Quantcast
Channel: Dunia 2 Roda Ija Zahri
Viewing all articles
Browse latest Browse all 52

Bermotorsikal ke Thale Noi dan Phru Khuan Khi Sian Wetlands di Phattalung, Thailand (4 – 6 Oktober 2014)

$
0
0

Ini merupakan kunjungan kali kedua menggunakan jentera Honda CRF250 ke Thailand. Kali ini kami telah berkembara ke sebuah “province” di Thailand yang agak kurang dikunjungi oleh pelancong luar iaitu Phattalung. Ianya terletak diutara Songkhla yang memang terkenal dikalangan pelancong Malaysia.

Tetapi sebelum itu kami telah bermalam di Kao Seng, Songkhla. Perjalanan bermotorsikal kami bermula pada 4 Oktober 2014 jam 12 pagi diringi oleh rakan (Azmir Wahit) yg menunggang motorsikal jenis yang sama iaitu Honda CRF250. Beliau menemani kami hingga ke Rawang. Jalan agak sesak kerana ramai orang berpusu untuk pulang ke kampung bagi menyambut Aidil Adha pada keesokkan harinya iaitu 5 Oktober. Saya rasa inilah perjalanan yang paling lama dan memenatkan selama kami bermotorsikal ke Thailand. Hujan lebat mula turun di Tapah sehingga kami tiba di Jitra pada jam 10 pagi.

20141004_055340

Jumpa another CRF rider, a Chinese uncle on his way to Kedah

10659259_10204680184993173_5227479267905829711_n

Kebasahan, kesejukan dan mengantuk. Tidur sebentar di Semanggol pada jam 6 pagi

Di Tol Jitra, Abang Eid sudah sedia menanti kami yang membawakan frame basikal yang ditempah oleh beliau. Setelah bersarapan pagi, kami teruskan perjalanan ke sempadan dan melepasi Immigration Checkpoint Bukit Kayu Hitam hampir jam 12 tengah hari.

1689941_10204681997478484_5246780654084449739_n

Bersarapan pagi dengan sifu utara abang Eid di Jitra

Kami terus ke Hat Yai dan mengunjungi sebuah kedai basikal Bike Cafe yang diusahakan oleh seorang doktor. Barangan di kedai ini adalah basikal dan eksesori barangan basikal ‘touring’ yang ‘high-end”. Pelbagai jenis saddle bag Ortleib dan Brooks boleh didapati dikedai ini. Setelah puas membelek barangan disitu (diluar kemampuan kami heheh), kami meneruskan perjalanan ke Songkhla.

20141004_133614

Brooks di Bike Café, Hat Yai. Sesuai untuk yg berkelebaran lebih hehehe… price 4000 Baht

Keletihan, kebasahan dan tidak cukup tidur memaksa kami terus check-in ke tempat penginapan kegemaran kami iaitu Kao Seng Resort. Salah seorang pekerjanya yang bisu memang sudah mengenali kami. Harga adalah sangat murah jika dibandingkan dengan suasana dan size bilik yang berhawa dingin iaitu 400 Baht semalam. Sebaik sampai dan membersihkan diri, kami terus tertidur hingga lewat petang. Malam itu, tidak ramai peniaga muslim yang berniaga mungkin kerana sambutan Aidil Adha pada hari esok. Hanya ada beberapa peniaga yang tinggal walaupun waktu baru menunjukkan jam 7 malam waktu tempatan. Risau juga memikirkan tentang esok yang mana mungkin akan sukar untuk mendapatkan makanan halal. Tapi sekiranya tiada pilihan, mee segera halal di 7 Eleven cukup untuk menghilangkan rasa lapar.

20141005_074647

Kao Seng Resort, 400 Baht/night with king size bed and aircond

20141005_074900

Kao Seng Resort ada banyak miniature haiwsn comel-comel di taman mininya

20141005_074917

Shaun the sheep

20141004_192027

Cantik-cantik gadis Songkhla

20141004_195845

Orang Siam memang kreatif bab street food. Crepes rangup dengan pelbagai fillings yang kita boleh pilih. 20 Baht saja.

