dilalui oleh kenderaan besar seperti kereta. Runtuhan terbaru yang telah memerangkap sekumpulan wartawan baru sahaja berlaku pada 24 November yang lepas. Dan sebenarnya dua lagi runtuhan telah berlaku selepas kami melalui kawasan itu iaitu pada 31 Disember dan dua hari berikutnya. Saya kira kami sangat bernasib baik kerana tiada terjadi runtuhan ketika melaluinya. Patutlah saya lihat pemandunya agak cemas disepanjang perjalanan itu. Pemandu itu sangat cermat dan mempunyai skil pemanduan yang sangat baik. Perjalanan yang hanya sejauh 25km itu mengambil masa 2 jam. Kami sampai di Ise-ise dalam kegelapan.

20141211_172659

Kopi yang ditumpangkan kedalam pick up sewa kami dipindahkan semula selepas melepasi puncak tertinggi

20141211_173326

Keadaan jalan yang rosak teruk dan dipenuhi jentera berat

20141211_173351

Jalan dihadapan itu muat-muat pick-up kami. Sebelah kanannya adalah gaung yang dalam

IMG_6444

Jambatan ini telah dibina semasa zaman penaklukan Jepun. Tahun 1970 adalah tahun dimana ia dibina semula

IMG_6443

Jambatan Tangsaran

20141211_175406

Ketinggian mencapai 2000 mdpl. Berkabus dan sangat sejuk

Setelah berbincang dan bersetuju dengan harga sewaan pick-up, pemandu itu pun beredar. Ise-ise adalah merupakan sebuah perkampungan terakhir di dalam kabupaten Gayo Lues. Ianya berada betul-betul disempadan Gayo Lues – Aceh Tengah. Hanya kelihatan beberapa buah gerai menjual makanan ringan, sebuah rumah makan dan masjid. Kelihatan juga sebuah sungai yang sangat deras dan cantik. Tiba-tiba muncul pemuda yang membawa ayam tadi. Rupa-rupanya beliau telah bertemu dengan Pak Dusun (ketua kampung) yang dikenali sebagai Pak Iskandar untuk dikenalkan dengan kami. Muda lagi Pak Dusun Iskandar itu. Pak Dusun berbaik hati membenarkan kami bermalam di sebuah musollah yang terletak di belakang masjid. Beliau telah membawa kami ke musollah tersebut yang merupakan tempat pengajian orang belajar agama. Musollah yang agak besar itu (pada asalnya sebuah masjid) terletak diatas sebuah kolam ikan di pinggir sungai.

IMG_6450

Berbual-bual dengan Pak Iskandar

 

20141212_051448

Musollah ini sangat luas dan selesa

Sambil Wak Husaini melayan Pak Dusun, kami yang lain sibuk membersihkan diri dan menyediakan bahan memasak. Di sebelah musollah ada sebuah pondok untuk memasak, tetapi peralatannya adalah dapur kayu. Jika guna dapur itu, tak tahulah bila kami boleh makan! Kami memilih untuk memasak menggunakan “portable mini stove” kami. Seperti baisa, Wak adalah tukang masaknya. Abang Amer bertugas sebagai pembantu dengan bersedia untuk menerima apa sahaja arahan sang chef Wak. Gelihati saya melihat gelagat mereka berdua. Kami meminta izin dari Pak Dusun untuk mengecaj handphone dan kamera kami. “Ya, silakan. Listrik disini adalah gratis”. Menurut Pak Dusun, perkampungan seramai 70 orang tersebut dibekalkan tenaga elektrik yang dijana sendiri menggunakan kuasa hydro sungai. Mereka hanya perlu membayar tidak sampai RM5 sebulan/setiap rumah untuk penyelenggaraan. Sebelum meninggalkan kami, Pak Dusun sempat menjemput kami untuk bersarapan dirumah beliau esok pagi. “Besok, saya kemari jemput kalian”, katanya. Malam itu saya dapat tidur nyenyak walaupun suhu agak sejuk. Bunyi aliran air sungai yang deras bagaikan dodoian bidadari ditelinga.

Pantan Cuaca sebenarnya terletak di ketinggian 1,600 ~ 1,900 mdpl. Sedangkan Blangkejeren berada di ketinggian 800 ~ 900 mdpl. Puncak tertinggi disepanjang Lintas Gayo adalah terletak disini iaitu diketinggian 1,983 mdpl. Jika dirujuk pada cycleroute.org, jumlah pendakian adalah sebanyak 1,600 m dalam jarak cuma 13 km. Kecuraman mencecah sehingga grade 25% dengan purata grade securam 12%. Nasib baik saya hanya mengetahui tentang kecuramannya setelah balik ke Malaysia. Jika sebelum, sudah pasti saya memilih untuk menyewa angkutan! Kadangkala adalah lebih baik tidak tahu dari tahu supaya kita tidak beralasan. Pasti akhirnya saya sendiri yang rugi.

 

Hari 7 (12 Dis) – Ise-ise > Gelampang Gading (lebih kurang 38 km)

IMG_6452

Musollah ini dibina diatas kolam ikan dan dihadapannya mengalir sungai Ise-ise yang sangat deras alirannya

20141212_064423

Rumah hydro yang membekalkan elektrik dikampung ini

IMG_6454

Bayaran tak sampai RM5 sebulan dikenakan keatas setiap rumah bagi penyelenggaraan mesin ini

Pagi itu setelah siap berkemas dan bersedia untuk meninggalkan Ise-ise, Pak Iskandar datang ke musollah seperti yang dijanjikan. Rumah beliau terletak betul-betul selari dengan pintu gerbang yang memisahkan Kabupaten Gayo Lues dan Aceh Tengah. Kecamatan pertama yang kami masuki di Aceh Tenagh ini adalah Linge. Rumah beliau terletak dikaki bukit. Menurut beliau, dia sekeluarga sedang bersiap sedia untuk berpindah kerana bimbangkan tanah runtuh yang sering terjadi terutama dimusim hujan sekarang ini. Rumahnya kosong tanpa perabut. Semuanya sudah dipindahkan ke rumah jiran. Pak Iskandar mempunyai seorang anak lelaki berusia 8 tahun dan anak perempaun berusia 4 tahun. Keduanya sedang asyik menonton Upin dan Ipin. Isterinya berusia tidak lebih 30 tahun sibuk menghidangkan kami kopi. Isterinya berasal dari Bandung. Saya bertanyakan pada Pak Iskandar, kenapa ramai orang Gayo berkahwin dengan orang liar terutamanya dari Jawa. Ini kerana, pasangan yang punya warung Satu Hati juga suaminya berasal dari Bandung. Menurut Pak Iskandar, orang gayo tidak digalakkan berkahwin dengan oranh sekampung. Oleh kerana itulah mereka kebanyakkannya merantau untuk mencari pekerjaan dan jodoh.

Pekerjaan utama Pak Iskandar ialah bertani dan mengusahakan ladang kopinya. Beliau meminta isterinya membungkuskan biji kopi yang disangan sendiri oleh isterinya kepada saya. Pemberian yang tidak ternilai harganya! Biji kopi ini disangan bersama biji koko. Setelah pulang ke Malaysia, saya telah mengisarnya sendiri. Rasa kopi asli ini ternyata jauh lebih sedap dari kopi yg sudah dicampur. Setelah minum kopi, kami meminta izin untuk berangkat. “Nanti dulu, makan dulu. Isteri saya lagi sedang masak didapur itu”, kata Pak Iskandar. “Wah, susah-susah saja Pak Iskandar ini” balas Wak. Padahal didalam hati kami gembira juga sebab berpeluang merasa masakan orang Gayo, di dalam rumah orang Gayo di tanah Gayo! Saya mengintai kedapur untuk melihat apa yang sedang dilakukan isterinya. Ternyata dia memasak menggunakan dapur kayu!

IMG_6470

Rumah Pak Iskandar, Pak Dusun kampung Ise-ise

IMG_6464

Wak Husaini, Abang Amer, Pak Iskandar dan Wak

IMG_6469

Biji kopi yang diproses sendiri oleh isteri Pak Iskandar. Buah tanga darinya buat kami

IMG_6465

Hidangan sederhana yang sangat menyelerakan

IMG_6461

Dapur kayu yang digunakan

IMG_6462

Anak-anak Pak Iskandar

Hidangannya sangat sederhana tapi cukup menyelerakan. Sayur kobis masak lemak dan telur ayam rebus masak kicap dengan kentang bersama nasi dari beras yang ditanam di tanah tinggi gayo ini. Kami bagaikan orang kelaparan menghabiskan semua lauk yang ada! Sebelum berpisah, kami telah memberi sedikit wang saguhati, gula-gula, jeli dan coklat kepada anak Pak Iskandar. Kami mmg membawa sedikit ‘jajan’ bersama kami untuk diberikan kepada kanak-kanak tempatan yang kami temui sepanjang perjalanan. Terasa berat untuk berpisah dengan Pak Iskandar dan keluarganya. Entah bila lagi kami akan bertemu. Keramahana dan kesederhanaan mereka sangat mengharukan. Kami bertukar-tukar nombor dan beliau berpesan untuk maklumkan pada dia sekiranya kami sampai di Takengon.

IMG_6458

Pintu gerbang sempadan antara Gayo Lues dan Aceh Tengah

 

Mengikut perancangan asal, hari ni sepatutnya kami mensasarkan untuk sampai ke Isaq, sebuah perkampungan kecil terletak kira-kira 30km dari Takengon. Tetapi melihat kepada keadaan jalan dan tahap kemampuan fizikal kami pada saat itu, saya pasti kami tidak mungkin mampu sampai ke Isaq, yang terletak kira-kira 64km dari Ise-ise.

Selepas berkayuh kira-kira sejam, kami melalui sebuah perkampungan bernama Lumut. Kalau mengikut plan perjalanan asal, kami sepatutnya bermalam disitu pada hari ke-5. Ianya sebuah perkampungan kecil dan terkenal dengan batu giyok (jade). Kelihatan penduduk kampung sedang bergotong royong mengadakan kenduri menyambut pengantin lelaki. Kelihatan sederhana tetapi meriah. Keadaan jalan bercampur diantara jalan bertar dan jalan berbatu kerikil yang masih dalam pembinaan. Sudahlah berbatu kerikil dan belum dimampatkan, jalannya juga sangat curam menyukarkan lagi perjalanan kami.

