Pariaman – Padang (50km)
Kami mengambil keputusan untuk memulakan kayuhan agak lambat sedikit hari ini kerana kami Cuma perlu berkayuh sejauh 50km di atas jalan yang agak rata. Sebelum itu kami sempat singgah di mercu tanda yang terletak ditengah-tengah Kota Pariaman. Ia adalah sebuah menara yang mengandungi satu objek berkepala wanita tapi berbadankan kuda dan bersayap. Mengikut penduduk tempatan, ia adalah Buraq. Pesta mengarak buraq ini masih diamalkan sehingga sekarang pada setiap hari Asyura iaitu 10 Muharram. Sila baca link ini untuk keterangan lanjut
Kami telah diingatkan oleh Afif untuk mengikut jalan pantai ke Padang. Puas juga kami berpusing-pusing mencari jalan tersebut. Setelah bertanya berkali-kali dengan penduduk tempatan, rupanya persimpangan ke jalan tersebut agak terlindung. Jalan pantai ini adalah sepanjang 20km. Tidak banyak kenderaan dan ternyata pemandangannya indah. Sedikit kelainan setelah berhari-hari disajikan dengan pemandangan sawah padi dan gunung-ganang. Dapat dilihat aktiviti-aktiviti nelayan disekitar kawasan ini. Jalannya agak rata tapi terdapat jalan-jalan yang ditenggelami air dan rosak. Seminggu sebelum kami tiba di SUMBAR, Padang dan Pariaman mengalami banjir. Hujan yang turun hampir setiap hari selama 3 minggu sehinggalah hari kami tiba di Danau Maninjau. Nasib menyebelahi kami apabila hujan berhenti dan matahari menyinar sebaik sahaja kami sampai di Pariaman dan Padang seterusnya.

Landasan keretapi (as if others don’t know LOL)

Monument menceritakan tentang pendudukan Jepun satu ketika dahulu

Ada juga permainan air utk disewa

Kanak-kanak sekolah

Masing-masing menunjukkan hasil kerjatangan untuk sekolah

Sesetengah tempat masih bah

Bah kedua yang kami redah selepas di Dumai

Pasar ikan

Ikan besar-besar

Kawasan ini terkenal dengan makanan lautnya

Tapi sayang, makanan mereka dibiarkan terbuka ditepi-tepi jalan. Tidak berani kami mencubanya

Antara masjid yg didalam pembinaan. Sebelah masjid ini adalah sungai dimana diseberanganya ada lagi sebuah masjid yang telah siap

Kami berhenti bersarapan disini. Kami seronok dapat bercerita dengan makcik ini yg merupakan ibu kepada pengusaha warung ini. Dia sedang bercerita tentang Malim Kundang
Kira-kira 28km lagi menuju ke Padang, kami telah singgah disebuah gerai menjual buah tembikai. Ternyata penjualnya sepasang suami isteri yang pernah tinggal dan bekerja di Malaysia. Rata-rata penduduk di SUMBAR yang kami jumpa, pasti pernah bekerja atau masih mempunyai saudara mara di Malaysia. Malah saudara Rosli ini (penjual tembikai) pernah ikut sama dalam gerakan reformasi satu ketika dulu. Pariaman dan Padang pernah mengalami gempa bumi yang teruk pada tahun 2009 berkekuatan 7.6 skala Richter dan telah mengorbankan kira-kira 1,117 orang. Rosli dan isterinya menceritakan kepada kami detik-detik cemas semasa berlakunya gempa. Semua penduduk panic dan mencari tempat tinggi bimbang terjadinya tsunami seperti di Aceh pada tahun 2006.
Sedang kami asyik bercerita dan menikmati buah, tiba-tiba kelihatan seorang pemuda berbasikal melalui hadapan kami. Ternyata dia adalah Afif! Beliau telah berkayuh sendirian dari Padang untuk menyambut kami. Setelah berehat sebentar, Afif dan kami semua berkayuh ke Padang. Ternyata kota Padang terletak kira-kira 23km dari pinggirannya. Jika tiada Afif, saya pasti kami akan sesat dan bingung mencari tempat beliau. Jam 11.30 pagi kami tiba di rumah makan yang selalu menjadi tempat perkhemahan rakan-rakan Afif, baik tempatan mahupun pesikal barat.