Keesokkan paginya, Wak telah pergi bersembahyang raya sunat Aidil Adha di masjid yang berdekatan. Sembahyang raya disini bermula agak lewat iaitu jam 7.30 pagi waktu tempatan ataupun jam 8.30 pagi waktu Malaysia. Ibadat korban juga hanya dilakukan dirumah penduduk yang melakukan korban bukan disurau atau masjid seperti di Malaysia. Selesai bersembahyang raya, kami terus check-out dan Alhamdulillah ada peniaga muslim yang berniaga pada pagi itu. Kedai tersebut beroperasi sebaik, sahaja selesai sembahyang raya.

1653404_372312022916391_8600939438113213086_n

Jemaah mula membanjiri masjid untuk bersembahyang sunat hari raya Aidil Adha

Mendengar khutbah yang disampaikan

10653655_371547179659542_5562485606403054229_n

Antara anak2 dara yang ikut bersembahyang raya, buat Wak tak khusyuk

 

10710848_371546446326282_82366525930829885_n

Seronok melihat anak-anak kecil berserban dan bergaya seperti orang dewasa

20141005_085925

Diantara kedai makan muslim yang beroperasi di pagi raya. Alhamdulillah

20141005_093803

Wak mencuba fat tyre bike buatan Thailand WCH berharga 15000 Baht

Selepas itu kami pun meneruskan perjalanan menuju ke Phattalung melalui laluan 408 terus ke Sathing Pra dan Ranot. Kami tidak singgah di kincir angin gergasi yang terdapay di Sathing Phra. Dilain masa mungkin kerana saya lebih berminat dengan destinasi seterusnya. Dari Ranot kami telah melalui sebuah lebuh raya yang dikenali sebagai Thanom Chaloem Phra Kiat 80 yang telah siap dibina pada tahun 2007. Istimewanya lebuh raya ini, ianya dibina tinggi (elevated) seperti sebuah jambatan panjang sejauh 6.5km melalui sebuah kawasan paya (wetland) yang merupakan sebahagian daripada rangkaian Phru Khuan Khi Sian Wetlands Non Hunting Area seluas 459km persegi. Ianya juga sebahagian dari Great Songkhla Lake (seluas 1040km persegi). Lebuh raya ini terletak ditengah-tengah di kawasan paya diantara Thale Luang dan Thale Noi yang terletak disebelah utara. Thale bermaksud tasik didalam bahasa Thailand.

20141005_105535

Ranot, laluan basikal memenuhi jalan-jlan di bandarnya

20141005_105525

Ditanda dengan jelas

20141005_105400

Lintasan basikal di traffic light

20141005_105548

Laluan basikal menguasai Bandar ini!

Panjang sebenar lebuhraya ini adalah 17.5km menghubungkan Ranot, Songkhla dengan Khuan Khanun, Phattalung dan menelan belanja sebanyak 700 juta Baht dan dibina semasa dibawah pemerintahan PM Thaksin Shinawarta. Jalan yang melintasi paya ini juga dikenali sebagai projek Pracha Dhamma dan lebuh raya tinggi (elevated highway) ini pula disebut orang tempatan sebagai Hua Pa Bridge. Dengan pembinaan lebuhraya ini, perjalanan dari Ranot ke Phattalung telah dipendekkan dari 90 ke 30km.

10387624_10204713118496490_6234871610080722882_n

Elevated highway itu terletak diantara Thale Noi dan Thale Luang

20141005_110855

Thale Luang, luasnya seperti lautan. Ianya sebahagian dari Songkhla Great Lake yg berkeluasan 1040 km persegi

Pembinaannya pada mulanya mendapat tentangan dari penduduk kampung yang bimbang ianya akan merosakkan sistem ekologi paya tersebut. Sebuah jawatankuasa khas terdiri dari wakil dari setiap kampung yang terlibat dan ahli akedemik. Penduduk kampung bersetuju dengan pembinaan ini setelah kerajaan bersetuju untuk meninggikan pembinaan lebuh raya itu seperti sebuah jambatan agar tidak menghalang laluan air di paya tersebut. Terdapat 5,000 keluarga yang menjalankan kegiatan penangkapan ikan, menternak kerbau dan lembu (yang dibiarkan bebas di paya tersebut) dan juga bercucuk tanam. Paya ini merupakan habitat kepada lebih 150 spesis burung paya, berpuluh spesis reptilia dan amfibia. Pada bulan Januari – April, kita boleh lihat lebih dari 100,000 ekor burung hijrah sinbgah ke paya ini. Bunga-bunga teratai pelbagai spesis mula berkembang. Sayangnya pada masa kami sampai disini, ianya merupakan penghujung musim bertelur burung paya dan bukan musim bunga teratai yang banyak.