IMG_6472

Kambing dan anjing yang gemar duuk diatas jalan

IMG_6483

Motorsikal ini membawa daging lembu

IMG_6481

Kelihatan kesan kegiatan mencari batu giyok ditepi jalan

IMG_6476

Lelaki ini berjalan sambil melihat-lihat batu-batu ditepi jalan, manalah tau terjumpa batu giyok

IMG_6475

Jalan berbatu kerikil kasar. Menyukarkan kayuhan

IMG_6486

Pelamin pengantin di Lumut

IMG_6489

Kerja gotong royong membina khemah untuk tetamu

IMG_6488

Antara tetamu yang hadir

Sesudah melepasi kampung Lumut, jalan menjadi semakin sunyi. Sesekali kami bertembung dengan orang tempatan. Rata-ratanya agak hairan melihat kami lebih-lebih lagi saya yang sedang menolak basikal. Pelbagai ekspresi muka dapat dilihat dari mereka, dari kehairanan, terkejut dan “sudah tak ada kerja lain agaknya mereka ini”. Ada yang sanggup berhenti untuk memenuhi rasa ingin tahu mereka. Kebanyakkannya akan tanya satu soalan “Mengapa kemari, ke Gayo Lues?”. Soalan yang saya sendiri sukar nak jawab.

Sedang kami berhenti rehat berlindung dari terik mentari, seorang pakcik menaiki motorsikal menggalas senapang angin menghampiri kami. Seperti biasa, soalan yang dilontarkan adalah dari mana, ada apa, mengapa dan kemana. Wak memgambil kesempatan untuk mencuba senapang angin beliau. Pakcik itu tidak sedikit pun keberatan meminjamkan senapang angin tersebut malah mengisikan peluru (bebuli besi) dan menyuruh Wak menembak kearah sebuah pokok. Menurut pakcik itu, senapang tersebut dibeli dari Surabaya dengan harga 1.5juta Rupiah. Sangat murah dan buatannya juga sangat kemas dan cantik. Saya katakan padanya di Malaysia ianya adalah satu kesalahan memiliki senapang angin tanpa lesen. Dia kata, “Gak apa, beli saja senapangnya tapi gak usah bawa balik ke Malaysia, tinggalkan saja sama saya. Kapan-kapan mahu guna ya ambil”. Lambat juga saya mahu memahami gurauannya. Setelah faham, beliau mentertawakan saya!

20141212_082006

Keadaan jalan selepas Lumut

20141212_091059

Wak sedang mencuba senapang angin

20141212_091532

Pakcik ini sedang menunjukkan cara yang betul untuk mengepam senapang ini

Sepanjang perjalanan dapat dilihat kesan-kesan kerja mencari batu giyok menggunakan alat pengasingan yang dibuat sendiri. Beberapa kali kami bertembung dengan lelaki yang berjalan berseorangan dijalan yang sunyi sambil melihat-lihat kekiri dan kanan jalan. Bila ditanya, cari batu giyok jawabnya. Ada juga yang membawa parang, cuak juga hendak melalui sebelahnya, maklumlah jalan sunyi dan beliau bersenjata.

IMG_6491

Seorang lelaki berjalan sambil membawa sebilah parang. Cuak juga. Bila ditanya, cari batu giyok katanya

Apabila jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari, kami mula mencari tempat yang sesuai untuk berehat dan masjid untuk membolehkan Wak dan yang lain mengerjakan sembahyang jumaat. Setelah selesai, kami pun meneruska perjalanan dan berhenti disebuah kedai untuk makan. Kami meminta tuan kedai memasak nasi goreng untuk kami. Memandangkan beliau tidak memasak nasi, kami terpaksa menunggu hampir dua jam untuk beliau memasak nasi dan menyiapkan nasi goreng. Sedang kami makan, tiba-tiba terlihat seorang pemuda bermotorsikal berhenti dan menghampiri kami. Wahyudi rupanya! Beliau dalam perjalanan ke Takengon untuk bertugas sebagai guide untuk sekumpulan pendaki dari Medan. Beliau menasihati kami untuk berhenti dikampung terakhir kami temui sebelum malam. Menurut beliau, sudah tidak banyak kampung sesudah ini. Perjalanan ke Isaq mungkin lagi 25km katanya. Pada waktu itu jam sudah menunjukkan hampir pukul 3 petang. Setelah selesai makan kami pun segera meneruskan perjalanan.

anak giyok

Kanak-kanak pun terkena demam batu giyok!

Semakin lama saya rasa perjalanan semakin getir. Tak pasti adakah kerana jalan-jalan tersebut semakin curam dan panjang pendakiannya atau kerana faktor fizikal, badan sudah terlalu letih menghadapi pendakian tanpa henti semenjak 5 hari yang lepas. Saya rasa kaki ini bagaikan sudah tidak mampu menekan pedal. Saya sudah tidak mahu memaksa kaki ini lagi. Makanya saya lebih banyak menolak basikal berbanding mengayuh. Begitu juga dengan abang Amer dan Wak Husaini. Hanya Wak masih bertahan mengayuh inci ke inci. Hari semakin lewat, tak satupun kampung kami temui semenjak meninggalkan kampung yanh terakhir.

IMG_6500

Tak pasti pintu gerbang apa ini

IMG_6498

Monumen?

IMG_6494

Panas terik biarpun suhu dingin

 

20141212_094025

Jalan sedang dilebarkan

20141212_104824

Mendaki dipermukaan batu kerikil yang longgar

20141212_102804

Tolak adalah lebih baik dari berisiko untuk jatuh

20141212_094723

Tidak habis-habis laluan ini sungguhpun indah sangat mendera fizikal dan mental

Saya lihat Abang Amer bagaikan sudah berputus asa, dan beberapa kali menyuarakan hasrat untuk menahan kenderaan. Saya berasa simpati dengannya tapi dalam masa yang sama saya enggan menyerah. Saya pujuk dia dan hati sendiri, “Dah tak jauh bang, kalau lihat tanda jalan kita dah kayuh hampir 25km, tak lama lagi sampailah”. Beberapa kali berselisih denga orang tempatan saya akan berteriak “Jauh lagikah kampung didepan?”. Balas mereka, “Gak jauh…dikit lagi”. Kali pertama saya percaya, tetapi setelah berpuluh kilometer berkayuh, saya enggan percaya lagi dan berhenti bertanya!

 

Hari sudah menjelang gelap, saya sudah mula risau. Jalan masih tidak berhenti mendaki. Hutan pine semakin tebal dan apa yang paling saya bimbangi sedang terjadi. Masih tidak kelihatan kampung. Hanya Wak dan Wak Husaini yang mempunyai lampu basikal. Kami tidak bersedia untuk berkayuh malam. Walaupun saya punya lampu didalam beg, tidam sekali pun saya berani berhenti untuk mengeluarkannya. Bimbang diterkam binatang buas. Mulalah kata-kata pesanan dari bekas anggota GAM terngiang-ngiang ditelinga. Bagaimana kalau kami terserempak dengan beruang?!

Didalam kegelapan tiba-tiba kelihatan satu lembaga hitam ditepi jalan. “Ya Allah! Takkan beruang!” jerit ku dalam hati. Wak menyuluh kearah lembaga itu. Mendengus dan bergerak! Rupanya seekor lembu! Lega rasanya tapi ketakutan masih belum reda. Beberapa kali Abang Amer kata dia nampak lampu dihadapan. Rupanya hanyalah lampu basikal Wak. Sesekali saya terhidu bau wangi. Untuk menyedapkan hati saya anggap kami sudah hampir dengan perkampungan. Sekali lagi Abang Amer kata dia nampak lampu. “Sudahlah! Berhenti berharap! Ilusi Abang Amer jer tu”, rungut saya. “Ya Ija, lampu tu nampak statik. Tak bergerak!”. Semakin lama semakin hampir, semakin kami pasti ia adalah lampu dari sebuah rumah.

Ternyata ia adalah lampu dari sebuah warung. Pemilik warung kelihatan agak terkejut melihat kami yang tiba-tiba keluar dari kegelapan malam. Saya tanyakan padanya “Kak, jauhkah lagi kampung?”. “Sudah gak jauh, sekitar setengah jam perjalanan dengan mobil. Mau kemana kak?”, tanyanya kembali. “Isaq” jawab saya ringkas. “kalau Isaq itu jauh banget lagi!”. “Dah lebih 30km berkayuh masih tak sampai Isaq!”, rungutku dalam hati. Kampung terhampir masih jauh apatah lagi Isaq. “Tidur saja disini” kata kakak itu, mungkin memahami rungutan hatiku.

Ternyata kawasan itu hanya ada dua warung, sebuah musollah dan sebuah rumah kongsi yang didiami oleh pekerja pembinaan jalan. Tanpa ada pilihan lain, kami meminta kebenaran dari kakak itu untuk menumpang tidur di musollah dan mandi dikamar mandinya. Melirik pada jam di tablet saya, barulah saya tahu sekarang sudah jam 8 malam. Hampir sejam kami berkayuh dalam gelap. Abang Azmer dan Wak Husaini kelihatan sangat keletihan. Kami terus memesan makanan diwarung tersebut sebelum membersihkan diri. Kakak itu juga berbaik hati membenarkan kami mengecas semua peralatan kami didalam kedainya. Berhampiran warung kakak ini terdapat sebuah papan tanda yang tertulis Gelampang Gading, nama tempat ini.

Kamar mandinya sangat asas. Tidak berbumbung dan hanya berdindingkan zink. Pintunya pula hanyalah plastik baja. Air yang disalurkan pula adalah dari anak sungai. Berada di ketinggian lebih kirang 1,000 mdpl menyebabkan suhu air tersebut sangat dingin! Saya terpaksa mandi juga dengan air sedingin ais itu kerana sudah seharian berpeluh dan telah tidak membasuh rambut selama dua hari. Tiada bekalan elektrik menyebabkan saya rasa selamat untuk mandi ditempat yang agak terbuka itu. Dalam kegelapan malam sempat juga saya membasuh pakaian yang saya pakai pada hari tersebut.