Berhenti disini menikmati buah tembikai dikala matahari mula terik

Front and rear rack Afif adalah handmade by the local

Papan bunga ucapan selamat

Ampera bermakna kedai makan yang menyediakan nasi campur
Pada masa ini, perut saya sudah mula tidak selesa dan menolak untuk makan tengahari. Kemungkinan perut saya tidak sesuai dengan masakan tempatan yang banyak menggunakan lengkuas dan lada hitam/putih dalam masakan mereka. Kami menolak untuk berkhemah disebelah rumah makan tersebut kerana rasa kurang privacy. Kami ke pantai berdekatan dan mencari lokasi sesuai. Terdapat sebuah kedai makan yang menjadi tumpuan anak-anak mahasiswa di petang hari. Setelah mendapat keizinan dari tuan punya kedai, Kak Ina, kami pun mula menjemur semua pakaian dan barang kami yang basah setelah beberapa hari meredah perjalanan dalam keadaan hujan gerimis. Untuk tidak mengganggu business Kak Ina, kami hanya akan mula memasang khemah diwaktu malam.
Tidak berapa lama kemudian kami dikunjungi oleh rakan-rakan Bikepacker Minangkabau yang lain. Mereka kebanyakannya terdiri daripada mahasiswa universiti di sekitar Padang. Yang paling awal sampai adalah Kukuh (sepupu Afif) dan Soyana (nama FB) atau nama sebenarnya Hikmah. Kawasan kami berkhemah adalah dikenali sebagai kawasan kos ataupun tempat bilik sewa penginapan anak-anak mahasiswa luar kampus.
Petang itu rakan-rakan yang lain bersama Afif dan Soyana telah berkayuh ke Padang MTB, Toko Sepeda Kurnia dan kedai outdoor Eiger yang terletak kira-kira 15km dari tapak perkhemahan kami. Saya membuat keputusan untuk tidak ikut kerana perut yang meragam. Selain itu saya juga boleh menjaga barang-barang kami. Setelah mereka pergi, Kak Ina membuatkan saya jus buah naga dan duduk berbual dengan saya. Pelbagai topic yang diceritakan dari kisah gempa bumi tahun 2009 hinggalah susahnya mencari peluang pekerjaan di Indonesia. Suaminya baru beberapa hari mendapat kerja sebagai pemandu lori. Ianya pasti akan dapat menampung kos perbelanjaan keluarga ditambah pula dengan musim cuti universiti kerana rata-rata pelanggannya adalah terdiri dari mahasiswa.
Menjelang pukul 5 petang, mahasiswa mula membanjiri gerai Kak Ina. Yang menjadi tarikan adalah jagung bakar yang menurut Kak Ina disapu dengan bumbu istimewa. Kalau ditempat kita Cuma disapu margerin dan garam, tapi disini rasanya agak pedas. Sedap tapi agak pedas buat saya. Saya pada ketika itu sudah mula mengalami sakit perut yang memulas dan kerap ke toilet. Kami yang berkhemah disitu terpaksa menggunakan toilet di masjid yang terletak kira-kira 500m jaraknya. Walaupun Kak Ina membenarkan kami menggunakan toilet berdekatan iaitu sebuah rumah kos untuk mahasiswa, tapi agak tidak selesa kerana kurang bersih dan kurang privacy kerana ia merupakan rumah kos mahasiswa lelaki.
Rakan-rakan yang lain kembali ke tapak perkhemahan pada jam 6 petang. Afif dan beberapa rakannya yang lain turut bersama kami. Mereka adalah Kukuh, Nadia, Heni dan Jefri. Malam itu kami memasak sendiri dengan dibantu oleh Nadia dan Heni. Kami merasa amat seronok dapat berkenalan sambil memasak dan makan malam bersama. Tapi saying saya tidak dapat berbual lama dengan mereka kerana saya tidak berasa selesa dengan keadaan perut saya. Tidur didalam khemah dibuai dengan bunyi ombak menghempas pantai memang mengujakan!

Soyana (nama FB) atau Hikmah, selalu berhubung dengan King di FB akhirnya bersua muka di Padang

Basikal milik Afif

Basikal milik Soyana

Setelah berhujan berhari-hari, inilah kesempatan bagi kami menjemur semua pakaian dan peralatan kami yang basah dan memberatkan beg

Kawasan perkhemahan pilihan kami, ditepi pantai

Abg Syaaban sedang berbual-bual dgn pemilik kedai yang membernakan kami berkhemah dikawasan kedainya

Setelah berehat, mereka menuju kota Padang

Macam comel jerrr

Monument memperingati kejadian gempa pada tahun 2009

Monument memperingati mangsa gempa 2009

Di rumah club – Padang MTB

Kami amat menghargai kesudian mereka datang menyambut kami

sedang memasak spaghetti

Ikan, udang, sotong bakar ala portugis, spaghetti, mee segera, jagung bakar, nasi beriani segera dan nasi bungkus.

waktu untuk tidur!
Semua gambar adalah sumbangan dan kredit kepada King, Pink dan Wak
Baca selanjutnya dengan mengklik pautan dibawah:-
8 Disember 2013 ~ Ahad (Hari Kedua) : Lubok Bangku – Lembah Harau
9 Disember 2013 ~ Isnin (Hari Ketiga) : Lembah Harau – Payakumbuh – Bukittinggi
10 Disember 2013 ~ Selasa (Hari Keempat) : Bukittinggi – Kelok 44
11 Disember 2013 ~ Rabu (Hari Kelima) : Kelok 44 – Danau Maninjau – Lubuk Basong – Pariaman
12 Disember 2013 ~ Khamis (Hari Keenam) : Pariaman – Padang
13 Disember 2013 ~ Jumaat (Hari Ketujuh) : Padang – Solok – Danau Singkarak – Lembah Harau
14 Disember 2013 ~ Sabtu (Hari Kelapan) : Lembah Harau – Kelok 9 – Lembah Harau
15 Disember 2013 ~ Ahad (Hari Kesembilan) : Lembah Harau – Payakumbuh – Dumai
16 Disember 2013 ~ Isnin (Hari Kesepuluh) : Dumai – Terminal Penumpang Pelabuhan Selatan