20141005_112305

Peralatan menangkap ikan di kawasan paya Thale Luang berhampiran elevated highway

20141005_112410

Laluan air yang menghubungkan Thale Luang dengan Thale Noi. Dotted near the banks are villagers’ fishing equipment.

20141005_112852

Rumah misteri, tiada siapa yg tahu sejerahnya dan menjadi icon route ini iaitu Thanom Chaloem Phra Kiat 80 Phansa. Ianya juga menjadi ikon di laluan ini dan dikenali sebagai “The Little House of Thale Luang”

20141005_112947

Kawasan berpaya disekitar elevated highway ini merupakan sebahagian dari Phru Khusn Khi Sian Wetlands dan Thale Noi Non-Hunting Area

20141005_113041

Sekitar Januari – April kawasan ini akan dibanjiri sehingga 100,000 burung hijrah. Ianya juga menjadi tempat perlindungan bagi pelbagai sepsis burung air (waterfowl), reptilian dan amfibia.

20141005_114428

Pemandangan di salah sebuah perkampungan di Phattalung

Kami juga sempat ke Thale Noi sebuah tasik seluas 28km persegi yang terletak di daerah Khuan Khanun. Disini pengunjung boleh menyewa sampan untuk mengelilingi tasik ini. Terdapat juga banyak gerai menjual hasil tasik seperti ikan masin dan ikan bilis. Rata-rata pengunjung adalah orang tempatan.

20141005_150753

Satu-satunya kedai makanan muslim di Phattalung yg beroperasi di hari raya. Menjual hanya roti, kami yg kelaparan tidak boleh memilih. roti pisang untuk lunch dan tapau roti murtabak untuk dinner.

20141005_161628

Di Thale Noi, pengunjung boleh menyewa permainan air. Pengunjung juga boleh menyewa sampan beserta guide untuk mengelilingi tasik ini bagi melihat flora dan faunanya. Jika kene pada musimnya, tasik ini dipenuhi oleh bunga teratai yg berkembang.

Kami telah memutuskan untuk tidur disebuah chalet yang nampak baru dibina terletak dipenghujung ‘elevated highway’ ini menghala ke Phattalung. Ianya terletak dipinggir laluan air yang menghubungkan Thale Luang dan Thale Noi. Papan tanda chalet ini hanya tertulis didalam bahasa Thailand. Setelah bertanya kepada tuan punya Chalet, Mr Choke, ianya dinamakan sebagai Thalebua Resort. Unit chalet tidak berhawa dingin adalah 500 Baht (awalnya 600 baht, tapi Wak memang seorang yang suka dan pandai menawar). Biliknya sangat luas, bersih, cantik dan selesa. Berandanya betul-betul mengadap sungai dan suasananya sangat mengujakan. Oleh kerana bulan Oktober adalah ‘low season’, kami adalah satu-satunya guest disitu. Hujan gerimis sepanjang masa dan hujan agak lebat sepanjang malam hingga ke pagi.

20141006_060302

Thale Bua Resort. Agak tersorok dan papan tandanya hanya ada tulisan Thai

20141006_060248

Pemandangan di beranda belakang unit chaletnya

20141005_174141

Tetamu resort ini boleh menggunakan kemudahan kayak dan sampan secara percuma

20141005_173826

Pemandangan dari Café resort ini

20141005_165158

Bot nelayan lalu lalang di belakang chalet penginapan kami.

20141005_164810

Bilik yang luas (tanpa AC) cuma 600 Baht. Tawar menawar, dapatlah 500 Baht.

20141005_164708

Beranda untuk bersantai

Sekiranya menginap disitu, kita dibenarkan menggunakan kayak atau sampan mereka secara percuma. Sekiranya kami kembali lagi ke tempat ini, saya pasti akan menginap 2 malam dengan menghabiskan masa mengayuh dan berkayak sekitar paya dan juga Thale Noi. Saya juga ingin cuba menangkap sendiri ikan di tasik ini.