Cuaca sejuk memaksa kami memasang khemah walaupun pondok musollah itu sebenarnya cukup selesa untuk tidur hanya dengan ‘sleeping bag’. Saya rasa dalam masa beberapa minit sahaja saya telah tertidur dengan lenanya. Tapi sekitar jam 3 pagi tidur kami terganggu dengan bunyi loceng. Pada mulanya saya sangka ada orang yang bermain-main dengan loceng basikal kami. Wak mengintai ke luar khemah. Rupanya terdapat sekumpulan lembu yang dipasangkan loceng dilehernya sedang merayau-rayau berhampiran khemah kami. Agak lama juga lembu-lembu itu disitu sebelum berlalu pergi.

Kebanyakkan lembu disini dipasngkan loceng dileher, pada mulanya kami fikir, ia bagi membolehkan tuan punya lembi senang mengesan lembu mereka yang merayau berhampiran hutan pine disitu. Hanya setelah rakan yang pulang dari Jepun barulah kami tahu. Beliau menceritakan bahawa semasa beliau bertrekking di Jepun, beliau diberikan sebuah loceng kecil dan dikehendaki sentiasa membunyikannya. Dan apabila sampai ke check point tertentu perlu membunyikan loceng besar. Ini adalah kerana menurut penduduk tempatan, beruang takut akan bunyi loceng. Jadi dapatlah saya simpulkan lembu-lembu tersebut dipakaikan loceng bagi mengelakkan menjadi mangsa beruang yang memang terdapat dihutan pine disitu. Kalau kami tahu dari awal kami akan bunyikan loceng sepanjang kami mengayuh dalam kegelapan! Menurut abang Amer pula, dalam kegelapan itu, dia teringat ada membawa minyak masak. Untuk melegaka perasaan takutnya, dia meletakkan helmet pada leher, katanya “Binatang buaskan menerkam leher! Kalau letak helmet, taklah dia dapat baham leher aku…”. Berdekah-dekah kami ketawa dengan teorinya itu.

 

Hari 8 (13 Dis) – Gelampang Gading> Isaq (lebih kurang 21 km)

                                 Isaq > Takengon (menaiki bas sejauh 36km)

Sambil kami mengemas khemah dan barangan kami, saya sempat memesan sarapan pagi di warung. Kakak tersebut telah membuka kedainya seawal jam 6 pagi. Saya merasa lega kerana semua peralatan kami telah didapam kedai kakak itu semalaman. Diwarung tersebut terdapat dua ekor anjing yang selalu mengekori kami. Anjing ini kelihatan seperti anjing liar dan berwarna sama dengan kebanyakkan anjing didaerah ini iaitu coklat bercoreng dengan warna hitam.

20141213_063339

Anjing liar

20141213_063402

Tempat kami bermalam malam tadi

Pada ketika itu kami tidak pasti langsung jarak perjalanan hari ini ke Isaq. Menurut kakak itu, sekitar sejam perjalanan menggunakan motorsikal. Dari situ saya boleh mengagak kami akan berkayuh lebih 4 jam. Kami juga telah berbincang san mengambil keputusan untuk mengambil kenderaan dari Isaq ke Takengon. Pertamanya kami sudah lewat 2 hari dari perancangan asal dan seorang kawan Santi iaitu Pak Hanapiah sudah menanti kami di Takengon. Saya sudah menerima pesanan ringkas dari beliau yang mengharapkan kami tiba pada hari ini.

Setelah mengucapkan terima kasih diatas layanan kakak diwarung itu, kami pun memulakan perjalanan. Dari situ, hutan pine semakin cantik. Kelihatan sawah padi bertingkat-tingkat berlatarbelakangkan hutan pine. Gabungan yang agak pelik tetapi mengagumkan. Jeram deras mengalir disebelah kiri jalan. Saya tidak pasti nama sungai tersebut. Saya bertekad untuk berhenti dan mencelupkan kaki ke dalam sungai tersebut. Jalan masih lagi banyak yang didalam pembinaan dan rosak.

20141213_080323

Hutan pine dikiri kanan jalan

20141213_081807

Indah bukan?

20141213_083249

Saya tak pasti nama sungai ini

20141213_083256

Diantara laluan kegemaran saya

20141213_104434

Salah sebuah perkampungan yang kami lalui, Penduduknya bercakap bahasa jawa

20141213_121111

Wak sedang membasuh muka di air mata air

20141213_121945

Sawah padi berlatar belakangkan hutan pine

Kami telah berhenti disebuah kedai runcit untuk membeli bekalan air mineral dan juga air sejuk. Didepan kedai itu kaum ibu sekitar 10 orang sedang sibuk melihat pakaian-pakaian yang dijual oleh seorang penjaja wanita. Pakaian tersebut kelihatannya datang dari Bandung. Kami dengar mereka berbual didalam bahasa jawa. Wak tanyakan kepada mereka bukankah mereka orang Gayo, kenapa pula bercakap dalam bahasa jawa. Menurut salah seorang dari mereka, kebanyakkan orang Gayo menikahi orang Jawa dari Tanah Jawa. Kerana itu ada dikalangan mereka yang memang orang Gayo boleh berbahasa Jawa. Saya juga ikut melihat-lihat pakaian tersebut. Agak murah, kalaulah saya bawa kereta, mungkin saja saya beli!

Kami kemudiannya meneruskan perjalanan. Saya memesan mereka yang dihadapan untuk meninjau-ninjau lokasi sesuai untuk berhenti rehat disungai. Agak sukar juga memilih tempat kerana kebanyakkan jalan adalah lebih tinggi dari tebing sungai. Ini bermakna kami terpaksa meninggalkan basikal tanpa pengawasan. Tiba-tiba saya lihat ada suatu kawasan yg agak rendah dan meninjau tempat tersebut. Ternyata ianya sesuai tapi saya tinggalkan sahaja basikal tetapi ditempat yang agak tersorok. Air sungainya sangat sejuk dan bersih. Dikelilingi hutan pine membuat saya rasa berada disebatang sungai yang terletak dinegara Eropah! Saya telah merendam kaki, mencuci muka dan membersihkan beberapa peralatan dan pakaian disungai tersebut. Setelah berehat hampir sejam, kami pun meneruskan perjalanan.

20141213_124050

Abang Amer sedang berehat di sebatang sungai

Sesekali kami berhenti untuk mengambil gambar dan melihat-lihat aktiviti penduduk tempatan. Tidak lama kemudian kami sampai kesebuah pekan kecil. Saya yakin ianya Isaq. Kami berhenti seketika disebuah kedai runcit untuk membeli air dan saya bertanya pada penjaga kedai nama tempat ini. “Isaq kak”, katanya. Saya menarik nafas lega. “Apa ada bas ke Takengon dik?”, tanyaku lagi. “Bas pagi-pagi tadi kak”, balasnya. “Ah..kacau…takkan nak kena bermalam disini.” rungutku dalam hati. Aku mengajak yang lain untuk mencari kedai makan memandangkan jam sudah menunjukkan jam 1 tengah hari.

Pekan kecil itu kelihatan biasa sahaja dan tidak kelihatan penting. “Betulkah ada bas yang melalui pekan ni?”, kataku dalam hati. Tanggapan saya salah sama sekali. Sekembalinya saya ke Malaysia dan membuat kajian mengenai nama tempat, kampung dan pekan-pekan yang kami lalui barulah saya tahu ianya merupakan pusat atau kota bagi Kecamatan Linge yang terletak di dalam Kabupaten Aceh Tengah. Ianya merupakan kecamatan terbesar di Aceh Tengah dan sarat dengan kesan-kesan sejarah kerajaan kuno di Aceh iaitu kerajaan Linge yang wujud sejak tahun 1025 masehi (416 hijrah) dengan raja pertama mereka Adi Genali. Ianya mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan Johor dan Melaka pada waktu serangan Portugis keatas Melaka. Ia juga mempunyai matawang sendiri yanh diperbuat dari emas dipanggil Pa.

Kami memilih sebuah kedai yang terletak dipersimpangan jalan besar. Sebaik sahaja kami masuk kedalam kedai, sebuah bas (mini bus) telah berhenti tepat didepan kedai makan tersebut. Saya betanya, “Ke mana pak?”. “Takengon”, balasnya. Wak telah berbincang dengan pemandu untuk membawa kami ke Takengon. Pemandu bersetuju untuk membawa kami dan juga setuju untuk menunggu kami makan tengah hari sebelum melanjutkan perjalanan.

20141213_143824

Bas yang kami naiki dari Isaq ke Takengon

Setelah itu, pemandu dan kelendannya mula menaikkan basikal kami keatas bas. Sambil itu, beliau menceritakan bahawa banyak pesikal barat juga menaiki kenderaan unyuk ke Takengon. Menurutnya, jalan ke Takengon dari Isaq adalah pendakian curam sepanjang 15km sebelim penurunan yang curam juga sejauh 15km. Pendakian bermula terus sebaik sahaja kami melepasi simpang tiga dikedai makan tadi. Mula kelihatan pokok-pokok kopi dilereng-lereng bukit. Jalannya ternyata memang sangat curam. Saya percaya secara puratanya melebihi gred 12%. Sekiranya berkayuh, pastinya kami memerlukan satu hari lagi tambahan. Pendakian 15km secara terus dengan gred kecuraman sebegitu pasti mengambil masa lebin separuh hari untuk dihabiskan.

Sebaik sahaja sampai kepuncak (1,900++ mdpl), jalan mula menjunam turun. Memang sangat curam sehinggakan pemandu terpaksa kerap menekan brek anginnya. Agak cemas juga saya. Membayangkan menuruni curaman ini denga berbasikal dan bebanan! Pasti sangat berbahaya! Kelihatan dari atas pemandangan yang menakjubkan iaitu kawasan sawah padi yang terbentang luas dikaki gunung. Saya sudah memberi pesanan ringkas melalui telefon bimbit kepada Pak Hanafiah yang kami sudah pun menghampiri Takengon. Beliau membalas dan meminta kami tunggu di sebuan jambatan besi dipersimpangan ke Danau Laut Tawar dan Takengon.

