Ok, tidak lah sehebat mana pun, tapi cukup bagi saya yang tidaklah biasa dengan laluan yang berbukit-bukau (kecuali Tele, Danau Toba). Selalu sangat saya dengar pesikal-pesikal lain menyebut laluan ‘dragon back’ yang terletak di laluan Puncak Alam. Teringin saya mencubanya bagi mengukur keupayaan diri sendiri. Menolak atau tidak saya tidak peduli kerana saya bukan mahu membuktikannya pada sesiapa pun tapi hanya diri sendiri.
Akhirnya pada 29 Jun 2013 yang lepas, saya berpeluang mencubanya! Saya dan beberapa rakan lain bersemangat untuk mencubanya apatah lagi yang belum pernah membuat laluan ini seperti saya. Kami akan membuat 2 laluan iaitu “dragon back” dan Bukit Ramlee. Sesungguhnya apabila terlihat sahaja ‘dragon back’ itu mental saya terus tercalar. Mungkin ianya tiada masalah bagi mereka yang dah biasa atau memang hebat mendaki! Tapi bagi saya yang baru hendak merasai jalan berbukit agak gentar melihat alunan jalan tersebut.
Sedikit demi sedikit kayuhan dibuat, amat perlahan tapi pasti. Setiap kali saya sampai kekemuncak bukit, perasaan puas hati memang tidak dapat digambarkan. Alhamdulillah saya berjaya mendaki setiap bukit tanpa berhenti! wuhooooooo!!!! Kepuasan yang tidak dapat digambarkan apatah melakukannya dengan hanya sebuah basikal touring chromoly berkelajuan 7 gear.
Clik here to view.

Cranking up inch by inch!
Clik here to view.

Last hills?
Clik here to view.

Wak Jan meroket!!
Tetapi keadaan di Bukit Ramlee pula sangat berbeza. Bukit Ramlee sebenarnya adalah tanah peribadi milik Hj Ramlee. Di kawasan berbukit ini, beliau menanam nenas dan juga mengusahakan sebuah restoran dipuncak bukit tersebut dengan minuman istimewa iaitu Air Cincau Nenas. Laluannya adalah masih bertanah merah. Basikal saya yang hanya bertayar biasa dan “rigid fork” menyukarkan pendakian. Saya lebih banyak menolak dari berkayuh. Disatu kawasan sebelum tanah merah sepenuhnya ada jalan yang sudah bertar, tetapi jalannya terlalu curam. Akibat tidak sempat mengimbangkan badan kehadapan, basikal saya telah “wheelie”! Menggelongsor saya diatas jalan. Tapi saya bernasib baik kerana memakai topi keledar “Bern Watts” yang ternyata berupaya melindungi kepala saya dari menerima hentakan diatas jalan. Saya hanya mengalami calar-calar sedikit dibahu.
Clik here to view.

Entrance Bukit Ramlee
Clik here to view.

This is steep!!
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Clik here to view.

ooopsss! wheelie!
Clik here to view.

Push!!! tayar tak sesuai dan spin bila cuba mendaki
Clik here to view.

last hills!
Clik here to view.

Rigid fork, didn’t dare to downhill on this kinda hill
Setibanya dipuncak, kami raikannya dengan Air Cincau Nenas!! yeaahhh!!
Clik here to view.

Best view!
Clik here to view.

all mine!!!
All photos credit to King and Izura
Image may be NSFW.
Clik here to view. Image may be NSFW.
Clik here to view.