The Basikal (sila klik untuk pergi ke laman Facebook mereka), nama yang amat mudah untuk diingat. Ianya sebuah tempat yang direka untuk membolehkan pesikal-pesikal berkumpul, bertukar-tukar pendapat, berkongsi pengalaman dan yang paling penting belajar tentang Basikal. Tempat ini terletak di Pintu 5, Universiti Putra Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia). Ianya diusahakan oleh Saudara Akmal Azfar yang sangat-sangat “passionate” dengan basikal dan bolehlah saya anggap sebagai “bicycle advocate” yang professional. The Basikal bersedia untuk mengadakan “workshop” atau bengkel sekiranya diperlukan.
Saya dan beberapa rakan (Wak, Izura, Tun Teja, King & Atok sekeluarga) telah pergi melawat The Basikal pada hari Sabtu, 29 Jun 2013 yang lalu. Kami telah berada disana dari jam 3 petang hinggalah 10 malam. Sebelum itu kami telah mengikuti kayuhan amal yang dianjurkan oleh saudara Nazry (klik disini untuk entry tersebut). Tujuan utama saya kesana adalah untuk membeli sepasang tayar baru (Schwable Marathon Plus) untuk basikal touring saya si Pink Araya. The Basikal bolehlah saya anggap sebagai “non-profit organization” kerana barangan yang dijual sangat-sangat murah. Objektif utama kewujudannya adalah lebih kepada memberi servis kepada basikal anda dan ‘educate’ kita mengenai basikal kita sehinggalah kepada cara kayuhan kita. The Basikal dilengkapi alat-alat yang canggih dan moden seperti Park Tool (sila klik untuk ke laman mereka). Akmal adalah pemegang sijil dari Park Tool.
Semasa menukar tayar saya, beliau berpendapat hub tayar belakang basikal saya perlu diservis. Beliau tanpa basa basi terus mencadangkan saya menservis sendiri hub tayar saya dengan tunjuk ajar dari beliau sendiri. Kesempatan ini pastilah tidak saya lepaskan! Pengalaman dan ilmu baru yang sangat berguna dan saya percaya akan memberi manfaat kepada saya. Tun juga telah sama-sama belajar cara-cara untuk menservis hub basikal kami. Akmal dengan sabar menunjukkan langkah-langkah yang perlu dilakukan walaupun beliau tidak mengenakan apa-apa bayaran kepada kami! Saya tidak rasa ada bengkel-bengkel yang sudi memberi tunjuk ajar sedemikian rupa malah tidak akan servis basikal kita sebagaimana Akmal.

Bukan sahaja basikal, ianya juga berkonsepkan cafe dan menjual/menservis komputer. Saya sukakan konsep The Basikal

Akmal menyuruh Wak buat sendiri dari tanggalkan hub dari rim lama, ‘lacing’ new spokes sampailah siap.

Oh Dewi, kakinya patah dan perlu menjalani pembedahan untuk membuang kakinya yang sudah tidak dapat diselamatkan.

Sambil menunggu kami, Izura, King, Atok and family meminjam basikal lipat The Basikal dan meronda sekitar UPM
Masih ingat Chris dan Andres pesikal Amerika yang kami jumpa di Samosir, Danau Toba? Rupa-rupanya mereka akan singgah di The Basikal untuk menservis basikal mereka dan juga menginap di The Basikal. Untuk pengetahuan, The Basikal ada menyediakan penginapan untuk pesikal-pesikal touring. Sudah ramai pesikal-pesikal barat singgah, menginap dan menservis basikal mereka disini. Bolehlah saya anggap, ia telah dikenali dikalangan pesikal-pesikal antarabangsa. Suatu pencapaian yang amat membanggakan. Chris dan Andres kelihatan agak terkejut apabila ketibaan mereka di The Basikal disambut oleh kami. Sejurus melihat saya, Chris menepuk dahinya sambil berkata “I just can’t believe that we will meet you again here!”
Setelah selesai menservis basikal, kami semua membawa Chris dan Andres makan malam di Sup Ali Power yang terletak di Kajang seperti yang dicadangkan oleh Akmal. Ternyata sup itu memang Power! Saya sebenarnya kurang gemar dengan sup-sup pekat yang terlalu berempah. Tetapi ternyata sup ini amat sedap dan rasanya seperti “stew” kerana kuahnya yang agak pekat. Chris dan Andres pun amat menyukainya. Chris makan 3 mangkuk (kambing dan lembu) dan Andres makan 2 mangkuk sup daging!

Chris dan Andres tiba agak lewat kerana telah berpusing-pusing mencari The Basikal. Seorang pesikal lain telah menunjukkan arah kepada mereka

Mereka telah berkayuh sejauh 150km dari Melaka dengan cuaca yang agak panas. Andres kelihatan terlalu penat
Hasil dari lawatan ini, saya bercadang untuk mengadakan bengkel untuk ahli-ahli Det-C. InsyaAllah akan diadakan sekiranya mendapat persetujuan dari Akmal sendiri.
All photos credited to King and Izura