Sebelum memasuki Takengon, kenderaan awam ini perlulah menghantar setiap penumpangnya ke destinasi terakhir mereka. Hampir sejam mengelilingi pinggiran kota Takengon. Kami berpeluang melihat gelanggang lumba kuda yang sangat terkenal di Takengon iaitu Lapangan Blang Bebangka Pegasing atau juga dikenali sebagai Lapangan Muhamad Hasan Gayo Pegasing. Lapangan ini adalah sepanjang 1.5km berbentuk oval dan boleh memuatkan seramai 300 pelumba. Acara lumba kuda ini dikenali sebagai Pacu Kuda Tradisional Gayo dimana joki menunggang tanpa pelana dan biasanya terdiri dari kanak-kanak sekolah dasar (kalau di Malaysia sekolah rendah).

20141213_160306

Lapangan lumba kuda dari jauh

20141213_160417

Seekor kuda yang sedang dilatih

Acara ini diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun di Pegasing iaitu pada hari ulang tahun Takengon dan juga hari kemerdekaan Republik Indonesia. Panjang sejarah bermulanya tradisi ini yang pada asalnya diadakan sempena musim ‘panen’ atau menuai padi. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan sejarah pacu kuda ini, bolehlah Google. Sepanjang perjalanan ke Takengon dapat kami lihat kuda-kuda sedang dilatih. Menurut pemandu bas. Ini adalah kerana sebuah pertandingan akan diadakan didalam bulan February.

Kami tiba dipersimpangan yang dijanjikan dengan Pak Hanapiah pada jam 4 petang. Setelah selesai membayar tambang sebanyak 30,000 rupiah setiap orang bersama basikal. Agak terkejut saya kerana pada tanggapan saya terlalu murah dengan perjalanan yang agak sukar. Semasa kami sedang sibuk memasang semula beg panniee ke basikal, Pak Hanapiah pun tiba dengan berbasikal. Setelah mengenalkan diri masing-masing, kami pun meneruskan perjalanan ke Danau Laut Tawar. Sebuah danau yang terletak kira-kira 1,200 mdpl. Saya telah tahu mengenai danau ini sekian lama dan saya tidak menyangka bahawa hari ini saya akan sampai ke danau ini dengan berbasikal.

20141213_165916

Wak Husaini sedang menikmati pemandangan Danau Laut Tawar

20141213_171229

Bersama Pak Hanapiah

Pak Hanapiah membawa kami kesebuah hotel dipinggiran danau. Saya menolak dengan baik dan mengatakan padanya kami lebih berminat untuk beemalam dimasjid atau musollah. Dia bersetuju dan membawa kami kesebuah perkampungan yang beranam One One (disebut mengikut ejaan bukan dibaca sebagai nombor 1 dalam bahasa English). Kami dapati masjidnya benar-benar berada dipinggiran danau dan masih belum siap sepenuhnya. Memandangkan tiada jemaah didalam masjid, kami memgambil keputusan untuk minum petang bersama Pak Hanapiah disebuah kedai makan. Menurut Pak Hanapiah, kedai itu sering dikunjungi oleh pesikal-pesikal sekitar Takengon. Kedai itu juga menyediakan menu ikan bakar dan masakan Asam Ke’eng iaitu sejenis masakan asli masyarakat Aceh yang hampir sama dengan Asam Pedas di Malaysia.

Setelah hampir masuk waktu maghrib, kami pun berpisah dengan Pak Hanapiah. Kaminterus ke masjid tersebut dan menunggu jemaah tiba. Tidak lama kemudian, beberapa jemaah mula hadir dan Bilal mula melaungkan azan. Setelah selesai bersembahyang jemaah bersama, Wak bersama Abang Amer dan Wak Husaini berjumpa dengan imam masjid dan meminta kebenaran. Alhamdulillah diizinkan dan kami dibenarkan untuk tidur didalam masjid. Memandangkan beranda terbuka dan separuh siap masjid tersebut menganjur ke tasik, sudah tentulah kami lebih berminat untuk memasang khemah dan tidur disitu. Imam agak keberatan kerana tidak mahu dianggap tidak melayan tetamu dengan batul tapi akhirnya membenarkan setelah kami terangkan niat kami. Cuma imam berpesan sebagai orang luar kamimdilarang mandi didalam tasik kerana hampir setiap tahun ada saja korban yang terdiri dari orang luar. Menurutnya tasik ini dalam seolah tiada dasarnya. Terdapat juga mitos mengatakan tasik itu mempunyai entiti paranormal yang berbentuk tikar yang akan terapung didalam tasik. Sekiranya seseorang cuba mengambilnya, mangsa akan ditarik dan digulung oleh tikar tersebut. Suhu air tasik sangat sejuk, janganlah risau, saya tidak akan mandi dalam tasik itu!

Suhu diwaktu malam di Danau Laut Tawar adalah sangat sejuk. Kami memasang khemah di luar masjid menghadap tasik. Mana mungkin saya menukar saat ini dengan hotel mewah! Dari siang tadi kamintelah membuat keputusan untuk berehat selama dua malam disini untuk proses “recovery”. Setelah selesai membersihkan diri dibilik air masjid (air yang dibekalkan adalah dipam dari danau), kami pun pergi ke kedai makan siang tadi. Kami yang kelaparan telah memesan ikan emas (sejenis talapia) bakar sebanyak tiga ekor dan sayur pucuk labu (hanya itu sahaja sayur yang ada). Ikan adalah segar, hanya akan sitangkap san sisiang setelah menerima pesanan dari kita. Sedap! Sangat sedap, itu sahaja yang dapat saya katakan. Sampai sekarang saya teringat-ingat akan rasanya.

20141213_190625

Setelah di tempah barulah ikan ditngkap dan dibakar

20141213_193954

Semua ini bersama nasi dan 4 botol air mineral cuma 100,000 rupiah

Sedang asyik kami menikmati makan malam tersebut, tiba-tiba kedengaran suara perempuan menangis sayup-sayup dibelakang kedai. Saya lihat beberapa pekerja kedai itu cemas. Saya tanyakan kepada mereka siapa sebenarnya menangis dan kenapa. Menurut mereka salah seorang pekerja perempuan telah ‘dirasuk’. Alamak! Meremang terus bulu roma mendengarnya. Kedengaran suara tangisnya sayu. Kami berikan kurma nabi yang ada kami bawa bersama. Kami sememangnya lebih gemar membawa kurma, madu dan kismis ketika berbasikal kerana kami tidak sukakan power bar dan lain-lain makanan tambahan modern. Jumlah makan malam kami pada malam tersebut adalah cuma 100,000 rupiah. Sangat murah! Abang Amer kata, “macam ni tiap-tiap malam makan ikan bakar pun mampu!”.

Sesampai kami di masjid (jarak kedai makan dan masjid tak sampai 200m), saya dapati tempat kami berkhemah dikerumuni beberapa orang kanak-kanak. Sebaik sahaja melihat kami beberapa orang dari mereka telah lari. Namun begitu ada dua orang kanak-kanak lelaki menghampiri saya dan bertanya, “Kakak, apa benar kakak dari Malaysia?”. “Benar”, balas saya sambil mengangguk-angguk. “Jika benar, ayok, coba ngomong kayak Upin & Ipin!”. “Kakak datang dari Malaysia menaiki basikal. Adik-adik kenal dengan Upin dan Ipin?” kataku sambil tergelak. “Nahhhh kan benar mereka dari Malaysia!”, jerit salah seorang dari mereka. Terus mereka berlari mengelilingi khemah sambil menyebut semua karakter siri animasi Upin dan Ipin, skrip-skrip animasi tersebut dan diselang seli dengan nyanyian Boiboiboy! Sememangnya kanak-kanak di Indonesia sangat menggemari animasi dari Malaysia. Mereka menontonnya hampir setiap masa. Kerana keletihan saya mengelak untuk melayan kanak-kanak itu dengan masuk kedalam khemah. Lama juga mereka menyanyi sambil mengelilingi khemah kami. Akhirnya mereka pergi dan saya pun tidur dengan lenanya walaupun suhu sangat sejuk.

Itulah tidur yang paling nyenyak selepas beberapa hari berkayuh tanpa hari rehat. Oleh kerana besok merupakan hari rehat kami, saya merasa lega kerana tidak perlu mengemas barang-barang dan bersiap awal. Pastinya selepas subuh, saya boleh bersenang-senang merehatkan badan.

~bersambung~


Kayuhan Merentasi Negeri Di atas Awan dan Seribu Bukit di Tanah Tinggi Gayo, Aceh ~ Takengon – Banda Aceh – Tanjung Balai

$
0
0

Hari 9 (14 Dis) – > Takengon

Pagi itu masjid hanya didatangi oleh Imam, Bilal dan isteri Imam. Selepas selesai mengerjakan subuh berjemaah saya kembali masuk ke khemah untuk menyusun semula pakaian dan semua perkakas saya didalam bag. Hari ini adalah ‘laundry day!”. Sambil menunggu cahaya yang cukup untuk saya membasuh baju, saya menikmati suasana fajar menyinsing ditepian danau tersebut. Kelihatan nelayan-nelayan mula keluar memeriksa sangkar ikan mereka. Jenis-jenis ikan yang diternak di danau ini ialah ikan emas dan ikan talapia. Danau ini memang terkenal sebagai kawasan pelancongan terkenal dikalangan penduduk tempatan Aceh. Dihujung minggu gerai-gerai ikan bakar akan penuh dikunjungi oleh pelancong-pelancong dari Banda Aceh, Bireun dan Lhokeseumawe.

