Quantcast
Channel: Dunia 2 Roda Ija Zahri
Viewing all articles
Browse latest Browse all 52

Kayuhan Amal ke Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal Selangor

$
0
0

Berbasikal bukan sahaja boleh dijadikan hobi, untuk kesihatan, reakrasi dan sukan. Malah kita juga boleh melakukan kebajikan secara tak langsung pada golongan yang memerlukan. Sahabat saya, Nazry Hassan merupakan seorang pesikal yang saya kenali melalu group Det-C. Dari mula kenal, beliau memang sentiasa mahu melakukan kebajikan dengan menggunakan basikal sebagai medium. Nazry telah bekerjasama dengan rakan FB beliau iaitu Pn Nor dari JPM yang merupakan sukarelawan di Pusat Jagaan tersebut untuk menggerakkan tabung kutipan derma. Nazry telah menubuhkan satu event untuk disertai oleh semua pesikal-pesikal yang berminat untuk melakukan kayuhan amal dari Putra Jaya ke Kuala Langat dimana pusat jagaan itu terletak. Jarak kayuhan adalah sekitar 27km sehala.

Alhamdulillah, acara ini yang diadakan pada 29 Jun 2013 (Ahad) telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Kira-kira 60 orang telah menyertainya dan telah mendapat bantuan marshal secara sukarela dari 2 kumpulan bermotorsikal bagi mengiringi dan mengawal kelancaran kayuhan.   Jumlah kutipan yang telah berjaya dikumpulkan adalah seperti berikut:-

#Harian Metro RM891.25
#Sumbangan cek RM2,000.00
#Tajaan Adamo RM1,000.00
#Kutipan dari pn nor RM945.00
#Kutipan org perseorgan dan cyclist RM3,200.00 (dari donation box)

Peserta juga telah mendapat sumbangan makanan tengah hari yang ditaja oleh

Sri Bangi Horizon Garden RestaurantNo 13A & 15, Jalan 8/35, Seri Bangi, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Tel : 03 89259177, Fax : 03 89269177. E-mail : nh_garden@yahoo.com

 

Bagi sesiapa yang berminat untuk melakukan sumbangan peribadi atau mengadakan program kebajikan bolehlah terus menghubungi pusat jagaan tersebut seperti berikut

PUSAT PENJAGAAN KANAK-KANAK TERENCAT AKAL BANTING SELANGOR LOT 1848, JALAN ANGKASA, BANDAR MAHKOTA BANTING,42700 BANTING SELANGOR

Tel: 012-7761465 ( Mr Jeevah Murugaiyah)

Saya merasa bangga dengan kejayaan Nazry menggerakkan kayuhan amal ini. Hanya Allah S.W.T yang mampu membalasnya. Diharap lebih banyak lagi acara kayuhan amal diadakan dimasa-masa akan datang.

1009745_10151688810608430_1088316016_n

Nazry Hassan – tulang belakang program

Saya bersama beberapa rakan lain telah menyertai kayuhan ini tetapi tidaklah secara penuh. Kami telah menunggu ketibaan kumpulan kayuhan dari Putrajaya di stesen minyak Petrona Olak Lempit. Jarak kayuhan kami cuma 5 km ke pusat jagaan tersebut. Setelah selesai acara ini, kami telah ke The Basikal (sila klik).

Kami berkumpul seawal jam 8.00 pagi di stesen minyak Petron di Sijangkang. Kemudiannya saya, Wak, Abg Syaaban, Izura, Tun Teja, King, Atok & keluarga dan juga Sham & isteri. Seperti biasa, acara kayuhan metilah dimulakan dengan MAKAN. Kami bersarapan pagi lempeng di Jenjarum.

1044214_10151688809883430_218359108_n

3 jenis – original, pisang & ubi

945628_10151688809853430_1284658136_n

Isi tank dulu walaupun hakikatnya nak kayuh cuma 5km sehala!

943525_10151688809993430_444894113_n

King pilih lempeng pisang dan tempe. weird combination, no?

1000850_10151688809638430_1159800054_n

Pagi ni breakfast ditaja oleh Abg Syaaban, as always! Berebut Abg Syaaban dan King nak bayar…. last2 secara senyap Abg Syaaban yg berjaya membuat bayaran dahulu! TQ

Gambar-gambar sekitar kayuhan amal tersebut.

(All photos credited to King and Izura)

1026270_10151602411524865_2044395586_o

Pusat jagaan ini banyak mendapat sumbangan dari 2 orang dermawan ini. Salah seorangnya pemain badminton negara – Dato’ Lee Chong Wei

978016_10151602409484865_1804627120_o

Tanpa mengira bangsa dan agama. Help should know no boundry

7171_10151688822698430_1779042747_n

Terima kasih kepada semua dermawan

1016210_10151688810303430_526568060_n

Wak Fendy bersama trailer yang dibinanya sendiri

1004760_10151688811843430_1198554994_n

Walaupun cuma 5km, saya merasa gembira dapat menyertai kayuhan ini

946221_10151688812778430_1069757250_n

Melalui Jalan Seribu Tahun

1011978_10151688813783430_468875928_n

Check point terakhir sebelum ke Pusat Jagaan

1013169_10151688812908430_1644650709_n

Wak bergaya dgn “Sarah” nya

1044040_10151688814443430_701949790_n

Marshal

1044733_10151688816798430_2030129198_n

Atok and wife

1010022_10151688823508430_376953243_n

Salah seorang penghuni pusat jagaan. Nampak ceria dengan kunjungan peserta

993066_10151688828158430_55599313_n

Tiada siapa dipinta dilahirkan begini.

1013115_10151688831713430_1216839801_n

Innocent face

1010035_10151688824468430_2013708468_n

Penghuni dan peserta dihiburkan oleh Badut

1012330_10151688827123430_1346892133_n

King bersama salah seorang penghuni

945343_10151688818393430_496990483_n

Izura menyampaikan sumbangan peribadi dari rakan-rakan ofisnya, ASTRO

1026036_10151602411689865_101523083_o

Adik Daus yang aktif

1049188_10151602411784865_1135004636_o

Izura bersama adik Daus.

996818_10151688842693430_1495852016_n

Semua tak lepaskan peluang membawa basikl Wak Fendy

1043948_10151688842298430_1776549404_n

King pulak

1049073_10151602411134865_1639296516_o

Izura yang mula dulu, selepas tu berderet-deret orang take turn

1047887_10151602411344865_1981751140_o

Tun lulus melakukan pusingan U

1048474_10151602411904865_218738841_o

Sebahagian dari aktiviti bersama penghuni

992785_10151688836993430_507465204_n

Kegembiraan jelas terpancar diwajah mereka

1000377_10151688837143430_785537747_n

Basikal

1003846_10151688839723430_1540996683_n

Bersantai

1000151_10151688820248430_476908139_n

Nazry menyampai lagu… oopss…. menyampaikan ucapan

1016043_10151688821468430_889529730_n

Nazry bersama Pengurus Pusat Jagaan

994219_10151688822138430_422852812_n

Dua tonggak yang menjayakan acara ini, Nazry dan Pn Nor

1013886_10151688814993430_80141260_n

Perjalanan balik bersama-sama Izura, Imah dan Kak Ann

994517_10151688848998430_1891883283_n

Bersama Nazry. Tahniah Nazry!!



Viewing all articles
Browse latest Browse all 52

Trending Articles