Pada keesokan harinya, kami membuat keputusan untuk melalui lagi sekali ‘elevated highway’ ini. Kami ingin melihat suasana pagi di paya tersebut. Kami sempat merakamkan pelbagai kegiatan penduduk kampung seperti menangkap ikan menggunakan jala dan alat khas seperti sebuah tangguk gergasi. Kami juga dapat melihat pelbagai spesis burung paya seperti burung ayam-ayam, puchung, bangau dan lain-lain. Kami menghabiskan masa hampir sejam sebelum berpatah balik menuju Phattalung.

20141006_063730

Elevated Highway untuk tidak mengganggu laluan air paya disini adalah sepanjang 6.5 km dan merupakan sebahagian dari laluan dari Ranot di Songkhla ke Khuan Khanun di Phattalung

20141006_063108

Dipenghujung musim bunga teratai. Hanya tinggal sedikit kelompok-kelompok bunga teratai disekitar tasik ini

20141006_063102

Papan tanda yang memberi amaran untuk pengguna jalan ini berhati-hati agar tidak melanggar burung-burung yang mungkin melintasi jalan ini.

20141006_070054

Penduduk kampong yang sedang menjala di kawasan paya ini

20141006_064843

Sejenis alat menagkap ikan yang banayk terdapat disekitar paya yang dibina oleh penduduk kampong. Kegiatan menangkap ikan secara tradisi adalah dibenarkan di kawasan larangan memburu ini.

20141006_064102

Pemandangan pagi yang indah saujana mata memandang. Berlatarbelakang kan ‘karst’ bukit batu kapur.

20141006_072905

Sri Pak Pra Resort yang terletak di dalam Peninsular Botanic Garden di Phattalung. Hanya terdapat 6 buah villa yang berharga 2000 Baht/night. Agak mahal tapi settingnya sangat menarik dan mengadap Thale Noi dan banyak aktiviti pengakapan ikan oleh penduduk kampong dapat dilihat dari resort ini. Milik penduduk tempatan yang diusahakan oleh sebuah keluarga.

20141006_073108

Pemandangan yang menarik. Pengujung juga boleh menyewa bot dari nelayan disini untuk pergi mengelilingi tasik atau memancing dengan bayaran sebanyak 1000 Baht sehari.

20141006_074716

Best tapi kami tidak akan menghabiskan wang sebanyak itu untuk penginapan

20141006_080130

Penduduk ksmpung sedang melepaskan ikan-ikan dari jaring halus. Mereka mengguntingnya dari jala ini. Ikan-ikan kecil (mungkin baung) ini akan dibuat ikan masin.

20141006_081529

Kami juga telah singgah ke Lam Pam Beach. Sebuah monumen terdapat di dataran. Monumen siapa dan mengapa tidak kami ketahu kerana hanya terdapat tulisan Thai disitu.

20141006_081612

Siapakah beliau?

20141006_081648

Ianya bukanlah sebuah pantai. Tapi keluasan tasik ini adalah seperti sebuah lautan.

 

Di Phattalung, tiada kedai makan muslim yang beroperasi. Pada malam sebelumnya kami hanya makan roti murtabak yg dibeli di satu-satunya kedai makan muslim yang beroperasi pada hari raya aidil adha. Maka dengan perut kosong, kami meneruskan perjalanan pulang menuju ke Sadao melalui Route 4, lebuh raya yang membosankan. Kami sampai di Sadao pada jam 12 tengah hari dan terus mencari nasi pulut ayam. Tidak ramai peniaga seperti biasa tapi, Alhamdulillah, dapatlah kami mengisi perut yang dah berkeroncong semenjak pagi. Urusan keluar border berjalan lancar.

Honda CRF 250 adalah sebuah jentera yang mengujakan. Tetapi mungkin telah terbiasa dengan GS650F BMW kami dulu yang berupaya mengharungi 300km dengan satu tank penuh, saya rasa amat letih bila perlu berhenti banyak kali untuk mengisi minyak. Terasa sangat bila perlu mengharungi lebuh raya di Malaysia sepanjang lebih 480km untuk kembali ke rumah. Walaubagaimanapun, untuk pengembaraan di Thailand, saya lebih sukakan CRF ini.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 52