IMG_6505

Danau Laut Tawar dikala fajar menyinsing

20141214_064653

Kelihatan para nelayan mula keluar memeriksa sangkar ikan mereka

Apabila hari agak cerah saya mula membasuh kesemua pakaian saya. Baju kotor biasanya lembab dan menambah berat bebanan beg. Sebagai isteri kenalah saya membasuh pakaian saya sendiri dan pakaian Wak. Suhu sejuk sedikit menyukarkan kerja semudah membasuh baju! Abang Amer dan Wak Husaini juga tidak melepaskan peluang. Berebut-rebut ampaian baju nampaknya kami! Sambil bersiap untuk bersarapan pagi dan melawat sekitar danau ini, kami telah berbincang untuk rancangan seterusnya.

Plan asal untuk ke Meulaboh memang terpaksa kami batalkan memandangkan kami telah ketinggalan dua hari dari jadual. Saya juga dapat jangkakan untuk ke Meulaboh, kami harus menambahkan lagi dua hari dan menjadikan kami lewat 4 hari dari jadual untuk sampai ke Banda Aceh. Dan saya juga berpendapat untuk berkayun ke Meulaboh, saya akan perlukan satu hari (jumlah 3 hari) lagi hari rehat untuk pemulihan (recovery). Wak pada mulanya berkeras untuk mengikut plan asal akhirnya mengalah. Dia mencadangkan untuk berkayuh dari Takengon ke Bireun dan kemudiannya mengambil bas dari Bireun ke Banda Aceh. Saya katakan padanya tetap kami akan mengambil masa dua hari untuk sampai ke Banda Aceh. Kami sepatutnya mesti berada di Banda Aceh pada selewatnya 16 Disember, sekiranya mahu sampai Pelabuhan Klang pada 19 Disember. Akhirnya kami sebulat suara bersetuju untuk mencari bas terus ke Banda Aceh pada hari esok. Keputusan ini nampaknya memberi kelegaan pada Abang Amer. Beliau sukakan kayuhan berbukit, tetapi bukit-bukit (sebenarnya gunung) di Lintas Gayo ini terlalu kejam buat seorang seusia beliau. Kagum saya dengan kekuatan dan semangat beliau.

Buat pertama kalinya selepas 6 hari, pagi ini kami berkayuh tanpa beg. Terasa ringan melalui kawasan berbukit dipinggir danau ini. Kelihatan kuda-kuda berkeliaran dipadang ragut seperti lembu. Kami mencari-cari gerai yang sesuai. Disepanjang jalan terdapat banyak warung-warung menjual mee lobster. Sejenis udang kara air tawar yang besar. Sayangnya semua gerai ini masih belum beroperasi. Mungkin hanya akan buka untuk makan malam. Kami memilih sebuah gerai yang ada menghidangkan soto dan lontong serta beberapa jenis kuih-muih. Sambil berserapan kami juga berbual dengan suami kepada pemilik gerai. Topik perbualan kami adalah dari mitos tikar bergulung yang telah mengorbankan orang asing di danau ini saban tahun, pemilikan tanah di Gayo hinggalah ke GAM.

Menurut beliau, tanah-tanah di Tanah Tinggi Gayo ini tidak boleh dimiliki syarikat. Ianya hanya boleh dimiliki oleh orang perseorangan. Kerana itulah tiada usaha perladangan secara komersial dapat dilakukan walaupun daerah itu sangat subur dan sesuai untuk pelbagai jenis tanaman seperti kopi khasnya. Kopi yang dihasilkan di daerah ini adalah antara yang terbaik di dunia. Kopi gayo adalah salah satu jenis kopi yang digunakan oleh Starbuck, Coffee Bean dan franchise kopi lain. Bagi beliau bagus juga ianya dipelihara kalau tidak pasti rosak dan habis tanah rakyat tergadai dan dimiliki orang atau syarikat asing.

sarapan

Bersarapan sambil menikmati pemandangan danau dan melihat aktiviti penduduk tempatan

“Kalau dulu, biasa aja kita melihat mayat-mayat anggota GAM dibawa keluar dari hutan”, katanya apabila ditanya mengenai GAM. “Tapi kami orang Gayo tidak campur sangat”, tambahnya lagi. Menurut beliau kawasan yang sangat bergolak dan aktif pergerakkannya adalah di Lhokeseumawe. Semasa itu tidak ramai yang berani melalui jalan Lintas Gayo ini. Pertempuran diantara GAM dan TRI kerap berlaku menyebabkan daerah ini kurang aman. Tetapi semenjak GAM bersetuju meletak senjata keadaan menjadi lebih aman dan lebih ramai orang luar datang ke Tanah Tinggi Gayo ini dan merancakkan lagi perkembangan ekonomi di Takengon ini khasnya.

Setelah bersarapan kami berkayuh untuk melihat-lihat pemandangan dan aktiviti masyarakat Gayo di danau ini. Jalan disini dibina hampir dengan danau dan berbukit. Setengah kawasan agak curam. Walapun tidak membawa sebarang bebanan, terasa payah juga mendaki. Mungkin juga kerana kami sudah terlalu letih dan masih dalam proses pemulihan. Tetapi pemandangan di tepian danau ini sangat mengagumkan. Sawah padi bertingkat ditepian tasik memberikan pemandangan yang unik di danau ini. Kelihatan penduduk tempatan sudah mula mengerjakan sawah mereka dan memeriksa sangkar ikan. Kami menghabiskan masa sekitar dua jam menikmati pemandangan danau ini sebelum kembali ke khemah kami.

20141214_074554

Wak Husaini

20141214_074640

Abang Amer dan Wak Husaini, usia bukan penghalang

20141214_074921

Kuda-kuda disini bersepah bagaikan lembu. Kadang-kadang mereka sendiri tak pasti siapa tuan kuda ini

20141214_084852

Pemandangan yang sangat memukau. Kelihatan taman tema mini ditepi tasik

20141214_085106

Sawah padi bertingkat ditepi tasik berlatar belakangkan bukit bukau

20141214_085219

Saya dan Abang Amer tak lepaskan peluang pose dihadapan pemandangan yang sangat menakjubkan ini

20141214_085707

Sawah padi terbentang luas disini. Ada sedikit persamaan dengan Danau Maninjau

10806245_400967470050846_7531369335933898302_n

Salah satu menu utama disini.

20141214_091806

Lelaki ini menggunakan vespa yang ada ‘sidecar’ untuk membawa 3 anaknya bersama isteri berkeliling tasik untuk mengambil gambar. Beliau sangat meminati bidang photography.

20141214_092835

Kenderaan pegisar padi yang berwarna-warni

Kami menghabiskan masa seharian untuk berehat-rehat, membersihkan peralatan, membetulkan dan menservis basikal kami. Dari tempat kami berkhemah dapat kami menyaksikan aktiviti sampingan masyarakat disini seperti mencari siput (sama seperti siput gondang). Saya berpeluang melihat seekor kuda lumba sedang dimandikan dan dilatih kekuatan dan staminanya di dalam tasik. Masyarakat Gayo ini sungguhpun beragama Islam tetapi mereka memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan dan kesayangan. Di kaki tangga masjid yang dibina sehingga ke gigi air danau kelihatan seorang kanak-kanak mandi bersama anak anjingnya. Abang Amer yang kurang senang dengan hal ini telah menegur kanak-kanak tersebut. Masjid ini juga sering dikunjungi oleh pelancong tempatan dan rata-ratanya datang dari Banda Aceh. Mereka agak kehairanan melihat kami. Apabila tahu kami dari mana, bertambah hairanlah mereka!

20141214_124417

Wak sedang membaiki brake ‘kuda’ saya yang bermasalah sambil diperhatikan oleh Abang Amer. Dibelakang kami, penduduk tempatan sedang menurunkan kuda lumba untuk dimandikan ditasik.

20141214_141944

Leka saya memerhatikan mereka memandi dan melatih stamina kuda mereka

20141214_142227

Gambar panorama dari tapak perkhemahn kami yang terletak diatas anjung separuh siap sebuah masjid di Kg One One

Makan tengah hari direstoran yang sama semalam dengan menu yang hampir sama. Pada malamnya kami memasak sendiri. Cuaca pada malam itu lebih dingin dari semalam. Abang Amer telah mengambil gulungan sejadah dan meletakkannya didalam khemah. Wak Husaini semenjak semalam tidur di dalam masjid, kurang sejuk katanya. Besok, kami akan ke Takengon dan mencari pengangkutan ke Banda Aceh.

Hari 10 (15 Dis) – Takengon > Banda Aceh (Menaiki pengangkutan awam)

Pagi itu, saya merasa segar setelah mendapat rehat yang cukup. Setelah berkemas dan mengucapkan terima kasih kepada Imam dan Bilal masjid kami meninggalkan Danau Laut Tawar menuju ke Kota Takengon. Sebelum masuk ke Kota kami melintasi sebuah jambatan melintasi sungai yang dinamakan sebagai Sungai Krueng Peusangan. Ianya adalah satu-satunya sungai yang mengalir keluar dari Danau Laut Tawar. Danau ini terbentuk dari letusan gunung berapi beribu tahun dahulu dengan purata kedalaman 35m dan ada sesetengah tempat adalah sedalam 100m. Sungai ini menyalir lesu dan kelihatan bersih dan jernih walaupun ada terdapat banyak penempatan dikiri kanan tebingnya. Kota ini juga kelihatannya mempunya pengurusan pepejal yang baik. Sepanjang saya mengembara di Sumatera, inilah satunya kota yang saya lihat mengurusian sisa pepejalnya seperti di Malaysia. Kelihatan dikampung-kampung dan bandar-bandar tong besi besar untuk penduduk membuang sampah dan kelihatan lori sampah mengangkutnya.

20141215_073304

Jambatan besi sebelum memasuki kota Takengon

20141215_073341

Pemandangan Sungai Kruen Paseungan dari atas jambatan besi Satu-satunya sungai yang mengalir keluar dari Danau Laut Tawar

Dari atas jambatan dapat saya lihat beberapa penduduk sedang membasuh baju mereka disungai tersebut. Keadaan jalan semakin sibuk apabila kami menghampiri pusat bandar. Kami juga telah berhenti disebuah pasar pagi untuk memerhatikan dan mengambil gambar gelagat peniaga dan pembeli. Setibanya kami di sebuah persimpangan yang agak sibuk. Keliru dengan jalan mana yang harus kami ambil, Wak bertanyakan arah pada POLINTAS yang sedang bertugas. Mereka menunjukkan arah terminal bas kepada kami. Di tengah-tengah persimpangan terdapat sebuah menara. Saya tanyakan kepada anggota tersebut, menurut beliau ianya hanyalah mercu tanda persimpangan itu yanh dikenali sebagai Simpang Lima.

IMG_6517

Pasar pagi di Kota Takengon

IMG_6522

Nama jalan dimana terdapatnya pasar pagi

20141215_074150

Menjual pelbagai jenis buahan dan sayuran

IMG_6527

Pagi itu terdapat banyak perbarisan dan kawat oleh pelbagai agensi kerajaan termasuk polis dan tentera

IMG_6528

Papan bunga, pemandangan biasa di Sumatera. Pada asalnya memang dibuat dari bunga tetapi sekarang hanya menggunakan kertas berwarna yang dipintal-pintal

20141215_075738

Kelihatan tong sampah bagi mengumpul dan mengangkut sisa domestik pepejal.

IMG_6530

Serbuk kopi gayo. Biji kopi gayo yang dikisar tanpa sebaranng campuran

IMG_6532

Salah satu jenama yang aak terkenal – Lakun

Sebelum meneruskan misi mencari terminal bas kami membuat keputusan untuk bersarapan dahulu dan mencari kedai basikal. Ini adalah kerana basikal kami semua perlu diservis dan dibaiki. Brek dan tayar basikal saya tidak dapat berfungsi dengan baik. Basikal Abang Amer pula bermasalah dengan cassets belakang yang asyik lucut rantainya. Kami bertanya-tanya penduduk tempatan kedai membaiki basikal yang terdekat. Setelah bersarapan kami mencari kedai basikal yang ditunjukkan. Setelah berpusing beberapa kali dikawasan itu, kami berselisih dengan seorang yang berbasikal MTB. Kami sapa dan dia kata, “Kedai saya itu pak. Terus aja kehujung sana, toko saya disebelah kanan jalan. Lanjut dulu saya mahu membeli sarapan dahulu”. Saya benar-benar merasa lega apabila mendengarnya. Tiba-tiba ada seorang lelaki tua menegur saya “Jualan apa dik?”. “Gak jualan pak”, balasku. “Loh…jadi, apa yanh dibawa itu?”, tanyanya kehairanan sambil menunjuk kearah pannier beg saya. “Itu baju dan barang saya”. Saya tersenyum dan meninggalkan pakcik tersebut yang masih kehairanan. Ini bukan pertama kali saya disangka penjaja berbasikal semasa di Sumatera! Lucu rasanya.

Tak jauh dari situ kami nampak kedai basikal tersebut. “Toko Sepeda KAWI” tertera di papan tanda kedainya. Kami disambut oleh seorang lelaki tua yang kami pasti bapa kepada lelaki tadi. Melihat pada hiasan dalaman kedai dan raut wajah lelaki tua itu, ternyata mereka berbangsa tionghua. Ternyata terdapat komuniti Cina Tionghua di Takengon ini. Tidak lama kemudain pemuda tadi kembali dan memperkenalkan dirinya sebagai Saripati Zhong. Sambil Saripati membaiki basikal kami, sempat saya berbual dengan ayah Saripati mengenai suku suku kaum di Aceh ini. Rupanya itulah perbualan pertama dan terakhir kami dengannya. Beliau telah meninggal dunia pada awal bulan Mac 2015 akibat serangan angin ahmar.

20141215_091102

Satu-satunya bengkel kedai basikal di kota Takengon yang dimiliki oleh keluarga berbangsa Cina

20141215_091338

Saripati Zhong pengusaha bengkel basikal Toko Kawi sedng menservis basikal saya

IMG_6535

Mendiang ayah Saripati.

Saripati ternyata cekap dan mahir membaiki basikal kami. Kurang dari sejam, beliau telah membetulkan brek basikal saya dan wak. Membuat ‘balancing’ keatas tayar saya dan menservis group set saya dan Abang Amer. Malangnya tiada apa yg dapat dilakukan kepada basikal Abang Amer kerana ketiadaan alat ganti. Beliau cuma menasihati Abang Amer untuk tidak menggunakan crank besar. Setelah selesai dan berpuas hati dengan keadaan basikal kami, saya meminta Saripati mengira jumlah caj kerjanya. Beliau menolak! Saya katakan padanya “Malu lah kami kalau tidak langsung membayar. Banyak masa dan tenaga yang digunakan”. “Kalau saya terima wang, saya lagi malu kak! Anggap saja ianya bantuan yg tak seberapa dari saya untuk petualang seperti kalian”, balasnya. Alangkah baik dan mesranya penduduk Aceh di Tanah Gayo ini. Tidak sekali pun saya rasa tertipu atau dikenakan caj berlebihan bila berurusniaga dengan mereka walaupun dari awal mereka sedia maklum kami dari Malaysia.

Setelah berpuas hati dengan keadaan basikal kami, kami pun meneruskan perjalanan mencari stesen bas. Terletak agak jauh dari pusat bandar. Ianya sebuah kompleks yang baru dibina dan belum beroperasi sepenuhnya. Saya bayangkan akan terdapat banyak bas ekspress disitu. Ternyata silap andaian saya kerana yang ada hanyalah kenderaan awam biasa iaitu labi-labi ataupun L300. Kami dihampiri oleh ‘calo’ yang menawarkan perkhidmatan mereka. Calo adalah gelaran kepada orang tengah yang menawarkan pembelian tiket perkhidmatan. Di Malaysia lebih dikenali sebagai ‘ulat tiket’. Walaupun stesen tersebut dikawal oleh DISHUB (di Malaysia sama fungsi seperti JPJ), pegawainya hanya melihat sahaja kegiatan calo-calo ini. Malah bila saya tanya adakah harga yang dikenakan berpatutan, mereka mengelak untuk menjawabnya. Setelah bersetuju dengan harga yang ditawarkan ke Banda Aceh iaitu 780,000 rupiah, kami pun meneruskan perjalanan selama 8 jam melalui Bireun dan Sigli.

IMG_6539

Sebuah masjid yng indah di kota Takengon

IMG_6538

Mercu tanda Simpang Lima

Saya mengirim pesanan ringkas kepada Santi meminta alamat dan memaklumkan kepadanya yang kami sudahpun memulakan perjalanan ke Banda Aceh. Disepanjang perjalanan tidak banyak penumpang yang turun dan naik. Perlahan-lahan kami meninggalkan tanah tinggi menuju ke Bireun. Landskap mula berubah dari pokok pine ke hutan biasa dan akhirnya tanah sawah. Melepasi Bireun menuju ke Sigli, keadaan jalan mula mendaki semula kerana perlu melintasi sebuah pergunungan sebelum kembali datar ke Banda Aceh. Kami sampai pada jam 7 malam di terminal bas. Bertukar pemandu, beliau meminta alamat dan kemudiannya menelefon Santi untuk tempat yang lebih tepat.

20141215_203419

Makan malam bersama Santi

Sebaik sampai kami disambut oleh Santi. Sebelum ini hanya berbual dengan beliau melalui FB, ternyata hari ini kami dapat bersua muka. Kami terasa bagaikan telah lama kenal dan beliau serasa bagaikan sukar untuk percaya yang akhirnya kami berada di Aceh. Semuanya bagaikan mimpi. Wak, Abang Amer dan Wak Husaini telah ditempatkan disebuah kedai kosong milik abang Santi. Manakala saya pula ditempatkan dirumah Santi yang terletak dibelakang kedai tersebut. Setelah membersihkan diri, kami telah berbasikal untuk makan malam dan melawat beberapa buah kedai menjual barangan ‘outdoor’ seperti Eiger. Sambil menikmati makan malam, kami berbincang mengenai rancangan kami untuk ke Pulau Weh keesokkan harinya. Menurut Santi, Pelabuhan Ulee Lheue cuma sekitar 5 km dari rumah beliau. Menurutnya jadual perjalanan agak tidak tetap dan menasihati kami untuk berkayuh ke pelabuhan seawal jam 8 pagi esok. Beliau pernah berkayuh di Pulau Weh untuk ke Sabang beberapa kali. Menurut beliau terdapat satu jalan alternatif yang lebih pendek untuk ke Sabang yang terkenal sebagai titik paling barat kepulauan Indonesia. Ianya juga dikenali sebagai Nol Kilometer (0 km).

 

Hari 11 (16 Dis) – Banda Aceh > Pulau Weh

Keesokkan paginya kami bersiap awal dan dengan petunjuk arah dari Santi, kamipun berkayuh menuju ke Pelabuhan Ulee Lheue. Disepanjang perjalanan kami dapat melihat kesan-kesan tsunami yang telah melanda Banda Aceh 10 tahun yang lepas. Kelihatan sampan-sampan nelayan Aceh yang agak unik reka bentuknya mula keluar belayar ke laut. Kami sampai ke pelabuhan sekitar jam 7.30 pagi. Kaunter tiket hanya akan buka pada jam 8.30 pagi dan jadual pelayaran untuk feri adalah jam 11.00pagi. Feri yang belayar perlahan akan mengambil masa sekitar 2 jam untuk sampai ke Pulau Weh. Harga tiket adalah 18,000 rupiah untuk penumpang. Sekiranya mahu cepat dan tidak mahu menuggu lama, bolehlah memilih boat laju dengan harga yang berganda.

IMG_6549

Di dalam perjalanan dari rumah Santi ke Pelabuhan

IMG_6551

Antara rumah yang dibadai tsunami. Dipenuhi graffiti bsgi mengingati kejadian tersebut

20141216_070706

Bentuk sampan Aceh yang unik

20141216_070851

Wak tak lepas peluang merakam gambar

Walaupun jam sudah menunjukkan jam 8.30 pagi, kaunter tiket masih belum dibuka. Salah seorang anggota DISHUB bercakap bahasa Malaysia dalam loghat Penang dengan lancar. Beliau pernah bekerja di Butterworth selama beberapa tahun dan kini telah kembali ke Aceh. Beliau sangat ramah dan telah memastikan saya dapat membeli tiket dan kami semua selamat menaiki feri. Feri setinggi tiga tingkat itu berupaya membawa lori-lori sebesar 20 ton melebihi 10 buah. Kakitangan feri juga amat ramai. Melalui pemerhatian saya, setiap pekerma hanya mengkhusus kepada satu kerja. Sekiranya di Malaysia, kerja-kerja yang dilakukan oleh 5 orang pekerja disini adalah bersamaan dengan 1 orang pekerja. Kerana itulah gaji mereka kecil, mungkin untuk mengadakan lebih banyak peluang pekerjaan. Gaji seorang di Malaysia dibahagikan kepada 5.

20141216_091959

Jarak diantara satu tempat ke tempat di Pulau Weh. Maaf gambar kabur

20141216_073124

Antara tajuk utama surat khabar tempatan di Aceh.

Abang Amer pun terkena demam batu giyok?

Abang Amer pun terkena demam batu giyok?

Semasa sedang menunggu feri, saya telah ke pejabat pelancongan mereka untuk mendapatkan maklumat dan laluan yang lebih jelas ke Sabang. Agak jauh jaraknya iaitu sekitar 20km dari pelabuhan kami mendarat nanti dan melalui jalan-jalan mendaki yang agak sukar untuk pesikal. Sekiranya kami memutuskan untuk ke sana bermakna kami memerlukan satu hari lagi tambahan kerana tidak mungkin kami dapat pergi dan kembali pada hari yag sama kerana feri hanya berlayar ke Pelabuhan Ulee Lheue sekali sehari pada jam 8 pagi. Kami tiba di Pulau Weh jam 1 tengah hari. Cuaca panas dengan mentari terik memaksa kami mencari kedai untuk memikirkan semula rancangan kami untuk ke Sabang sambil mengisi perut yang kosong. Kami memutuskan untuk membatalkan niat kami ke Sabang dan hanya berada disekitar pelabuhan supaya tidak terlepas feri pada keesokkan harinya. Setelah makan kami berlegar-legar sekitar pelabuhan untuk mencari tempat yang sesuai untuk berkhemah. Malangnya tiada tempat yang sesuai kerana tiada kemudahan tandas. Masjid dan musollah juga tiada air kerana pulau itu sedang mengalami masalah bekalan air bersih. Akhirnya kami tiada pilihan melainkan menyewa bilik hotel yg terdapat dikawasan pelabuhan. Hotel-hotel ini menyimpan bekalan air untuk penyewa mereka.

IMG_6555

Sedang menunggu kebenaran menaiki feri

IMG_6557

Lelaki ini (berkaca mata) fasih bercakap dalam loghat Penang. Beliau telah membantu kami.

IMG_6561

Basikal kami dicelah kenderaan besar diatas feri. Diberi keutamaan untuk berada dibahagian depan.

20141216_141752

Under renovation

IMG_6576

Jalan menuju ke Sabang dan lain-lain tempat di pulau ini

Setelah mendaftar masuk kami berehat dan pada sebelah petangnya keluar berkayuh melihat-lihat perkampungan yang terdapat disekitar pelabuhan ini. Walaupun terasa agak terkilan kerana tidak dapat berkayuh ke Sabang, sekurangnya saya sudah menjejakkan kaki ke pulau ini. Jalan keluar dari pelabuhan untuk menuju ketempat lain di pulau ini agak mendaki dan dari jauh kelihatan satu jalan zig-zag yang curam. Pemandangan itu sahaja sudah cukup melemahkan semangat saya yang mungkin telah keletihan dari segi mentak dan fizikal. Nampaknya saya telah ‘underestimate’ pulau ini. Dari cerita Santi kedengaran sangat mudah, mungkin kerana dia sudah biasa ataypun ketika berkayun disini berada didalam keadaan yang ‘fit’ fizikal dan mentalnya. Nasihat saya sekiranya ingin berkayuh disini, pastikan anda mendapat cukup rehat dan punya masa sekurangnya 3 hari untuk menjelajahnya.

IMG_6564

Abang ini menceritakan bagaimana kedainya langsung tidak terjejas walaupun Pulau Weh ini teruk dilanda tsunami sedangkan kedai beliau berada di pinggir pantai. Semuanya dengan izin Allah

IMG_6571

Kami masih berasa pelik dengan bentuk sampan Aceh ini

IMG_6570

Antara kesan tsunami

IMG_6568

Pohon-pohon yang ditanam berbaris kelihatan sangat menarik

Malam itu kami makan malam disebuah rumah makan yang berhampiran. Rumah makan itu mempunyai suasana seperti disebuah bistro. Pelayan dan pekerjanya semua anak-anak muda yang nampak sungguh ‘up to date’ cara berpakaian mereka. Kopi adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan dengan Aceh. Kedai kopi atau Warkop (singkatan kepada warong kopi) ada dimana-mana. Malam itu kami mencuba kopi saring. Kami merasa sangat terhibur dengan cara pembuat kopi disitu menarik kopi menggunkjan penapis yang disebut sebagai saring. Ternyata sangat sedap dan terasa keaslian kopinya.

Gaya si pembuat kopi saring

Gaya si pembuat kopi saring

Saya berpesan kepada semua untuk bersiap awal esok pagi kerana saya bimbang tertinggal feri yang katanya akan berangkat jam 8 pagi. Saya menghantar SMS kepada Santi dan maklumkan kepadanya kami akan menaiki feri jam 8 pagi. Dia membalas mengatakan yang dia akan menunggu kami dipintu masuk pelabuhan jam 10 pagi.

 

Hari 12 (17 Dis) – Pulau Weh > Banda Aceh > Medan

Sementara mereka yang lain sedang bersiap, jam 7 pagi saya sudah berada di kaunter tiket. Jarak penginapan dengan jeti cuma 200m. Tapi masih belum kelihatan tanda-tamda kauntervakan dibuka. Bila saya tanyakan kepada pengusaha kantin disitu beliau berkata “Jam 8 nanti kakak.”. Saya mengangguk faham walau dalam hati merungut “takkan jam 8 pagi belayar, jam 8 kaunter baru nak buka?!”. Selang 10 minit saya datang memeriksa tapi malangnya masih juga belum buka. Tepat jam 8 saya serta yang lain sekali lagi ke kaunter. Orang yang sama saya tanyakan lagi, dan kali ini dia kata “Ini kaunter bot laju. Kakak mau naik feri atau bot laju?”. “Kenapa sekarang baru tanya?” rungut ku lagi dalam hati. “Naik feri”, jawab ku ringkas menahan marah. ” Kalau feri terus aja ke dermaga. Beli tiket disana”. “Dimana dermaganya?”. Dengan pantas saya dan yang lain bergegas ke arah dermaga.

IMG_6579

Tempat menunggu penumpang feri

Kelihatan sudah ramai orang memenuhi tempat menunggu. Sebaik sahaja kami sampai, saya didekati seorang lelaki yang mengatakan “tiket, tiket”. Tanpa fikir panjang dan dalam keadaan sedikit panik saya terus tanya berapa dan memberi dia wang. Dia meminta wang lebih dari saya, saya katakan kepadanya saya sudah kehabisan wang. Setelah menunggu hampir 10 minit saya masih menunggu tiket saya dan kelihatannya seperti staff feri sudah mula mahu membenarkan penumpang memasuki feri. Saya menjadi panik dan mula mencari-cari lelaki tadi. Sebaik sahaja melihat beliau, berlaku sedikit kekecohan antara Wak dan lelaki itu. Rupanya dia ialah ‘calo’ dan menanti sehingga saat akhir untuk menyerahkan tiket kepada saya. Kalau saya tahu dia calo, pasti saya tidak akan berurusan dengannya kerana jarak diatara tempat kami menanti dengan kaunter tiket tak sampai 100m. Untuk mengelak keadaan menjadi lebih tegang, saya meminta dia membeli tiket sekarang atau saya minta kembali wang saya. Dia pun terus pergi membelinya dan serah kepada saya dan untuk tidak memperpanjangkan cerita saya beri 10,000 rupiah kepadanya. Pada mulanya dia enggan, tapi saya katakan padanya, “Kamu sudah belikan saya tiket, ini tanda terima kasih saya”. Dia tersenyum, lega hati saya. Pintu pagar dibuka dan kami semua naik ke feri. Tak sampai 15 minit, feri pun belayar.

IMG_6582

Penumpang memenuhi dek atas feri

Kami sampai di pelabuhan Ulee Lheue tepat jam 10 pagi. Santi sudah bersedia menunggu kami di pintu masuk pelabuhan. Beliau telah meluangkan masanya hari ini untuk membawa kami melawat beberapa tempat dan monumen yang berkaitan dengan tsunami. Ianya bagaikan sebuah marathon kerana kami cuba untuk mengunjungi seberapa banyak tempat yanh boleh. Dalam masa yang sama, Santi telah menghubungi rakannya untuk mendapatkan kenderaan untuk kami ke Medan. Setelah bersetuju dengan harganya, waktu bertolak ditetapkan pada jam 8 malam dan kenderaan itu akan datang mengambil kami dirumah Santi. Jadi kami ada waktu seharian untuk melawat tempat-tempat utama. Kami telah melawat Masjid Baitul Rahman dan Baitul Rahim, Muzium Tsunami, Rumah Adat Aceh dan Kapal PL TD Apung yang tersadai 5km dari pelabuhan.

Santi, kecil molek orangnya tapi pantas bergerak! Banyak membantu kami sepanjang kami di Aceh

Santi, kecil molek orangnya tapi pantas bergerak! Banyak membantu kami sepanjang kami di Aceh

20141217_101005

Antara masjid yang terselamat dari dibadai tsunami

IMG_6596

Saya dan Santi sedang mendengar penerangan dari siak Masjid ini

IMG_6592

Rupa bentuk masjid dari luar

IMG_6600

Muzium Tsunami. Hanya ini gambar yang saya masukkan didalam entry ini kerana saya percaya sudah terlalu banyak diinternet

IMG_6615

Self explained

20141217_110329

Saya jumpa ramai pelancong Malaysia disini

IMG_6612

Saya telah ditemuramah oleh TV1 Indonesia yang sedang membuat liputan 10 tahun tsunami di atas kapal PL TD Apung

IMG_6623

Sebuah lagi masjid yang terselamat dan melindungi banyak mangsa dari terjahan ombak tsunami

20141217_121140

Rupa bentuk masjid dari hadapan

20141217_121309

Masjid ini juga punya nilai sejarah dizaman penjajahan Belanda

Kami sempat singgah makan tengah hari (agak lewat sekitar jam 2 petang) di Black Jack, sebuah restoran yang sangat popular dikalangan penggiat aktiviti lasak seperti motor, basikal, trekking dan gunung. Boleh dikatakan sekiranya anda penggiat ‘outdoor’ adalah tidak sah sekiranya tidak singgah ke situ. Halaman restoran adalah luas dan sesuai untuk berkumpul dengan teman-teman yang sama minat. Menurut Santi tempat ini hampir menjadi rumah keduanya. Di Black Jack saya sempat menikmati Kopi Sanger iaitu kopi susu yang sangat sedap. Saya minum sehingga dua gelas! Ia juga menyediakan perkhidmatan wifi percuma. Wak memanggil salah seorang pelayan dan bertanyakan kata laluannya. “Belum tahu lagi”, katanya. “Apa kamu baru bekerja disini? Masih belum tahu passwordnya?” balas Wak. “Passwordnya – belumtahulagi, pak”, ujarnya tersenyum. Kami semua mentertawakan Wak. Nampaknya ini kali kedua dia terkena.

IMG_6627

Restoran Black Jack

IMG_6626

Tempat berkumpul oenggiat sukan bermotorsikal dan lain2 aktiviti lasak dan outdoor

20141217_131704

Kopi sangker yang sangat umpphhh!

20141217_151400

Rumah adat Aceh punya ukuran dibumbungnya yang tertulis Asma’ul Husna dan sepotong ayat dari surah Nabi Nuh (sepertinya ada ingatan dari nenek moyang bangsa Aceh tentang tsunami?)

20141217_151513

Wak sedang berbual dengan Pengarah muzium Rumah Adat yang pernah belajar di UIA yang pada ketika itu di Bangsar. Kami pada mulanya ingatkan beliau tukang kebun kerana beliau sedang memangkas pokok dan mengutip daun-daun kering.

Selepas itu kami kembali ke rumah Santi untuk berehat sementara menanti hari malam. Ibu Santi telah membekalkan saya asam sunti buatannya sendiri. Asam sunti diperbuat dari buah belimbing buluh yang digaul bersama garam, diperap didalam tembikar dan kemudiannya dikeringkan dibawah cahaya matahari. Ianya digunakan didalam masakan seperti asam keping dan sesuai digunakan untuk memasak asam pedas. Agak banyak juga dan ibunya berpesan agar saya menjemurnya sehingga kering sebaik saja sampai di Malaysia. Saya, erasa sangatbterharu dengan layan Santi serta keluarganya. Tak terbalas rasanya dan saya akan sentiasa mengharap kedatangan Santi ke Malaysia agar saya dapat membalas budi baik beliau sepanjang kami berada di Aceh.

Sekitar jam 8 malam, van pun sampai untuk menjemput kami. Berat rasanya hati meninggalkan Santi dan keluarganya. Perjalanan dijangka mengambil masa selama 10 jam. Saya dah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk mengharungi perjalanan selama 10jam didalam kenderaan yang tidak selesa dan sikap pemandunya yang rata-rata memandu laju dan kadang agak cemerkap. Van ini atau labi-labi telah mengambil penumpang lain disepanjang perjalanan kami sehingga penuh dan menambahkan lagi ketidak selesaan kami. Jalan raya di sepanjang Lintas Timur agak baik walaupun adakalanya terlalu semput dan curam. Namun ini tidak sedikitpun menyebabkan pemandu memperlahankan kenderaannya malah bagaikan dirasuk kelajuannya menakutkan. Sebaik sahaja hari siang dan kami mula memasuki provinsi Sumatera Utara, barulah saya menarik nafas lega dan mencuri masa untuk tidur.

 

Hari 13 (18 Dis) – Medan > Tanjung Balai

Medan macet disana sini! Hampir sejam untuk sampai ke stesen bas berikutnya. Sebaik sampai ke stesen bas, kami telah berbincang dengan syarikat pengangkutan mengenai tambang untuk kami dan basikal ke Tanjung Balai. Sebenarnya sekiranya kumpulan kita ada 4 otang paling minimum beserta basikal, mereka mahu menyediakan sebuah labi-labi dan bergerak tanpa mengikut jadual untuk kita. Saya rasa jumlah bayaran dari kumpulan kita itu sudah ‘balik modal’. Keuntungan adalah penumpang-penumpang lain yang akan naik disepanjang perjalanan. Setelah semua basikal kamimdiikat dibumbung van dan barang dimasukkan, berlaku sedikit pertengkaran antara saya dengan pemandu. Semasa perbincangan dikaunter tiket sebelum ini mereka telah bersetuju dengan bayaran sebanyak 250,000 rupiah untuk tambang kami dan basikal. Tetapi menurut pemandu berlaku sedikit salah faham dimana jumlah sebenarnya adalah 300,000 rupiah. Pandai juga mereja, setelah semua basikal diikat baeulah mahu mempertikaikan kadar tambang. Apa lagi pilihan yang saya ada? Setelah mencongak 300,000 rupiah itu sebenarnya tidak sampai RM90, saya jadi malas untuk bertengkar. Terus saya serahkan 50,000 rupiah kepada pemandunya sambil berkata “ya sudah! Asalkan cepat keluar dari sini.”

Wak kelihatannya sudah hilang sabar dengan kerenah pemandu dan syarikat pengangkutan di Sumatera ini. Saya cuba menenangkan beliau dan katakan padanya, kalau dikira semula, tak seberapa, mungkin kerana angkanya besar buat kita rasa seperti diperas. Bagi saya, mereka cuma melakukannya demi kelangsungan hidup. Masih jauh lebih murah berbanding negara kita sendiri. Hampir dua jam untuk keluar dari Medan. Kesesakan jalannya sangat luar biasa. Hampir jam 3 barulah kami tiba di Tanjung Balai. Sebaik sampai kami diserbu oleh calo-calo yang menawarkan khidmat beca untuk dihantar ke destinasi seterusnya. Saya katakan kepada mereka “Saya bawa sepeda, tak perlu.”. Setelah menurunkan basikal dan mengikat semua barang kami ke basikal, kami pu meneruskan perjalanan menuju Teluk Nibong. Kami singgah sebentar disebuah masjid untuk berehat dan menunaikan solat. Kami berbincang samada mahu menginap dimasjid tersebut atau menerukan perjalanan mencari masjid yang lebih hampir dengan pelabuhan. Kami memutuskan untuk ke Kota Tanjung Balai dulu untuk menikmati nasi uduk sebelum menuju ke Telok Nibong. Saya masih ingat jalan ke kedai nasi uduk yang dibawa oleh rakan saya semasa saya dan Wak berkayuh ke Toba dahulu.

Setelah hari hampir malam kami pun mula mencari masjid yang terdekat dengan pelabuhan. Biasanya saya lebih suka memilih masjid yang kecil diaman kebiasaannya jemaahnya lebih ramah dan terbuka menerima musafir. Ianya juga lebih privasi. Alhamdulillah kami diterima baik oleh jemaah disebuah masjid kecil kira-kira 1 km dari pelabuhan. Malam itu hujan turu dengan lebatnya. Saya berasa bersyukur kerana sepanjang perjalanan kami, inilah hujan yang pertama kami alami.

Semasa didalam proses memasukkan gambar di dalam entry ini barulah saya sedari yang saya tiada gambar sepanjang perjalanan dari Banda Aceh ke Tanjung Balai. Mungkin terlalu penat atau sudah terlalu biasa dengan tempat-tempat ini.

 

Hari 14 (19 Dis) – Tanjung Balai > Pelabuhan Klang

Keesokkan paginya kami telah ke pelabuhan walaupun Nevi sudah katakan yang dia telah daftar masukkan kami dan kami tidak perlu datang awal. Tidak sabar rasanya hendak pulang ke tanah air sendiri dan rindu kepada anak-anak tuhan saja yang tahu. Merekalah penyebab saya tidak betah lama-lama mengembara. Sebab untuk saya pulang ke rumah. Segala urusan berjalan lancar dan mudah bila menggunakan peekhidmatan Pak Atan. Kami dapat masuk ke dalam feri lebih awal dari penumpang lain.

Tempat duduk paling depan punya ruang yang luas membolehkan kami meletakkan beg dan duduk dengan selesa

Tempat duduk paling depan punya ruang yang luas membolehkan kami meletakkan beg dan duduk dengan selesa

Kayuhan kai ini sangat bermakna kerana kami dapat menjelajah sebuah tempat yang begitu asing dan tidak pernah kami dengar dan sedar akan kewujudannya. Walaupun perjalanannya agak perit, tapi terlalu manis untuk disimpan sebagai kenangan. Banyak yang kami belajar dari perjalanan di tanah Gayo ini.

20141219_193536

Terima kasih kepada Abang Syaaban yang sudi menjemput saya dan Wak di pelabuhan dan menghantar kami pulang. Tidak lupa juga kepada Azmi yang juga telah sudi menghantar Abang Amer pulang ke Shah Alam

Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan dan bantuan setiap kali kami keluar berkelana. Mereka sentiasa ada disaat kami memerlukan.

~END~

 


Rakaman Video Kayuhan di Tanah Tinggi Gayo, Aceh

$
0
0

Berbual-bual dengan anak-anak sekolah di Kecamatan Putri Betung, Kabupaten Gayo Lues

Keadaan jalan di Kecamatan Linge, Kabupaten Aceh Tengah


Viewing all 52 articles
Browse latest View live